BAB 6
Pintu
rumah dikuak dari luas. Bila tubuh sudah berada didalam rumah, pintu di tutup
lalu baju yang tersarung yang tertumpah sup daging tadi dibuka. Langkahnya
diteruskan ke bilik tidur. Tuala yang yang tergantung rapi di capai lalu menggantungkannya
di bahu. Pintu bilik air dibuka dan dia masuk untuk membersihkan diri.
Usai
membersihkan diri,salah satu t-shirt yang tersusun rapi dalam almari
bajunya, dia ambil dan sarung kebadannya. Punggung dilabuhkan ke katil. Muka
bengang jelas terpamir pada wajahnnya pada masa ini.
“Apa
masalah budak ni sebenarnya ah? Dia boleh blah macam itu saja? Apa yang
aku buat sampai dia sukar sangat untuk bersemuka dengan aku? Kalau pelajar lain
jumpa aku, okay saja aku tengok. Dia orang boleh tegur mesra lagi sama
aku. Takkan pasal hari itu, dia masih rasa tidak puas hati dengan pensyarah dia
ni. Ah, bengangnya aku!” bebel Hael geram. Macam tidak puas hati ada juga.
Dalam
sibuk dia membebel itu, baru dia teringat pasal adik – adik angkatnya yang masih
di kedai mamak pada masa ini. iPhone 7 kepunyaannya dicapai lalu…
Korang… Abang minta maaf sebab terpaksa balik rumah tadi dan
tinggalkan korang… Baju abang dah berbau sangat tadi..
|
|
Encik Vogue da vas
Tak apa bang.. kami okay
|
|
Panda Kaki Gosip
Abang sayang dah mandi ker?~~😘
|
|
Budak Korea Sesat Jalan
Eeee…. Gatalnya kau babe.. Aku tau apa dalam fikiran kau tu..😒.
|
|
Panda Kaki Gosip
Babe please… Sibuk betul~~ Aku ni baru nak minta abang ambik gambar
‘pau – pau batu’ dekat badan dia tu.. Last aku tengok pun masa zaman
universiti, masa dia main basketball tu… Mesti lagi hot yang sekarang
punya..😍😍😍
|
|
Budak Korea Sesat Jalan
Kelly!!! Call Umi Walid Jumi sekarang… Bagitahu yang anak dia orang
ni perlu di Iqamah sekali lagi atau lebih baik azan saja terus, supaya keluar
semua syaitan – syaitan😈😈 yang masih tetinggal dalam badan dia ni..
|
|
Abang tak masuk campur ok
|
|
Encik Vogue da vas
Jap…
|
|
Panda Kaki Gosip
Huh… orang nak belawak sikit pun tak boleh🙄🙄… by the way bang… macam
mana boleh tumpah sup daging tu?
|
|
Adalah tu… Biarlah rahsia… Korang tengah buat apa masa ni?
|
|
Budak Korea Sesat Jalan
Tengah buat skrip masih bang untuk lakonan minggu depan tu…
|
|
Oooohhh… okay.. Good luck adik – adik abang semua.. Abang nak rehat
dulu…
|
Hael
menghelakan nafas penat. Badannya di hempas kasar ke atas tilam. Mata cuba
untuk di tutup tapi tidak dapat kerana fikirannya masih memikirkan si Jeremy
yang dia tidak tahu apa masalah lelaki itu sebenarnya.
Senaknya
rasa dada ni!! Jerit Hael didalam hati. Stres nampak. Bantal yang terletak
ditepinya, diambil lalu menutup mukanya supaya dapat tidur. Kau nak buat diri
kau tidur ke, kau nak bunuh diri, Hael? Tak faham aku.
WAJAH
Jeremy sangat blur. Televisyen dihadapannya, dia pandang dengan pandangan
kosong. Punat yang ada pada remote controller, ditekan untuk melihat apa
rancangan di channel yang lain tapi satu pun tidak ada yang menarik
perhatiannya.
“Arghh!
Bosannya tinggal dekat rumah sorang – sorang ni?” rungut Jeremy lalu menekan
punat ‘switch off’ pada remote controller itu. Matanya memandang ke arah
bilik nanay dan tatay, bila lah dia orang nak balik dari melawat lola
(nenek) di filipin?
TTOK!
TTOK! TTOK!
Tiba
– tiba pintu condo diketuk. Namun ketukan itu tidak didengar oleh Jeremy kerana
dia masih mengelamun mengenangkan nanay tatay nya. Rindulah pula
walaupun baru semalam mereka bertolak ke filipin.
“Jeremy!”
jerit satu suara. “Jeremy Guttiraz!” panggilan kedua ini barulah didengar oleh
Jeremy. Dia terus bergegas ke pintu untuk melihat siapa yang datang.
“Ate!!!
(Kakak!!!)” jerit Jeremy gembira bila melihat kakak kesayangan sudah
terpacak didepan pintu.
“Bongsu!!!
(Adik!!!)” sahut kakaknya lalu mereka berpeluk.
Jeremy
menolong kakaknya, Fiona Guttiraz mengangkat begnya masuk kedalam rumah mereka.
“Kumusta?
(How are you)?” soal Fiona
“Mabuti
po. Kumusta ang bakasyon mo? (I’m fine. How was your vacation?)”
“MASAYA!(It
was fun) Ikaw, kumusta ang
bakasyon mo?” soalan yang ditujukan oleh Fiona itu membuatkan Jeremy
tersenyum. Dia tak ingat ke yang aku ni sibuk bekerja?
“Masaya
rin. Pumunta ako sa London, sa New York at sa Sydney. Hehehe (It was fun too. I
went to London, to New york and Sydney)” balas Jeremy lalu menggigit bibirnya.
“Wow!
Talaga? (Really)”
“Joke
lang! HAHAHA,” jawabnya lalu ketawa terbahak - bahak. “Dah lah ate,
penat Jer cakap filipin. Susah betul. Ni, dah makan ke belum. Kalau tak Jer
masakkan.”
“You
improved a lot, Jeremy. Mana ada susah, senang je pun. Itulah, siapa suruh
lahir dekat sikit sampaikan bahasa sendiri pun susah nak cakap. Tak payah
masak, dah makan tadi sebelum sampai sini. Oklah, kakak tidur dulu. Penat
sangat ni.” Jeremy hanya menganggukkan kepalanya sebelum ate nya berlalu
pergi.
Jeremy
menjelingkan mata pada kakaknya. Fiona nya oi, bukan salah adik kau nak lahir
dekat Malaysia. Apa boleh buat, dah dia nak keluar dekat sini, terpaksa juga
keluar. Bukannya dapat nak di tunda lagi.
Jeremy
duduk semula di sofa yang terletak diruang tamu tadi. Samsung S7 edge miliknya
di ambil lalu dia melihat apa yang ada untuk dimain. Bosan betullah tu
ceritanya.
Dalam
sibuk dia bermain dengan telefon pintarnya itu, tetiba tragedi yang berlaku
padanya dua hari lepas, semasa dikedai mamak berhampiran condo tersebut,
terlintas difikirannya. Terus tak tentu rasa Jeremy dibuatnya. Kenapa lah aku
selalu terserempak dengan Prof Hael? Kalau jumpa mesti ada saja yang berlaku?
Harap – harap dia baik – baik saja selepas sup daging panas itu tertumpah
dibaju. Argh, sup daging. Terseliurnya aku! Sedih hati Jeremy.
Ha,
Prof Hael kenapalah aku mesti jatuh hati dengan kau? Kenapalah kau mesti
lelaki? Jeremy mengetuk – ngetuk kepalanya kerana berfikiran sebegitu.
“Kau
jangan gila, Jeremy! Jangan gila! Kau suka perempuan, kau suka perempuan, kau
suka perempuan,” jeritnya sambil menutup muka dengan bantal disofa tersebut.
TTING!
Jeremy
mengambil telefonnya bila terdengar ada mesej masuk.
ATE!
Oi,diam! Orang nak tidurlah
|
|
Sorry po!
|
JEREMY mencari
buku rujukan untuk digunakan bagi semester seterusnya yang telah di pesan oleh
pensyarah – pensyarahnya. Banyak juga yang dibelinya itu. Ini belum pasti lagi
dia guna kesemuanya. Keluhan berat dihembuskan. Beratnya!
Jeremy mengangkat buku –
buku yang tingginya boleh mencecah setengah meter itu ke kaunter pembayaran.
Matanya sibuk menjengah jalan didepannya, ada orang ke tidak? Jaraknya dengan
kaunter pembayaran masih jauh. Dia berjalan pun perlahan takut buku yang
diangkatnya itu terjatuh. Kenapalah kau tak pakai bakul tadi, Jeremy oi? Kan
dah menyusahkan diri namanya ni.
Dia jenguk lagi. Yosh,
dah nak sampai! Tapi…
Buku yang diangkatnya
itu habis berterabur diantas lantai bila terlanggar orang tanpa di sengajakan. Clumsy
nya kau, Jeremy!
“Minta maaf! Sorry! Saya
tak sengaja. Saya tak nampak jalan didepan tadi,” kata Jeremy sambil menyusun
buku – bukunya itu lalu diangkatnya semula. Aku rasa aku patut pakai bakul.
Bisik hati Jeremy. Orang yang Jeremy langgar itu masih lagi membisu tidak bersuara
selepas Jeremy memohon maaf. “Saya minta maaf lagi se… ka..li.. Prof!”. Jeremy
terkejut melihat gerangan yang berada dihadapannya itu.
Kenapalah aku mesti
jumpa dia hari ini juga?!!! Kenapa dalam banyak – banyak orang di dunia ini,
mesti dia yang aku jumpa? Kenapa mesti pensyarah yang urghhh ini juga yang aku
jumpa?! Kenapa? Kenapa dunia?!! Jawab soalan aku! Jerit hati Jeremy namun
reaksi wajahnya masih tampak tenang campur gelisah campur geram. Apakah
keputusan bagi campuran itu? Saya, penulis juga tidak tahu.
Jeremy terus mengambil
bakul lalu memasukkan kesemua dan pergi ke kaunter pembayaran. Prof Hael yang
masih bengang dengan kelakuan Jeremy terhadapnya itu, mengekori Jeremy dari
belakang sehingga ke luar kedai buku tersebut.
“Jeremy!” Tangan Jeremy
ditarik. “Apa masalah awak sebenarnya ah sampai nampak saya menggelabah macam
nampak hantu saja. Kenapa awak macam takut sangat nak jumpa saya ni? Pelajar
lain kalau jumpa saya, ok saja pun! Tapi kenapa awak tak? Takkan selepas saya sound
awak masa hari itu, awak jadi macam ni. Masa dekat café hari tu, sama juga.
Awak berdiri kaku saja bila lihat saya. Dah kenapa? Bukannya awak tu berani ke?
Suka cakap sesedap mulut awak bila awak tak puas hati dengan seseorang. Ni
kenapa diam? Cakap lah!” marah Hael tidak puas hati. Turun naik turun naik
nafas Hael dibuatnya.
Jeremy terpaku bila
dimarahi oleh pensyarahnya itu. Kepalanya kosong bila melihat wajah lelaki itu.
Dia tidak tahu nak cakap apa. Ini kali pertama dia tengok Prof Hael marah betul
– betul selain dari dalam universiti.
“Kenapa awak diam?”
Orang awam yang lalu di kaki lima menuju ke kedai buku tadi hanya melintasi
mereka.
“Saya pergi dulu.”
Jeremy melepaskan tangannya dari digenggam oleh pensyarahnya itu lalu berjalan
menuju ke keretanya. Engkau Jeremy, dah mengalah perempuan dalam drama – drama
dekat televisyen. Apalah nak jadi dengan korang berdua ni.
“Hoi, Jeremy! Saya belum
habis cakap lah!” Hael berlari mendapatkan kereta Jeremy. Pintu kereta di buka
lalu dia memasuki kereta pelajarnya itu. “Saya nak selesaikan masalah awak hari
ini juga. Saya bengang betul – betul ni. Semuanya disebabkan oleh awak!”
Jeremy terkejut dengan
tindakan yang dibuat oleh pensyarahnya itu. Matanya terbeliak. Debaran yang
dirasai sekarang bukan perasaan yang biasa tapi…. Gilanya otak kau, Jeremy!
Jerit hati Jeremy.
No comments:
Post a Comment