BAB 7
“Awak
dah ready?” Hani menganggukkan soalan Rykarl, tanda dia sudah bersedia.
“Baiklah, saya keluar dulu. Ikut plan yang kita bincangkan sebelum ini,” kata
Rykarl lalu keluar kereta menuju ke depan pintu rumah.
Pintu
di ketuk, salam diberikan. Lonceng rumah dibunyikan. Manalah mummy ni?
Lamanya nak buka pintu. Mak Tom nya ni mana pula?
“Assalamualaikum.
Mummy, Hes dah sampai~” panggil Rykarl dari luar rumah.
Tidak
lama kemudian, pintu rumah dibuka oleh seseorang. Siapa pula ni? Sejak bila mummy
aku ni jadi muda semula? Seorang wanita sudah terpacak dekat pintu utama
rumah keluarga Hes, kemudian mummy nya menyusul di belakang.
“Anak
mummy! Dah lama ke sampai?” Rykarl
bersalaman dengan mummynya. “Ini mummy nak kenalkan kamu dengan
anak kawan mummy, nama dia Nadia. Korang berkenalan lah.” Nadia yang
berada di tepi Puan Rohayah itu tersipu malu melihat Rykarl didepannya.
Gediknya! Ma sha Allah.
Rykarl
memusingkan kepalanya kebelakang, patutnya Hani dah keluar ni. “Mummy sebenarnya
Rykarl dah…” ayat Rykarl terputus bila Hani sudah menghampiri dia.
“Bibi!
Kenapa you tinggalkan I dalam kereta. Panas tau tak. Ni siapa? Mummy
you ke? Assalamualaikum aunty, nama saya Hani, buah hati Rykarl,”
kata Hani dengan rambut dilibas – libas kekiri dan kekanan. Gediknya… Gedik
tersangat – sangat. Rykarl pun terkejut dengan lakonan si Hani itu. Hampir
meletus saja tak ketawanya tapi mampu ditahan lagi dengan memberi senyuman yang
manis saja.
Rykarl
menyahut panggilan Hani. “Sorrylah Bubu, you kata you nervous
tadi. So I keluarlah dulu.” Didalam hati sudah ketawa terbahak – bahak.
Sebaliknya si Hani sudah layu dengan panggilan ‘Bubu’ yang keluar dari mulut
Encik Korea idaman hati itu.
Ekspresi
wajah Puan Rohayah sudah berubah tatkala melihat kemunculan Hani didepannya.
Muka anak sulongnya itu dipandang dengan wajah bengang. Macam nak kena baham
ada juga aku tengok si Rykarl ni oleh mummy nya itu. Habislah kau
Rykarl. Habislah kau.
PUAN
ROHAYAH menjeling tajam anak sulongnya itu. Nafasnya naik turun naik turun.
Rykarl hanya menundukkan kepalanya, tidak mahu bertentang mata dengan mummynya.
Apalah yang akan jadi dengan aku ni? Soal hatinya yang risau.
“Perempuan
mana yang Hes upah jadi teman wanita He situ?” marah Puan Rohayah secara
mengejut. Rykarl berdecit bila suara itu menyinggah ke telinganya.
“Apa
mummy cakap ni? Itu memang teman wanita Hes lah,” tipu Rykarl. Rasa
besalah pula bila menipu ni.
“Hes
jangan nak bohong ek. Masa hari tu, Hes sendiri cakap yang Hes tak ada teman.
Ni kenapa tiba – tiba ada.”
“Masa
hari tu, Hes tipu mummy sebab Hes betul – betul nak fokus dengan kerja
yang berlambak tu. Ini dah mummy panggil kerumah sebab nak jodohkan Hes
dengan anak kawan mummy, mana boleh Hes rahsiakan lagi. Ini soal masa
depan Hes juga,” tipunya lagi. Terpaksa Rykarl, kau terpaksa. “Dahlah mummy
tak payah lagi nak marah – marah. Jom kita turun bawah, dia orang dah tunggu
tu. Lagipun, daddy dah balik. Jom lah,” pujuk Rykarl lalu bergerak menuju ke
ruang makan di tingkat bawah.
Hani,
Nadia dan Tuan Zakaria sudah menunggu di meja makan. Hidangan makan tengah hari
pun sudah tersiap sedia di atas meja. Nadia yang mengetahui akan kewujudan Hani
bila Rykarl datang tadi, sudah tidak ada mood untuk duduk makan bersama
keluarga tersebut.
Aku
mesti jadikan Rykarl milik aku. Aku tak boleh kalah dengan minah ting tong ni.
Bisik hati Nadia tidak puas hati.
Usai
makan tengah hari, semua ahli keluarga termasuk Hani dan Nadia bergerak ke
ruang tamu. Hani sudah bersedia untuk menerima sebarang soalan dari ibu bapa
Rykarl. Setiap isi skrip yang disediakan oleh Jumi dan Kelly, cuba dia ingatkan
satu per satu.
“Hani,
boleh uncle tanya sesuatu?” soal Tuan Zakaria.
“Boleh.
Sudah semestinya boleh, tengku. Tidak ada masalahnya,” jawab Hani dengan penuh
yakinnya.
“Nama
kamu yang penuh apa? Kamu kerja apa? Umur kamu berapa? Ibu bapa kamu berasal
dari mana? Bla bla bla..” Kenapa aku rasa tiba – tiba di kaunter pertanyaan
pusat membeli belah? Soal hati Hani. Banyak gila soalan yang di tujukan oleh
Puan Rohayah ke Hani. Memang berterabur terus segala isi skrip yang dihafalnya.
Yang
nak menyoal aku ni Tuan Zakaria, apa hal pula Puan Rohayah yang menyibuk
menyoal pula. Tak faham aku dibuatnya. Getus hati Hani geram.
Wajah
tenang masih diberikan. Nafas ditarik dengan perlahan lalu dihembus. “Nama saya
Hani Batrysia Binti Ahmad. Saya adalah pemilik café yang termewah dekat
Malaysia ini iaitu Café Sweet Indigo. Sweet macam muka saya. Umur saya
dua tahun lebih muda dari Bibi saya ni dan saya berasal dari Johor Bahru.”
Bukan main pandai kau menipu pasal umur kau ya, Hani.
“Dua
puluh enam tahun?” soal Puan Rohayah dengan wajah menjengkelkan. Hani hanya
menganggukkan soalan tersebut. “Kenapa macam bukan dua puluh enam tahun? Tapi
lebih macam muka orang tua, tiga puluh ke empat puluh tahun?” teka Puan
Rohayah.
Wajah
Hani masih tenang bila mummy lelaki idamannya itu berkata sedemikian.
Tapi dalam hati. ‘Ewah ewah ewah mak cik.. Sedap mulut mak cik je kata muka
saya macam muka orang tua. Kalau di search dekat google pun,
definisi tua tu untuk muka mak cik yang dah bekeredut tu. Tak sedar diri punya
orang tua.’ Senyuman diukir pada bibirnya.
“Berapa
lama kamu berdua couple ni?” sibuk Nadia bertanya juga.
“Bubu,
berapa lama ek kita dah couple?” Hani tersipu – sipu lagi bila Rykarl
memanggil dia ‘Bubu’.
“Ala,
takkanlah Bibi dah lupa,” Hani berhenti sekejap untuk mengingati jawapan bagi
soalan ini. Empat jari di angkat lalu di tunjukkan pada semua orang. “Empat
tahun Bibi, empat tahun,” sambung Hani manja dan gedik. Hani memberi wajah
hampa pada Rykarl. Konon. Rykarl tersenyum lalu ketawa perlahan. Lawak juga
minah ni.
Tuan
Zakaria dan Puan Rohayah hanya menganggukkan statement yang diberikan
oleh Hani itu. Masing – masing memikirkan soalan apa lagi patut diberikan kepada
Hani. Terutama sekali Puan Rohayah dan Tuan Zakaria.
“Ada
soalan lagi tengku, puan?” soal Hani dengan ber ia – ia.
#wanitatingtonginthehoouse
“Itu
je kut. Dah dah lah Puan Rohayah nya oi, nak fikirkan soalan apa lagi nak
diberi. Budak tu bukannya pekerja kaunter pertanyaan pun yang kamu nak soal
macam – macam. Kamu juga Nadia,” balas Tuan Zakaria selamba. Merah muka Puan
Rohayah dibuatnya sebab malu dengan kata – kata suaminya itu. Nadia pula
berikan wajah tak puas hati.
Hani
masih tersenyum, begitu juga Rykarl. Yes! Berjaya misi kita! Jerit
mereka berdua dalam hati.
‘Kau
siap perempuan, aku takkan mengalah. Aku mesti dapatkan Rykarl juga,’ kata
Nadia dalam hati dengan memberikan wajah sengal. Rambut yang belah bontot itu,
dibetul – betulkan.
“BETUL
babe, aku tak tipu. Nasib baiklah tadi aku simpan skil karate aku, kalau tidak
memang perempuan Nadia tu makan kaki oleh aku tadi.” Marah nampak Hani. Macam
mana tak marah, bila si Nadia mengugut dia, kalau si Hani tak lepaskan Rykarl,
dia akan hancurkan café kesayangan si Hani tu. Tak pun hancurkan hidup Hani
dibuatnya.
Nadia….
Nadia. Macam lah kau berani sangat nak buat apa yang kau cakap dekat Hani tu.
Kau pula Hani, yang kau marah sangat kenapa? Memang takkan berlaku punya benda
tu. Cliché tau kalau benda – benda macam tu berlaku. Tak faham aku korang ni.
“Rykarl
tau tak yang dia cakap macam tu?” Hani menggelengkan kepalanya pada soalan
Kelly. “Eee, kalau dia cakap macam tu dekat aku, memang aku tampar tumbuk terus
muka dia yang tak berapa nak cantik tu.”
“Kau
mampu ke tumbuk orang, Kelly? Kau tumbuk aku sikit pun, kau dah meraung minta
tolong bawa ke hospital,” perli Jumi.
“Diam
lah kau, panda. Kau tu banyak ‘muscle’ sangat, sebab tu aku pula yang
rasa sakit.”
“Apa
kau cakap?” Dah, perang dunia nak berlaku.
Kalau
berjumpa saja, mesti nak bergaduh. Aku kahwinkan korang bedua juga ni karang.
Nanti bila dah sekepala, boleh pula ketawa bersama. Haih...
“Dah,
dah. Abang simbah mee sup ni dekat korang nanti, baru tau,” kata Hael dengan
gaya nak menyimbah sup didepannya itu.
Jumi
dan Kelly duduk semula, masing – masing berpaling tidak mahu bertentang mata.
Hani yang duduk di depan mereka sudah bengang. Aku yang punya kisah, korang
pula yang rasa panas. Drama betul. Eh, bukan aku pun drama juga ke?
“Tapikan
babe, aku sebenarnya tak kisah sangat fasal si Nadia tu. Apa yang penting aku
rasa happy sangat bila dengan Rykarl. Aku tak tahu lah apa pula perasaan
dia. Bagi aku tak penting pun,” kata Hani dengan gedik. Aselehe betul.
“Ah, bang. Hani nak tanya ni. Kenapa dari tadi Hani tengok abang duk tersenyum
saja tengok makanan abang tu?”
Memang
betul, Hael dari tadi memang tersenyum saja. Macam lesung pipit tu nak termasuk
kedalam lagi. Apalah yang dia duk angankan tu?
“Abang,
Hani tanya ni. Hello? Anybody home?” Hani melambai – lambai tangannya di
depan muka Hael.
“Ah
apa?” soal Hael tersedar dari lamunan.
“Hani
tanya, kenapa abang duk tersenyum dari tadi ni?” Kelly membantu mengulang
soalan Hani tadi. “Ada apa – apa ke yang abang rahsiakan?”
“Oh,
tak ada apa – apa lah. Abang rasa terhibur pula tengok korang ni,” jawab Hael
sambil tersenyum hambar. Ketawa pun macam tak ikhlas. I can smell something
fishy here.
Dalam
sibuk mereka berbual, berjenaka dan ketawa, tiba – tiba seorang lelaki
menghampiri mereka. Berseluar tracksuit dan mengenakan baju T, seperti
baru pulang dari gym.
“Hani?”
soal lelaki tersebut bila ternampak Hani.
“Abang
Saiful!” sahut Hani terkejut. Wajahnya
seperti tidak gembira bila melihat lelaki tersebut. “Apa abang buat dekat
sini?”

No comments:
Post a Comment