BAB 8
Mata
bertentang mata. Muka serius diberikan oleh Jeremy kepada Hael, begitu juga
Hael. Jeremy mencapai air kegemarannya, Horlick Ping lalu dihirup sedikit.
Jeremy masih bengang dengan sikap pensyarahnya tadi ketika menyerbu masuk
kedalam keretanya. Seperti tidak bersalah Hael pada ketika itu.
Senyuman
sinis terukir lalu air bandung di godak sebelum dihirup. Hael memandang tajam
ke arah Jeremy. Di fikirannya masih lagi tertanya – tanya, apa masalah budak
sorang ni?
“Prof,
berapa lama lagi kita nak duduk dekat sini? Nak dekat sejam, tak ada apa – apa
pun yang keluar dari mulut prof. Apa masalah prof sebenarnya?” soal Jeremy
geram. Dia tidak dapat tahan lagi. Perasaan yang dirasai sebelum ini,
diketepikan dulu.
“Wah,
finally! Bercakap pun. Fikir dah bisu.” Aik, Hael, kau mengata orang macam
mencerminkan diri sendiri saja. “Masalah saya sekarang ni awak. Kenapa awak
mengelak untuk bertentang mata dengan
saya? Saya nak tahu sekarang juga, pada jam ini, minit ini dan saat ini. Now.
Titik, muktamad,” kata Hael bersahaja.
Jeremy
mengeluh berat. “Satu, sebab saya masih marah sama prof pasal exam masa
bulan lepas. Dua, sebab saya tak suka tengok muka prof. Tiga, sebab prof sangat
sangat sangat anoying. Empat, sebab… sebab… sebab…” Dia buntu, tidak
tahu apa sebab seterusnya.
“Sebab
apa?” sergah Hael.
“Mahal
kita!” kata Jeremy. Wajahnya blur tetiba bila menyedari akan
perkataan yang keluar dari mulutnya itu. Apa aku cakap ni? Argh, gilanya mulut
aku ni? Mulutnya ditampar – tampar lembut. Mukanya mula memerah. Mudahan juga
prof tak faham apa aku cakap tadi. Rasa nak lari lah pula.
Muka
Hael bengang dengan apa yang dikatakan oleh Jeremy. “Apa pula yang mahal ni?
Setakat horlick ping awak tu, tak lah mahal mana pun. Saya tanya apa sebab yang
ke empat? Bukan tanya harga. Dah kenapa?” Hael menggelengkan kepalanya.
Jeremy
mengeluh lega. Nasib pensyarah aku ni bengap sikit. Thank God, dia tak
faham apa aku cakap! Jeremy seperti hendak menari disana kerana gembira.
Tiba
– tiba lagu Big Bang, Fantastic baby kedengaran keluar dari telefon milik Hael. La.. Minat juga dengan lagu
korea. Hampir meletus tawa Jeremy bila mendengar lagu tersebut anmun niatnya
terbantut bila Hael memberi jelingan tajam kepadanya.
Panggilan
diangkat. Macam serius saja muka Hael pada masa ini.
“I
have to go now. Ingat, awak masih hutang saya satu sebab lagi. Lagi satu,
bagi saya sebab – sebab yang awak bagi itu seperti tidak munasabah. So, I
won’t accept it as a reason but tipu helah awak semata – mata. Ok bye!”
Hael terus berlalu pergi dari kedai minum tersebut.
Sengal
punya pensyarah. Bisik hati Jeremy. Jeremy hanya mengecilkan matanya bila
melihat lelaki itu berlalu pergi.
HAEL
buntu bila melihat hadiah yang bertimbun di hadapannya itu. Bagaikan bukit bila
di teliti dengan betul. Dia orang tak penat ke duk hantar hadiah setiap minggu
dekat aku? Soal hati Hael. Aku mesti buka juga semua benda ni hari ni. Tak
boleh di tunda – tunda lagi. Tapi mana aku mampu buka semua ni seorang diri.
Mesti minta bantu budak – budak bahagia ni.
Hael
mengambil telefon bimbitnya lalu menaip sesuatu. Selang berapa minit, pintu
rumah diketuk dengan kuat. Macam nak roboh ada juga bila didengar. Hael terus
membuka pintu. Tiga batang tubuh sudah tercegat didepan pintu dengan senyum sampai
ke mata.
“Cepatnya
korang sampai?” soal Hael terkejut.
“Eh,
abang tak tahu ke, yang kita orang sebenarnya berkemah depan rumah abang ni,”
jawab Jumi spontan lalu ketawa terbahak – bahak. Namun, ‘lawak’nya itu langsung
tiada sambutan dari yang lain. Mereka hanya memandang Jumi dengan wajah
bengang. Jumi berhenti ketawa.
“Kami
cepat sebab tadi kami lepak dekat kedai mamak kegemaran abang tu. Itu yang
sekejap saja dah sampai. Apa yang abang nak kami bantu ni?” soal Kelly. Hael
menunding jarinya ke satu tempat. Lalu dia pergi ke satu bilik dan membuka
pintunya. “Ya Allah bang, berapa lama punya hadiah ni?”
Hael
cuba mengingati dengan mengira menggunakan jarinya. “Empat lima bulan macam itu
lah. Dah, jom tolong abang buka semua hadiah ni. Mana yang abang tak berkenan,
kita bagi dekat orang. Kalau tak bagi pun, kita buat garage sale dekat parking
lot kat bawah tu. Dapat juga duit.” Kelly, Hani dan Jumi hanya mengeluh dengan
permintaan dan cadangan Hael itu.
Semua
mula berkerja. Dari hadiah lama hingga hadiah baru. Selesai dengan hadiah,
surat – surat pula yang dibuka.
“Kepada
Profku yang kacak lagi menawa. Tidak kah prof pernah terfikir untuk menerima
kasih seorang pelajar kepada pensyarahnya. Jika ya, ini nombor telefon
saya +601-XXXXXXXXX. Yang benar, Quratul Ain, Pelajar bidang Art &
Community.” Semua orang beralih pandangan ke arah Hani bila dia membaca
salah satu dari surat yang bertimbun itu.
“Ewwwww… Gelinya aku dengar. Berbulu telinga ni
dibuatnya. Buang surat tu. Bukan taste abang Hael.” Balas Kelly sambil
menggosok – gosok belakang telinganya.
Hampir
semua surat mereka buka. Kebanyakkan surat yang diterima oleh Hael itu adalah
dari pelajar perempuan. Bukan itu saja, ada juga dari pensyarah dan pekerja
perempuan. Pening Hael dibuat. Tinggal empat pucuk surat lagi yang belum
berbuka dan dibaca. Setiap seorang mengambil satu lalu di baca.
Mata
Hael membulat. Betul ke apa yang aku baca ni? Bila dia teringatkan kejadian
tadi pagi, baru dia faham apa yang dimaksudkan oleh pelajarnya itu.
“Buang,”
kata Jumi bila selesai membaca surat yang dibukanya itu. Begitu juga dengan
Hani dan Kelly.
“Hael
Oppa, tu surat nak di buang ke tak?” soalan Hani tidak di sahut oleh Hael. Hael
masih tercengang, terkejut, bingung dan kepalanya kosong. “Hui bang, nak
dibuang ke tidok?” sergah Hani.
“Ha,
apa? Ha, tak. Surat ni abang simpan,” jawab Hael gagap.
“Surat
dari siapa tu, abangku sayang?” soal Jumi lalu cuba untuk mengambil surat yang
dipegang oleh Hael, namun ditepis oleh Hael. “Sakitlah!” adu Jumi.
“Tak
ada siapa – siapa. Cuma abang nak simpan surat ni since korang dah buang
semua surat abang. Dah pukul enam dah. Korang tak balik ker?” soal Hael sambil
tersenyum.
“Aik,
menghalau nampak,” kata Jumi sambil menjeling.
“Kita
orang memang nak balik pun. Belum sembahyang asar lagi ni. Jumi, kau jangan nak
stay ok, jan nak duk menggatai dengan Abang Hael,” balas Kelly. Jumi
hanya bermasam muka. Mereka pun pulang bersama.
Hael
berlabuh dikatil dengan surat masih lagi dipegang erat.
‘Kepada
Prof Hael,
Terlebih
dahulu saya ingin memohon maaf kepada prof setelah apa yang saya pernah katakan
kepada prof sebelum ini. Bukan niat saya untuk berkurang ajar dengan prof, cuma
masa hari itu perasaan tidak puas hati menguasai saya seratus peratus. Itu pun
disebabkan oleh prof sendiri. Siapa suruh cari pasal?
Sebab
sebenar saya tulis surat ni adalah kerana untuk menyampaikan perasaan yang
dipendam selama ini, lagi – lagi selepas kejadian bulan lepas. Saya tahu saya
lelaki begitu juga dengan prof, tapi bila hati sudah mengatakan suka, sukar
untuk saya menidakkannya lagi. Maafkan saya jika apa yang hendak saya katakan
ini akan membuatkan prof bengang tahap dewa – dewi tapi mahal kita. Mahal na
mahal kita.😶 (Check google translate kalau tak faham).
Yang
benar,
Jeremy
Guttiraz
Pelajar
Bidang Bussiness and Marketing’
Hael
tersenyum sekali lagi bila membaca surat tersebut lalu dadanya diraba. Jelas
terasa degupan jatung yang berdegup dengan kencang. Jeremy, Jeremy, rupanya
sebab surat ini, awak cuba mengelak untuk bersemuka dengan saya. Bisik hati
Hael lalu tersenyum.
Telefon
bimbitnya dicapai, nombor milik Jeremy dicari. Penuh telefon bimbitnya dengan
nombor telefon pelajar – pelajarnya. Dia membelek lagi sehingga ternampak nombor
yang dicari.
Jeremy kan ni?
|
|
Jeremy Guttiraz
Siapa ni?
|
|
Pensyarah kau.
|
|
Jeremy Guttiraz
Pensyarah mana satu?
|
|
Prof Hael 😎
|
|
Jeremy Guttiraz
😱
|
|
Kenapa?
|
|
Jeremy Guttiraz
Macam mana prof ada nombor saya.
|
|
Takkan dah lupa? Kan saya ada minta korang semua bagi nombor telefon
untuk memudahkan saya beritahu jika kelas dicancel
|
|
Jeremy Guttiraz
Ada apa prof text saya
petang – petang ni?🐟
|
|
Kenapa awak bagi emoji tu?
|
|
Jeremy Guttiraz
Tertekan. Ada apa prof? huhhhh
|
|
Jumpa saya pukul sebelas
minggu depan dekat restoran tadi pagi.
|
|
Jeremy Guttiraz
Kenapa?
|
|
Ok, itu saja. Bye!
|
|
Jeremy Guttiraz
Prof! Kenapa?
Prof?
Prof?!
Prof!
HUH
|
Hael menutup telefonnya lalu baring ke atas katilnya. Surat ditangan di pandang lama. Jeremy... Jeremy.

No comments:
Post a Comment