BAB 9
Hani
memandang wajah Saiful dengan serius. Saiful yang berdiri dihadapannya dari
tadi masih lagi tersenyum manis namun langsung tidak di ambil kisah oleh Hani.
Hani rasa sebal bila melihat bekas teman lelakinya itu.
“Abang
nak apa sebenarnya ni?” soal Hani dengan nada yang mendatar.
“Abang
nak terangkan apa yang berlaku dulu kepada Hani,” jawab Saiful dengan nada
mengharapkan Hani mahu mendengar penjelasannya itu.
“Terangkan
apa lagi? Semuanya dah jelas dan nyata lah abang. Tak perlu nak jelaskan apa –
apa lagi. Tak cukup lagi abang nak curang dengan Hani dulu. Tak cukup lagi
abang nak sakitkan hati Hani dulu? Dasar buaya darat,” tempelak Hani.
“Hani
dengar lah dulu apa abang nak cakap ni,” pinta Saiful sekali lagi.
“Sudah
abang, Hani tak nak dengar apa – apa lagi. Cukuplah dengan tipu helah abang dua
tahun lepas itu. Abang tahu tak betapa sakit hati ni, bila tahu abang ada
hubungan dengan saudara Hani sendiri. Tak cukup dengan itu, kena tangkap basah
lagi. Apa abang nak cakap lagi? Abang kena perangkap? Jangan nak tipulah. Kena
perangkap apa dengan tidak berbaju bagai,” bidas Hani sebelum Saiful berkata –
kata. Benar apa yang dikatakan oleh Hani, Saiful mempunyai hubungan dengan
saudaranya sendiri, Natasha ketika mereka masih bertunang dua tahun lepas.
Pertunangan
mereka terpaksa diputuskan bila Saiful ditangkap basah bersama Natasha di rumah
Saiful sendiri dan dipaksa kahwin untuk menutup malu kedua belah pihak. Majlis
pernikahan di antara Hani dan Saiful yang sepatutnya berlansung pada bulan ogos
2014 juga terpaksa dibatalkan. Pelbagai jenis tomahan dan ucapan buruk yang
diberikan oleh orang kampung yang menyebabkan mereka terpaksa berpindah rumah.
Saiful
terpaku di hadapan Hani tidak tahu untuk berkata apa. Hani kekal dengan wajah
yang serius, Saiful pula dengan wajah simpatinya.
“Hani
pergi dulu,” kata Hani lalu mengorak langkah menuju ke mejanya tadi. Namun
langkahnya terhenti bila Saiful menarik tangannya supaya berhenti. “Apa pegang
– pegang ni?!Tak tau hukum ke? Lepaskan!”
Saiful
melepaskan genggaman tangan tersebut. “Abang masih sayangkan Hani.”
“Sayang
abang kata? Sayang? Nak termuntah saja tak Hani rasa bila mendengar perkataan
itu keluar dari mulut abang,” kata Hani dengan gaya hendak termuntah.
“Hani
janganlah macam ni.”
“Eh,
kau tak sedar ke yang kau dah ada isteri dekat rumah menunggu kau balik?!
Jangan sebut perkataan sayang ke apa ke dengan Hani lagi. Geli tau tak telinga
ni mendengar.” Hani berhenti seketika untuk melihat ke meja tempat Saiful duduk
tadi. “Dah ada bini pun masih menggatal dengan perempuan lain. Kalau dah buaya
darat tu, memang buaya darat. Tak dapat nak di adjust lagi,” kata Hani
lalu meninggalkan Saiful tergamam dengan kata – kata yang keluar dari mulut
Hani tadi.
Hani
mengambil beg sandangnya lalu pergi menuju ke kereta Kelly. Kelly dan Jumi
sudah menunggu Hani di dalam kereta sejak Saiful menegur Hani dan bawa
bercakap. Hani dengan tidak rela hati menurutkan kemahuan Saiful. Hael pula
terpaksa pulang sebab katanya ada hal urgent perlu dibuat.
Pintu
kereta dihempas.
“Babe,
patut – patutlah kalau nak marah tu. Kereta aku kut. Tak payah lah nak hempas –
hempas bagai. Apa lagi yang jantan tu nak?” bebel Kelly.
“Malas
aku nak cakap pasal dia tu. Hantar aku balik, aku nak rehat,” balas Hani dengan
nada geram.
“Ala,
tadi kata nak shopping. Sekarang dah tak jadi, kempunanlah aku nak makan
chocolate kegemaran aku,” omel Jumi dengan perlahan. Hani hanya
mendiamkan diri saja.
RYKARL
membelek kertas kerja yang baru diterima dari pekerjanya tadi. Punat di telefon
atas meja ditekan.
“Kak
Lydia, masuk ke bilik saya kejap,” arah Rykarl pada setiausahanya itu.
“Ya,
ada apa Encik Rykarl?” soal Kak Lydia setiba di bilik kerja Rykarl.
Fail
berisi dokumen yang sudah di sainnya, di hulurkan. “Tolong berikan dokumen ini kepada Amirah dan
pastikan apa yang dia tulis dalam itu, menjanjikan keputusan yang bagus. Lagi
satu, tolong beritahu Encik Borhan yang saya nak tahu peningkatan tentang
projek kolam baru tu. Secepat yang mungkin,” pinta Rykarl. Permintaannya itu
hanya di balas dengan anggukan saja. Kak Lydia terus berlalu pergi selepas
Rykarl memberi arahan.
Pen
di atas meja, di main. Mata memandang keluar tingkap bilik kerjanya. Kepala
mula memikirkan sesuatu. Dalam sibuk memikirkan sesuatu itu, Rykarl mula
tersenyum seorang diri. Gambaran wanita yang telah mencuit hatinya itu mula
bermain di pemandangannya.
Dadanya
di raba bila degupan jantung mula tidak terkawal. Wajah bengang buat seketika.
Takkan aku dah jatuh cinta dengan akak ting tong itu. Soal hati Rykarl.
“Kalau
aku dah suka dia pun, apa salahnya. Dia bukannya ada siapa – siapa pun. Tapi
umur kami… Ah, tak kisahlah!” bebelnya seorang diri. Tiba – tiba wajah mummynya
timbul di fikiran entah dari mana. “Kalau mummy tahu hal sebenar, confirm
dia tak setuju bermenantukan Hani. Tapi sampai bila aku nak rahsiakan.”
Fikirnya.
“Eh,
aku cakap macam ni, macam lah aku ni couple dengan Hani betul – betul,” hampa
suara Rykarl. Harapannya hancur bila terkenangkan yang dia dan Hani hanya
berlakon. Dua bulan sudah berlalu, perasaan suka mula berputik di hati Rykarl.
TTING!
TTING!
|
HANI BUBU
Awak jadi ke lunch dengan saya?
|
|
|
|
Jadi… Jadi.. Kejap lagi saya pergi sana.
|
Rykarl
terus bangun dari kerusi kerjanya lalu keluar dari pejabatnya. Setiba saja di Café
Sweet Indigo, Rykarl di sambut dengan suara manja Hani.
“Bibi!
Dah sampai dah!” jerit Hani gembira. Pelanggan yang berada di situ tidak
menghiraukan suara pemilik café yang lantang itu dan… gedik.
“Ya,
dah sampai. Ready?” Hani menganggukkan soalan Rykarl itu. “Ok, jom.”
“Bibi
nak pergi mana?” Rykarl mengecilkan matanya bila Hani bersoal sebegitu.
“Daa..
Lunch~~” jawab Rykarl dengan gaya spontan sambil tangannya menunjuk ke
luar café.
Hani
bengang buat seketika. “Hari ni kan kita lunch dekat café je.”
“Oh,
ya tak ya juga. Lupa pula saya.” Kini giliran Hani pula melihat Rykarl dengan
mengecilkan matanya. Sekarang ni macam dia pula yang tua, pelupa betul.
Makan
tengah hari mereka berjalan dengan lancar tapi agak sunyi tak seperti selalu.
Macam janggal saja keadaan disitu. Rykarl seperti ingin mengatakan sesuatu tapi
dia tidak berani. Hani pula masih control ayu. Plastik betul minah
seorang ni. Tunjukkan je lah sifat ting tong kau tu.
Usai
makan tengah hari, masing – masing menyandarkan badan ke kerusi. Rykarl sibuk
dengan telefon bimbitnya, Hani pula membisu
tidak tahu mahu kata apa tapi tangan masih membetulkan rambut yang
tergatung – gatung di depan matanya.
“So…
Awak apa khabar?” soal Rykarl memandangkan sudah dua minggu mereka tidak
berjumpa sebab dia terlalu sibuk dengan kerja di hotel.
“Saya,
khabar baik. Awak?” soal Hani pula sambil memintal – mintal pony tailnya
itu.
“Baik
juga. Awak, saya nak tanya ni.” Rykarl menjelingkan matanya ke atas. Mulutnya
terkumat kamit ingin mengatakan sesuatu. Hati berdebar gila.
“Hmm..”
Hani mengangguk lalu mencapai air minumannya dan diteguk sedikit.
“Awak
nak kahwin dengan saya tak?” seloroh Rykarl mengungkapkan ayat tersebut. Belum
sempat air minuman itu melalui kerongkong untuk masuk kedalam perut, tersembur
segala – galanya lalu membasahi wajah Rykarl. Hani terkejut. Matanya terbeliak
dengan lamaran tersebut.
Rykarl
pula terkejut dengan pancutan air percuma yang diberikan oleh Hani sebentar
tadi. Terkebil – kebil mata dibuatnya. Bila Hani menyedari akan perbuatannya
itu, terus saja dia bangun menghampiri Rykarl untuk membantu mengelap muka
kacak lelaki tersebut.
Apa
kau buat ni Hani? Habis hancur muka kacak Encik Korea kau buat. Hadui.
Kempunanlah anak aku nak tengok muka kacak bapa dia orang ni. Bebel hati Hani.
“Awak
sorry.. saya tak sengaja!” rayu Hani yang masih menolong membersihkan
muka Rykarl. Rykarl hanya tersenyum dengan tingkah Hani itu. Boleh kencing
manis dibuatnya bila melihat senyuman Rykarl ni. Hani yang sibuk itu, sempat
lagi mengerlingkan ekor matanya melihat senyuman tersebut. Boleh pengsan aku
oleh lelaki ni.
“Bubu,
saya tanya ni. Awak sudi tak kahwin dengan saya?” kali ini tenang saja suara
Rykarl bertanya soalan yang sama kepada Hani. Senyuman masih lagi terukir
dibibirnya.
Dia panggil aku bubu
pula sekarang! Aku dah tak boleh tahan, aku dah tak boleh tahan. Lutut Hani
sepertinya longgar pada masa ini. Skru – skru di lutut seperti sudah berlari
entah kemana. Aku rasa nak pengsan. Aku rasa nak pitam dengan senyuman Encik
Korea ni. Wahai Rykarl, kenapa kau buat aku macam ini.
BBUK! Hani rebah tidak
menyedarkan diri. Dia pengsan wei!! Tapi dia pengsan dengan penuh gaya,
senyuman gembira jelas terukir dibibirnya. Tangan kanannya pula ternaik ke atas
dahi. Capek gue kalo alo terusan begini. Gak bisa gue, gak bisa. Mak, abah,
bantuin anakmu ini. Gue ngak kuat! Monolog
hati Hani dalam masa dia pengsan itu.
Rykarl mula gelabah
melihat Hani yang sudah terlentang diatas lantai. Apa aku dah buat ni? Takkan
soalan aku boleh buat dia jadi macam ni. Hebat betul mandrem aku dekat dia ni.
Huhuhuhuhu…

No comments:
Post a Comment