Thursday, February 16, 2017

Erti Kata Cinta - BAB 10



BAB 10

                Jumi memasuki café dengan penuh lenggang dan gaya seakan – akan di fashion show lalu menghampiri kaunter pembayaran untuk membuat pesanan. Reaksi wajahnya berubah bila melihat Kelly yang leka melihat sesuatu.

                “Hoi, Kel. Kau tengok apa tu?” Soalan Jumi dibalas dengan jari telunjuk di arahkan ke meja dimana Hani dan Rykarl sedang menikmati makan tengah hari mereka. “Yang kau duk skodeng dia orang tu kenapa? Sibuk beno. Ni aku nak order makanan ni.”

                “Kejap la, aku sibuk ni. Jarang dapat tengok drama percuma, lagi - lagi 3D macam ni. Kau tunggu dulu,” balas Kelly dengan mengangkat tangannya menunjukkan tanda sebentar.

                “Aku hempok juga budak ni kang. Cepatlah, aku lapar ni,” rungut Jumi.

                “Hih, tak sabar – sabar betul panda seekor ni. Kau nak makan apa?” Jelingan tajam diberikan oleh Jumi kepada Kelly bila perkataan panda keluar dari mulut lelaki itu. Jumi menunjuk hidangan kegemarannya, Laksa Sarawak dan Vanilla Shake. “Itu je?” Jumi membalas soalan tersebut dengan anggukkan.

                “Akak dah order ke?” soal seseorang bila tiba disebelah Jumi.

                “Ya dah. Jami ke mana tadi? Lambat sangat,” soal Jumi hairan pada adik kembarnya, Jami. Jami hanya ketawa bila di soal oleh Jumi sambil membetulkan tudung yang agak senget.

                Kelly yang sibuk menulis tadi terus mengangkat kepalanya memandang Jami. Matanya membulat. Senyuman terus terukir. Cantiknya perempuan ni. Kenapa dia bercakap sama Jumi? Apa kaitan mereka berdua ni? Soal Hati Kelly.

                “Saya nak Salad Ayam dan Air Limau Nipis, panas. Itu saja.” Pesanan yang dibuat oleh Jami langsung tidak dihiraukan oleh Kelly. Kelly masih lagi terpinga – pinga melihat kecantikkan Jami yang mengenakan baju ala kebaya dan selendang bewarna merah jambu itu.

                Jumi yang melihat reaksi Kelly itu bengang. Apa hal dengan kawan aku seorang ni?

                “Hoi, Khairul Andika! Adik aku buat pesanan ni!” sergah Jumi.

                “Oi, perut kau meletop!” latah Kelly sambil menyentuh perut Jumi yang bulat itu. Bila menyedari perbuatannya itu, pantas dia menarik tangannya dan kontrol macho.

                “Kurang ajo betul dia ni. Adik aku buat order tadi, kau dengar ke tidak?”

                “Apa dia?” soal Kelly dengan suara jantan.

                “Saya nak Salad Ayam dan Air Limau Nipis, panas,” jawab Jami dengan nada yang meleret.

                “Oh okay.” Tangan pantas mencatit pesanan yang dibuat. Tidak lama kemudian, bila Jami sudah beredar ke meja, tangan Jumi ditarik oleh Kelly. “Siapa tu, Jumi?”

                “Itu? Oh, dia adik kembar aku, Jami,” jelas Jumi dengan senyuman diukir. Reaksi wajah Kelly berubah bengang. Kepalanya dipusing ke arah Jumi, kemudian beralih pandangan ke Jami pula. Jumi dilihat sekali lagi, kemudian Jami dilihat pula.

                Dahinya berkerut. Kelly memandang Jumi dengan wajah tidak percaya. “Kau biar betik, Ju. Adik kembar kau? Tak pernah tengok pun. Kenapa kau tak pernah cerita pada kita orang yang kau ada kembar? Habis tu, kenapa kau gemuk dia kurus? Lagi satu, kenapa dia tinggi, kau ketot?” soal Kelly bertalu – talu.

                Jumi mengecilkan matanya bila mendengar soalan yang ditujukan oleh Kelly. Kalau aku sidekick kepala ikan keli ni, mati ke tidak? Sabar Jumi, sabar. Tapak tangannya terus memegang tangan Kelly yang kurus itu lalu digenggam. Kelly terus meraung kesakitan. “Lepaskan aku wei, lepaskan aku,” pinta Kelly kesakitan.

                “Cari pasal lagi,” kata Jumi sambil tersenyum sinis lalu meninggalkan Kelly.

                Tapak tangan diraba ke dada. Adakah ini perasaan cinta? Takkan aku dah jatuh cinta? Kalau aku betul – betul bercinta dengan adik si Jumi, memang mampus hidup aku dibuatnya. Hui, tak boleh, tak boleh. Macam cari nahas je bunyinya.

                BBUK! Lamunan Kelly terus terhenti bila mendengar bunyi sesuatu terjatuh. Kepalanya terus dipusing ke meja Hani dan Rykarl. Eh, Hani pengsan!

               “Kenapa ni Rykarl?” soal Kelly pada Rykarl yang masih terkebil – kebil melihat tubuh kecil milik Hani tiba – tiba rebah.

                “Entah, saya pun tak tahu. Saya tanya dia sudi tak kahwin dengan saya, terus saja dia rebah.” Kelly mengecilkan matanya lalu terus memandang Hani yang sedang pengsan dengan penuh gaya itu. Girl, are you kidding me? Seriously? Datanglah penyakit ting tong dia tu.

                “Tak apa Rykarl, kita biarkan saja dia terbaring dekat sini. Pandai – pandai dialah nak bangun bila. Jangan ambil kisah sangat. Awak nak apa – apa lagi ke?” soal Kelly pada Rykarl dengan gaya pelayan yang ingin mengambil pesanan.

                Tidak lama kemudian, Hani bangun dari pengsan dengan senyuman gembira. Wajah Kelly di pandang. Dia berdiri lalu,”Babe, kau tau tak. Tadi aku mimpi yang Rykarl lamar aku jadi isteri dia tapi aku tak sempat jawab sebab aku pengsan.”

                “Ergh, Hani. Awak tak mimpi. Saya betul – betul lamar awak,” sapa Rykarl dari belakang.

                Hani terus terkejut. Aku tak mimpi?! Betul ke? Ya Allah, kau sudah memakbulkan doa ku. Jerit hati Hani.

                “Saya… saya… saya su..” Hani rebah semula kebumi sambil ibu jari diangkat tanda setuju. Rykarl terus besorak gembira tanpa menghiraukan Hani yang sudah terlantar diatas lantai itu. Kelly menepuk dahinya bila melihat Hani kembali tidak menyedarkan diri.

                Kelly mengangkat kaki Hani lalu diheret masuk kebelakang pantri.



               
                TELEFON BIMBIT yang terletak rapi diatas meja dicapai.

                “Eleven thirty. Hmmm…. Mana budak ni?” soal Hael pada dirinya. Sudah hampir setengah jam dia menunggu Jeremy, namun pelajarnya itu masih lagi tidak menimbulkan diri. Bibir yang tidak gatal, di gigit – gigit.

                Beberapa minit kemudian, gerangan yang ditunggu – tunggu sudah tiba lalu menarik kerusi dihadapan Hael untuk duduk. Nafas dihembus dengan kuat, sepertinya dia sangat penat selepas membuat sesuatu.

                “Awalnya sampai,” sindir Hael.

                “Kereta buat hal tadi. Sorry,” jawab Jeremy acuh tak acuh sambil melihat Hael yang masih memberikan wajah bengang. “Ada apa prof nak jumpa saya ni?” soal Jeremy tenang.

                “Awak order minuman dulu,” arah Hael lalu menghirup air sirap bandung yang dipesannya tadi sedikit.

                “Tak apalah, saya nak cepat.”

                “Saya dah agak yang awak nak cakap macam tu. Dik!” panggil Hael pada pelayang yang berdiri berhampiran meja mereka. “Horlicks sejuk satu.” Pelayan itu mengangguk lalu meninggalkan meja mereka.

                Tidak lama kemudian, pelayan itu membawa pesanan yang dibuat oleh Hael tadi lalu meletaknya di depan Jeremy.

                “Minumlah,” kata Hael sepatah. Jeremy hanya menurut perintah profnya itu.

                “Ada apa prof nak jumpa saya sebenarnya ni?” soal Jeremy sekali lagi.

                Wajah Jeremy dipandang sebelum senyuman diukir manis pada bibirnya. Jeremy bingung dan bengang dengan pensyarahnya itu. Apa hal lelaki ni? Aku soal, boleh dia tersenyum. Lawak betul ke soalan aku tu?

                “Saya terima,” jawab Hael ringkas.

                Dahi Jeremy terus berkerut seribu. Minuman ditangan disimpan ke atas meja semula. “Terima? Terima apa?” soal Jeremy tertanya – tanya.

                Hael menghelakan nafas dengan perlahan. Tangannya terus menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan sehelai kertas. “Ini.” Mata Jeremy membulat melihat kertas ditangan Hael itu. Wajah terkejut jelas terpamer. Dia cuba mengawal tapi tidak bisa.

                Lidah Jeremy kelu tidak tahu hendak mengatakan apa. Dia masih tidak percaya yang pensyarahnya akan membaca suratnya itu.

                “Saya terima dengan apa yang awak cakapkan dalam surat ini. Saya terima luahan awak dalam surat ini. Dan saya ingin mengatakan sesuatu yang sama pada awak.” Telefon bimbitnya dicapai.

                TTING!

                Jeremy mencapai Samsung S7 edge miliknya lalu melihat mesej yang baru masuk itu. Aplikasi whatsapp dibuka.


PROF TIGA SUKU
I want to say, mahal kita too 😶



                Jeremy mengangkat kepalanya untuk melihat pensyarahnya yang sedang duduk dihadapannya itu. Hael sudah tersenyum manis pada Jeremy, sebaliknya Jeremy masih lagi bengang. Jeremy membaca semula mesej yang baru diterimanya itu lalu kepala diangkat semula.

                Dia tidak mampu untuk menahan senyuman yang ingin terukir pada bibirnya itu. Adakah aku bermimpi? Mata Hael dipandang sedalam – dalam yang mungkin. Dia masih tidak percaya apa yang baru berlaku.

                “Jeremy, are you okay?” soal Hael yang agak hairan dengan reaksi yang diberikan oleh Jeremy itu.

                “Ya…” jawab Jeremy perlahan. Dia masih terkejut.

                “So…. Sebagai denda awak datang lambat, awak belanja saya hari ni.” Jeremy hanya mengangguk dengan permintaan Hael itu. Hael menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

No comments:

Post a Comment