BAB 11
Dahi
Cik Yam berkerut bila mendengar berita yang disampaikan oleh anak keduanya itu.
Sesekali kepalanya menoleh kearah suaminya yang sibuk membaca surat khabar.
Tenang saja wajah suaminya itu. Sempoi. Langsung tidak terkejut dengan berita
yang disampaikan itu.
“Kamu
biar betul, Bunny? Sejak bila kamu berteman hati ni? Kenapa mak tak tahu?” soal
Cik Yam pada Hani. Bunny adalah nama gelaran bagi Hani ketika dia masih didalam
kandungan Cik Yam.
“Hok
aloh, mak. Orang nak berteman pun mesti beritahu ke? Kalau beritahu, tak lah surprise
maksudnya. Tak gitu, abah?” soal Hani pada Pak Mad pula.
“Hmmm…
Ya lah tu,” jawab Pak Mad ringkas.
“Tengok,
abah pun terkejut,” balas Hani lalu menunjuk wajah abahnya yang agak tenang
itu. Tak nampak terkejut pun. Suka hati kau saja, Hani. “So, mak dan
abah ok ke tak kalau orang nak kahwin ni?”
Cik
Yam terus bangun dari duduknya lalu mendekati Pak Mad yang masih membelek surat
khabar itu. Ada sesuatu yang dibualkan oleh mereka dengan nada yang perlahan.
Tidak lama kemudian, ketawa meletus dari mulut Cik Yam dan Pak Mad, mengekek –
ngekek pula tu. Apa yang lawak sangat tu?
Hani
masih bengang melihat mak dan abahnya yang masih tidak habis – habis berbual
itu. Ya Allah, patutkah aku masuk kebilik saja dan biarkan mereka seronok
berdua – duaan di ruang tamu ini? Fikir Hani sejenak.
Cik
Yam kembali duduk bersebelahan dengan Hani. Tangan anaknya dipegang lalu di
usap dengan lembut. Senyuman diukir pada bibirnya, Hani pun ikut senyum
dibuatnya. Seram pula rasanya bila tengok perubahan cuaca pada wajah mak nya
itu.
“Macam
ni lah, Bunny ya. Mak dan abah setuju untuk Bunny berkahwin dengan teman hati
Bunny tu, tak gitu bapanya?” soal Cik Yam lalu menoleh kearah suaminya.
“Hmmm…”
jawab Pak Mad acuk tak acuh dengan mata masih tertumpu pada surat khabar
ditangan. Lama benar bacanya tu Pak Mad nya oi. Muka surat yang sama masih ke?
“Tapi…
Tapi ada syaratnya.” Cik Yam membesarkan matanya lalu mengusap lembut tangan
anaknya itu lagi.
“Syarat
apa ke benda pula ni, mak eh?” soal Hani
dengan nada yang meleret sambil mata dikecilkan.
“Mak
nak cucu dalam masa satu tahun. Bosan juga duduk dekat rumah ni tak ada yang
meneman kalau abah kamu ke kebun.” Tangan terus ditutup kemulut untuk ketawa.
Tersipu – sipu ketawa mak si Hani.
“Mak…
Kan anak akak ada. Main je lah sama si Bulat tu. Bukan saja boleh dibawa main
bersama tapi kalau di jadikan bantal peluk pun sedap tu, mak,” seloroh Hani
memberi ide.
“Bulat
lain, Bunny. Mak tak kira, kamu mesti bagi cucu juga. Okay, muktamad.”
Kalau
dah begitu yang di inginkan oleh mak, mesti kerja keras aku dibuatnya ni. Hadui…
Tengku Rykarl Hes, bersedia untuk berperang.
RYKARL
melihat mummy nya yang berjalan dari satu sudut ke satu sudut memikirkan
sesuatu. Tuan Zakaria pula hanya sibuk membelek iPadnya.
Puan
Rohayah duduk lalu membetulkan sanggulnya yang agak senget itu. “Memandangkan
anak sulung mummy ni dah bercouple buat empat tahun lebih,
jadinya mummy setuju.” Kalau dia tahu yang anak sulung dia itu hanya
berbohong mengenai tempoh mereka sudah menjadi pasangan, mahu di rejectnya
terus rancangan anaknya itu. “Daddynya, setuju ke tidak?”
“Dah
anak kita betul – betul nak kahwin, nak bantah macam mana pun, tetap dia dengan
keputusannya. Jadi, setuju saja ler ceritanya.” Hati Rykarl sudah menjerit
kegembiraan bila mendengar jawapan dari daddynya itu.
“Kalau
semua dah setuju, nanti hujung minggu ni, mummy dan daddy pergilah bawa
rombongan meminang ke rumah Hani. Amacam, boleh?” soal Rykarl gembira.
“Hmmm…,”
jawab kedua ibu bapa Rykarl serentak.
Rykarl
terus bersorak gembira di depan mummy dan daddynya tanpa menghiraukan benda
lain. Adik - adiknya, Tengku Imran Hes dan Tengku Aniq Hes pula hanya
menggelengkan kepala mereka bila melihat kelakuan pelik abang sulung mereka
itu. Tak pernah – pernah dilihat. Selamanya serius saja, kontrol macho. Mentang
– mentang dialah yang paling kacak dirumah itu.
SEMUA
ketawa dengan riang tatkala kata persetujuan diantara dua pihak sudah dibuat.
Konon pergi meminang, tup tup bertunang terus rupanya. Tanpa dirancang.
“Alhamdulillah
lah Puan Rohayah, Tengku Zakaria semuanya berjalan dengan lancar. Perkara –
perkara macam ni kita tak boleh lengah – lengahkan. Tak gitu, Pak Madnya?” soal
Cik Yam pada suaminya. Suaminya hanya menganggukkan soalan isterinya itu.
“Betul
tu Cik Yam. Memandangkan mereka berdua dah lama berkenalan dan jadi pasangan
tanpa kita ketahui buat empat tahun lebih, baik kita satukan secepat yang
mungkin,” balas Puan Rohayah. Mendengar penjelasan dari Puan Rohayah itu membuatkan
Cik Yam bengang buat seketika. Empat tahun?
“Empat
tahun?” soalnya lalu menoleh ke arah anak keduanya itu sambil membesarkan mata.
Mulutnya terkumat kamit seperti mengatakan sesuatu. Hani hanya senyum tawar
melihat reaksi maknya itu.
“Ya
lah empat tahun,” jawab Puan Rohayah dengan penuh kepastian.
Rykarl
yang baru tiba ke kampong Hani, bergegas masuk mendapatkan mummynya,
takut cerita lain pula yang keluar dari mulut orang tua itu. “Assalamualaikum mummy,”
kata Rykarl dengan mengah.
“Ah,
dah sampai pun. Ini lah anak saya, Tengku Rykarl Hes yang nak disatukan dengan
bunga milik Cik Yam dan Pak Mad ni. Rykarl, kenapa duk tercegat saja ni,
pergilah salam bakal mak bapa mertua kamu tu,” arah Puan Rohayah.
Cik
Yam terkesima buat seketika. Patutlah anak aku beria - ia sangat nak kahwin dengan budak Rykarl
ni, kacak bebeno rupanya. Macam muka penyanyi korea pula tu. Ala
comelnya! Kalau aku belum kahwin pun, memang pilih dia ni jadi suami aku.
Astaghfirullahhal’azim Maryam, bawa mengucap sikit, diri tu dah tua, suami kamu
tu nak letak dekat mana. Kalau dia dengar fikiran kamu masa ni, mahunya tidur
luar dia hari ni dibuatnya. Omel Cik Yam dalam hati.
Rykarl
menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Pak Mad lalu disambut. Tangan
orang tua itu dicium. Begitu juga dengan tangan milik Cik Yam. Pak Mad hanya
tersenyum melihat bakal menantunya itu.
“Umur
berapa?” soal Pak Mad tiba – tiba. Hani yang sedang minum, tersedak. Mampus,
macam mana ni?
Rykarl
menoleh kearah Hani. Mereka menggunakan isyarat mata untuk berhubung.
“Ha,
apa pak cik?”
“Aik,
sejak bila kamu jadi pekak ni, Rykarl? Pak Mad tanya berapa umur kamu pun kamu
tak dengar?” seloroh Tuan Zakaria berbicara dengan anak sulungnya itu. Rykarl
hanya tersenyum malu.
“Umur…
Umur… Umur saya…,” jawab Rykarl gagap.
“Umur…
umur! Dah kenapa gagap pula?! Berapa umur kamu?” sergah Pak Mad. Hani pun
terkejut. Berpeluh – peluh dia menunggu jawapan dari Rykarl.
“Dua
tahun lebih tua dari Hani.” Hani menghelakan nafas lega bila jawapan itu yang
disebut oleh Rykarl.
“Oh,
jadinya tiga puluh dua tahun lah ni?” Perasaan lega yang dirasai tadi, hilang
serta merta bila Pak Mad menyoal Rykarl sekali lagi. Membesar terus mata Hani
dibuatnya.
Puan
Rohayah jadi sedikit bingung bila Pak Mad berkata sedemikian. “Apa pula tiga
puluh dua, Pak Mad? Anak saya baru saja dua puluh lapan. Dia cakap dua tahun
lebih tua bukan enam tahun lebih tua,” celah Puan Rohayah.
“Betullah
tu Puan Rohayah, anak saya kan tiga puluh tahun umurnya. Kalau di tambah dua,
jadi tiga puluh duakan? Kenapa dua puluh lapan pula. Tak itu dua tahun lebih
muda ke?,” tambah Cik Yam pula.
Hani
yang duduk dibelakang mak itu sudha mengurut – urut kepalanya sendiri. Mampus
aku, mampus. Habislah, habislah. Apa aku nak buat ni? Risau Hani dalam hati.
Sebaliknya
Rykarl, masih diam membisu membeku diantara dua keluarga itu. Wajah gelisah
jelas terpamer dimukanya. Fail!
No comments:
Post a Comment