BAB 12
“Hih
minah ni, kemain suruh orang belikan bahan kuih tapi duit tak bagi. Tak pasal –
pasal duit aku jadi mangsa. Sabo sajalah wahai encik duit, riwayat hidupmu
sampai disini saja,” bebel Kelly seorang diri sambil membelek tepung – tepung
yang tersusun rapi dihadapannya.
Senarai
bahan yang tertulis di atas kertas yang diberi oleh Hani tadi, di lihat sekali
lagi. Lima puluh peratus dari bahan yang harus dibelinya sudah di ambil masuk
ke dalam troli. Banyak betul yang minah ni suruh beli. Dia nak buat kek sepuluh
tingkat ke apa ni? Cukup ke tidak duit aku?
Dalam
sibuk Kelly menyorong troli yang digunanya itu, tiba – tiba telefon bimbitnya
berbunyi.
“Ooooo,
Whatsapp!” katanya seorang diri dengan riang.
WerePanda
Korang!!!!!
|
|
Ha! Kenapa?!
|
|
Hani-rago
Apa?!
|
|
Bro Haelium
Apa dia Jumi?
|
|
WerePanda
Aku ada cerita best nak bagi tahu ni….
|
|
Cerita apa?
|
|
WerePanda
Aku nak kahwin!!!!
|
|
APA?!😱
|
|
Bro Haelium
APA?!😀
|
|
Hani-rago
APA?!😵
|
|
WerePanda
Laaaaaa…… Jumi nak kahwin pun tak faham ke?
|
|
Bukan tak faham… Cuma, lelaki malang mana yang nak berkahwin dengan
kau tu..
|
|
WerePanda
Aku tumbuk muka kau karang baru tau…. Aku nak kahwin dengan cinta
pandang pertama aku ler~~~ Siapa lagi kalau bukan Abang…..
|
|
Hani-rago
Abang Nash?! Mengejutnya! Kenapa kita orang tak pernah tahu yang kau
bercinta selama ni? Kau kan…. Suka sangat berahsia..
|
|
WerePanda
Bukan aku tak nak bagi tahu.. tapi korang bukannya pernah bertanya
pun.. Abang Hael ni mana? Takkan sedih Jumi nak kahwin…
|
|
Nak termuntah aku baca Jumi… Jangan perasan sangat…
|
|
Bro Haelium
Jumi… Jumi… Janganlah berangan abang nak sedih bagai kalau Jumi nak
kahwin… Tak terlintas difikiran pun nak sedih… For your information, abang
milik orang dah ok…
|
|
Ni lagi satu… Suka sangat berahsia… Siapa bang?
|
|
WerePanda
Hish Abang Hael ni… Kenapa Jumi tak tahu? huhuhuhuhu
|
|
Jumi, kau jangan nak tukar topik… cerita pasal hal kau dulu… kemudian
baru abang hael…
|
|
Bro Haelium
Pasal abang, tak perlu tahu… Apa yang penting sekarang… Si Jumi ni
yang suka sangat berahsia… Pasal dia ada kembar pun kita tak tahu
|
|
Hani-rago
Eleh… abang tu nampak sangat nak mengelak… btw Ha’ah, kau ada kembar
pun, kau tak pernah bagitahu ah babe
|
|
Cakap pasal kembar kau, Jami tu… dia ada boyfriend ke belum?
|
|
WerePanda
Bukan Jumi tak nak cerita, cuma korang bukannya ada tanya punnnnnn…
Sebab tu Jumi tak cerita… kan kan kan kan kan… Kalau Jumi cerita macam
terhegeh – hegeh pula rasanya…
|
|
Kelly! Kenapa kau tanya pasal Jami ada boyfriend ke tidak? Jangan
cakap kau nak try dia…
|
|
Apa?! Salah ke kalau aku tanya dia dah berpunya ke belum… Tak kannnnn
huh
|
BBUK!
Tiba – tiba troli Kelly terlanggar punggung seseorang dari belakang. Hampir
terpelanting Kelly di buatnya. Eh, kenapa pula Kelly yang nak terpelanting,
bukannya orang yang kena langgar itu yang patut terhumban ke? Drama betul.
“Eh,
Cik! Sorry, saya tak nampak,” mohon Kelly pada orang itu. Orang itu terus
berpusing ke belakang memandang Kelly sambil menggosok punggungnya yang terasa
agak perit itu. Membesar terus biji mata Kelly yang sepet seperti mata budak
cina itu. Jami!
Terasa
seperti ada sinaran terpancar dari wajah wanita tersebut.
‘Sinaran…
Mentari menyinari
Menusuk
ke jiwaku
Ketika
bersamamu…’ nyanyi Kelly di dalam hati. Sempat lagi dia berangan apa akan
terjadi kalau dia sama Jami berkahwin di masa hadapan. Mesti romantik gila.
“Sorry…
Sorry… Tak ada modal lain ke, asyik sorry saja? Sakit tahu tak punggung saya
ni.. Lain kali kalau berjalan tu guna mata! Jangan duk main telefon saja!”
sergah Jami. Terkejut Kelly dibuatnya. Garang gila minah ni. Lebih kurang macam
Jumi. Eh, memanglah dia orang kan kembar. Spesis.
“Tapi
cik, kita berjalan guna kaki, bukan guna mata. Cik belajar dekat mana yang
berjalan guna mata. Nak tengok macam mana,” seloroh Kelly membalas kata – kata
Jami sambil menjongketkan kedua – dua keningnya. Geram pula rasa bila orang dah
minta maaf tapi kena marah sebagai balasan.
“Haish!”
Jami menunjukkan buku lima kepada Kelly, tanda mahu berikan penumbuk percuma
pada Kelly.
Punah
harapan aku nak jadikan kau sebagai isteri aku. CANCEL! Nasib, kau adik
kawan aku, kalau tak dah aku kisar kau sampai lumat. Marah hati Kelly.
Kelly
dan Jami saling bertukar pandangan. Jelingan tajam diberi dari kedua belah
pihak. Hish, sengalnya!! Jerit hati masing – masing.
“BAIKLAH, sampai sini saja kelas kita pada hari ini.
Sebelum kamu keluar, saya akan berikan kamu assignment baru. Setiap seorang
mempunyai topik yang lain. By next Thursday, saya nak tengok semua
assignment sudah ada di atas meja saya. Faham?” soal Hael pada pelajar –
pelajarnya. “Saya akan sebut nama kamu setiap seorang satu per satu, bila dah
dapat topik, kamu boleh beredar.”
Kuliah bagi semester
baru sudah bermula. Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Perasaan penat
sudah semestinya akan dirasai oleh setiap seorang pelajar bidang business and
marketing.
“And the last one,
Jeremy!” Panggilan itu tidak disahut oleh Jeremy. Jeremy tengah berangan.
Berangankan apa pula itu. “Jeremy?”
“Ah ya saya?!” Jeremy
tersedar dari lamunannya. Dia memandang keadaan disekeliling sudah kosong. Aik,
semua dah keluar ke? Jeremy terus berdiri dan mengorak langkah untuk
meninggalkan bilik kuliah tersebut.
“Awak nak pergi mana?”
soal Hael hairan. Hael terus menghampiri Jeremy. Pintu bilik kuliah ditutup.
Tangan Jeremy di tarik lalu dibawa masuk kedalam pelukkannya. “Kenapa ni? Apa
yang awak angankan tadi tu sampai tak dengar apa yang saya cakap tadi?”
Jeremy tergamam
dengan langkah yang dibuat oleh Hael sebentar tadi. Dia hanya mengeluh dengan
perlahan. “Tak ada apa – apa. Cuma terfikirkan pasal hal lola (nenek)
saya saja,” kata Jeremy dengan lemah. Jeremy menjadi risau bila mendengar
berita dari nanay nya mengenai neneknya yang dimasukkan ke dalam wad ICU
disebabkan serangan jantung dua hari lepas.
Hael meleraikan
pelukkan tersebut lalu tangan kanannya memegang bahu Jeremy. “Don’t worry,
she’ll be fine. So, jangan banyak fikir ya. Nah, ini assignment awak.”
Hael menghulurkan segulung kertas kepada Jeremy. “Oh, one more!” satu
lagi lipatan kertas bersaiz kecil diberikan kepada Jeremy.
“Banyaknya!” kata
Jeremy hairan. Matanya dikecilkan bila melihat Hael. Biar betul lelaki seorang
ni. Dia nak main kasar ke apa bagi aku assignment banyak – banyak?
“Yang ini, hanya
untuk awak, istimewa. Pelajar lain, saya tak bagi kertas yang ni tau.” Makin
mengecilkan mata Jeremy dibuatnya. “Like I said, special for you. Only
you.”
“Huh, whatever!
Ok, I go first” Satu lagi pelukkan diberikan oleh Jeremy pada Hael. Kali
ini, Hael pula yang tergamam. Rambut Jeremy diusap lembut. Tak percaya aku yang
sekarang kau milik aku. Pelukkan itu dibalas dengan erat.
No comments:
Post a Comment