BAB 13
Puan
Rohayah menghempaskan beg galasnya ke atas meja minum. Reaksi berang jelas
tertera pada wajahnya pada masa ini. Turun naik turun naik nafasnya juga. Mana
tidaknya, bila mengetahui bakal menantunya itu lebih tua dari ank sulungnya
itu.
“Mummy
nak penjelasan!” Bergema suara Madam Queen Control satu rumah. Tuan Zakaria
masih lagi dengan wajahnya yang tenang sambil bermain dengan iPadnya. Malas
masuk campur bila isterinya sudah naik berang.
Rykarl
masih lagi menundukkan kepalanya. Ada masanya, adik – adiknya dipandang sambil
memberi isyarat minta di bantu. Namun sebaliknya, Imran dan Aniq hanya
menjongketkan bahu masing – masing, malas masuk campur. Ada adik pun tak guna!
Marah Rykarl dalam hati.
“Nak
penjelasan apa ,mummy? Kan dah tahu,” kata Rykarl dengan nada perlahan.
“Dah
tahu… Dah tahu… Apa lagi yang kamu rahsiakan dekat mummy dan daddy? Confirm
pasal kamu dengan Hani couple selama empat tahun pun sebenarnya tipu
semata – matakan?” tempelak Puan Rohayah. Rykarl hanya menganggung lemah.
Puan
Rohayah melabuhkan punggungnya dikerusi berhampiran dengan kasar. Tangannya
dikipas – kipas pada mukanya. Panas pula rasa dalam rumah ni. Geramnya aku!
Jerit hati Puan Rohayah.
“Kalau
mummy tahu lah si Hani tu tua dari kamu, memang mummy tak restu permintaan kamu
tempoh hari,” getus Puan Rohayah.
“Yah…
Yah… Kenapa cakap macam tu? Tak fikir ke perasaan anak kita tu? Lagipun mereka
berduakan dah bertunang. Buat apa nak difikirkan lagi? Saya tak fahamlah dengan
awak ni” Kali ini kata – kata Tuan Zakaria diangguk oleh anak – anak lelakinya.
“Asyik
perasaan anak saja difikir, perasaan saya ni, ada orang fikir? Geram tahu tak!
Kalau tahu, tak payah tunang bagai. Patutnya, si Nadia saja yang jadi tunang
kamu.” Nadia… Nadia… Nadia… Tak sudah – sudah dengan Nadia dia tu. Bebel Rykarl
dalam hati.
Rykarl
menoleh ke arah adik – adiknya sekali lagi sambil memberi isyarat, membesarkan
mata dan mulutnya terkumat – kamit seperti mengatakan sesuatu. Minta tolong obviously.
“Ala
mummy, apa salahnya kalau abang kahwin dengan orang lebih tua dari dia.
Lagipun, bukannya jauh mana pun beza umur dia orang, dua tahun saja kut.
Tambahan pula, kan dah trend sekarang lelaki kahwin dengan perempuan
lebih tua dari dia orang. Contohnya, tak payah jauh, Rozita Che Wan sama Zain
Saidin. Siapa lagi, Niq?” soal Imran pada Aniq sambil menjeling sedikit reaksi
wajah mummynya.
“Ahn
Jae Hyeon dengan Goo Hye Seon,” jawab Aniq dengan penuh yakin dan tersenyum
manis.
Imran
terus mengetuk kepala Aniq. “Hih, tak habis – habis dengan korea dia ni.” Aniq
hanya membalas dengan jelingan tajam. Sakit tau tak!
Puan
Rohayah masih memandang anak sulungnya itu. Tertunduk kepala Rykarl dibuatnya.
“Sudah
– sudahlah tenung muka anak kita tu. Juling nanti mata awak tu. Kalau juling
nanti, awak juga yang menyesal. Nak tahu kenapa? Sebab awak tak cantik lagi, so
saya cari yang barulah,” seloroh Tuan Zakaria mengenakan isterinya.
“Abang jangan buat hal ek. Tidur luar kang baru
tahu,” getus Puan Rohayah geram. “Biar mummy fikirkan dulu!” kata Puan Rohayah
sebelum beredar meninggalkan suami dan anak – anaknya.
“Nak
fikirkan apa lagi, Yah oi. Mereka dah bertunang dah pun!” jerit Tuan Zakaria
dari ruang tamu. “Tak faham papa dengan mummy kamu ni.” Rykarl, Imran dan Aniq
hanya menjongketkan bahu mereka dengan serentak.
“Semua
ni abang punya pasal,” kata Aniq pada Imran.
“Aik,
aku pula? Bukan Abang Rykarl punya salah ke? Kau apa hal?” soal Imran hairan.
“Saja
meriangkan suasana yang suram,” sambung Aniq sambil tersenyum. Satu lagi
ketukan diberi oleh Imran pada kepala Aniq.
“Sewel!”
“HANI
BATRYSIA BINTI AHMAD, apa cerita sebenarnya ni?” soal Cik Yam dengan nada
serius sambil memegang rotan dan berjalan dari satu tempat ke satu tempat
berulang kali.
“Sebenarnya,
pada mulanya, Hani hanya di suruh berlakon jadi teman wanita Rykarl supaya dia
tidak payah kahwin dengan calon pilihan mummynya, komander,” jawab Hani sambil
berdiri tegak.
Pak
Mad hanya menggelengkan kepala melihat telatah dua beranak itu. “Sudah –
sudahlah tu nak buat drama tanpa bajet. Kacau pemandangan saja. Saya nak tengok
tv pun susah,” kata Pak Mad dengan selamba.
Cik
Yam terus menarik tangan anaknya lalu dibawa duduk bersebelahan dengan
suaminya. Kepalanya diurut – urut. Wajah anak keduanya itu dipandang dengan
senyuman terukir dibibir. Apa hal pula ni?
“Baguslah
juga kamu terima permintaan dia tu. Bukan senang tau, lelaki kacak macam dia tu
nak pinang kamu jadi teman wanita. Tup tup dia dah jatuh hati dengan kamu,
tengok sekarang. Dah bertunang pun. Kalau mak jadi kamu pun, confirm mak
terima.” Pak Mad terus menoleh isterinya dengan wajah terkejut. Bukan saja Pak
Mad, Hani pun juga.
“Yam,
kamu jangan lupa diri. Kamu tu dah ada suami. Suami kamu ni pun kacak juga.
Sekali dua kali imbas macam Shah Rukh Khan. Tak pun Aaron Aziz. Tak gitu, Ram?”
soalnya pada anak sulungnya yang sedang menidurkan Bulat yang baru setahun
lebih itu.
*Ram
nama gelaran bagi Umairah. Sebab masa Umairah dalam perut Cik Yam dulu, Cik Yam
suka sangat dengar lagu Ramlah Ram. Tapi tak tahulah kenapa, si Hani ni pula
yang tergila – gilakan lagu Ramlah Ram.
Soalan
Pak Mad tidak disahut oleh Umairah. “Hoi Kak, abah tanya tu!” jerit Hani.
“Ah
apa? Abah tanya Ram ke? Tiba – tiba pula telinga ni jadi pekak. Jap, biar Ram
teliti muka abah, sama tak macam muka Shah Rukh Khan atau Aaron Aziz.” Umairah
memandang wajah abahnya agak lama. Tidak lama kemudian, “Tak sama langsung abah
tapi muka abah macam seorang ni. Hensem juga. Nama dia Theodore Roosevelt.
Hensem gila, abah. Tak tipu.”
“Pun
boleh lah~~ Janji ada,” jawab Pak Mad lalu menonton television semula.
Umairah
sudah gelak tergolek semasa menidurkan Bulat. Begitu juga dengan Hani sudah
ketawa mengekek – ngekek disebelah Cik Yam. Cik Yam pula masih bingung memikirkan
apa benda yang lawak sangat ni.
“Tak
sabarnya Bunny nak kahwin dengan Rykarl. Confirm nanti masa atas
pelamin, macam kelapa di belah dua…”
“Pinang!
Bukan kelapa!,” celah Cik Yam dan Pak Mad serentak. Kadang – kadang pening juga
ada anak terlebih ting tong ni. Hani hanya ketawa malu.
“Tak
apalah mak, abah, bukan selalu Bunny cipta peribahasa sendiri.” Tipulah tak
selalu. Macam boleh buat buku peribahasa baru rasanya bila dikira peribahasa
yang diubah suai oleh Hani selama dia hidup ini.
HANI
memasuki cafénya dengan penuh lenggok seolah – olah berada di fashion
show. Kaca mata hitam yang tersarung di anggota mata dibuka. Matanya liar
memandang keadaan disekeliling. Hmmm ramai juga pelanggan hari ni. Dia terus
mengorak langkah ke belakang pantri untuk memeriksa bilangan kek yang masih ada
di dalam cake fridge.
“Kelly!”
suaranya memecah suasana yang agak sunyi.
“Ah
apa? Engkau ni, terkejut aku dibuatnya. Bila kau balik? Kenapa tak bagi tahu?
Kau nak apa panggil aku?” soal Kelly bertalu – talu.
“Saja
panggil kau, rindu sebab tiga hari tak jumpa. Ni aku nak, kenapa kek dalam peti
sejuk ni tak bertambah? Engkau tak buat kek baru ke?”
“Aku
nak buat macam mana? Bukannya aku pandai pun. Kau yang selalu buat kek selama
ni kan. Nak marah orang pula. Sentap!” jawab Kelly dengan nada merajuk.
“Oh,
ya tak ya juga. Lupa pula aku. By the way, kau tak nampak ke perubahan
dekat aku ni?” soal Hani sekali lagi.
Kelly
memandang Hani dari atas hingga kebawah. Dahinya berkerut memikirkan apa yang
berbeza pada kawan karibnya itu. Tidak lama kemudian, bahunya dijongket
menunjukkan dia tidak tahu. Hani yang berada dihadapannya sudah buat gaya
tangan kiri ditunjukpada kepala. Begitu juga dengan tangan kanannya.
“O.M.G
Babe!!! Cantiknya kau! Sejak bila kau bertudung ni?” puji Kelly lalu menutup
mulutnya dan menggelengkan kepalanya sebab tidak percaya si Hani sangat cantik.
“Aku
tahu aku cantik sebab tu Rykarl terpikat dengan aku. WAHAHAHA… Bukan itu saja,
tengok apa lagi yang berbeza?” Kali ini, jari jemarinya pula dimain – main.
“Kenapa
dengan jari kau? Sakit …. OOOO Cantiknya cincin kau! Cincin tunang ke ni?”
“Ya
lah! Takkan cincin nikah kut. Soalan… Biar logik sikit.”
Dalam
sibuk dua sahabat itu berbual, tiba – tiba pintu café dikuak dari luar. Sebatang
tubuh berpakaian ketat paras lutut memasuki café tersebut dengan lenggangnya.
Rambut yang menutup matanya di betulkan kebelakang. Wajah sinis jelas tertera
tatkala kaca matanya hitam dibuka.
Kaki
terus mengorak langkah menuju ke kaunter pembayaran. Bell yang terletak
diatas meja tersebut dibunyikan.
“Ya
cik, nak order apa?” soal Kelly
pada wanita tersebut.
“Aku
tak nak order apa – apa. Aku nak jumpa bos kau. Mana dia?” soal wanita itu
balik.
“Ada
apa cik nak jumpa bos saya? Boleh saya tahu?”
“Kau
jangan banyak tanya boleh tak? Mana dia? Panggil dia sekarang!” marah wanita
tersebut.
Bitchnya
perempuan ni… Aku rasa nak belasah saja. Nasib kau, nasib mood aku hari ni baik
sikit. Kalau mood aku tak baik, memang aku tendang kau keluar dah sekarang.
Gumam Kelly dalam hati lalu berlalu pergi dari kaunter pembayaran. Namun
langkahnya terhenti dan berpusing semula.
“Eh,
kau bukan Nadia ke?” soal Kelly dengan sinis sambil memandang wanita itu dari
atas kebawah. Namun soalannya itu tidak dibalas. “Bontot kau tu buat ke
plastic? Macam terlebih tonggek je. Confirm kau bagi botox dengan
punggung kau tu kan?” soalnya lagi lalu pergi meninggalkan wanita sambil ketawa
mengekek – ngekek. “Kesian, plastic sungguh wanita macam kau ni.”
“Kurang
ajar punya bapok! Nanti kau aku kerjakan. Panggilkan Hani sekarang juga!”
“Whatever!
Lebih baik kau balik sekarang. Hani tak nak jumpa perempuan plastic macam kau.
Lagipun dia cuti hari ni!” jerit Kelly dari dalam dapur. Kau Kelly, kalau part
membohong, nombor satu.

No comments:
Post a Comment