Thursday, March 2, 2017

Erti Kata Cinta - BAB 14



BAB 14

                Kelly mengurut kepalanya yang terasa pening sejak tadi pagi. Rancangan untuk membantu Hani membuat kek hari ini, terpaksa dibatalkan. Hani yang menunggu di café selama sejam mula bengang bila menerima berita yang sahabat karibnya itu mohon cuti pada hari ini.

                “Khairul Andika Bin Ismail! Silakan masuk!” Namanya dipanggil oleh jururawat yang bertugas di bilik tiga. Kelly terus berdiri menuju ke bilik dimana suara itu datang.

                “Silakan masuk. Khairul Andika?” soal doktor itu membelakangi Kelly.

                “Ya, saya,” jawab Kelly ringkas dalam keadaan lemah.

                “Sakit apa?” soal doktor itu lagi lalu berpusing melihat pesakitnya itu. “Kau?!” jerit Jami terkejut.

                “Kau?!” Kali Kelly pula terkejut.

                Mata bertentang mata. Mulut masing – masing mula terkumat kamit mengatakan sesuatu buruk mengenai orang yang berada dihadapan mereka itu. Jami yang berdiri, perlahan – lahan duduk dan mula menjauhi kerusinya dari Kelly, tatkala pandangan Kelly itu seperti mahu menerkam dirinya.

                “Kau nak apa datang sini?” soal Jami dengan perlahan.

                “Hish, cubalah cakap tu lembut sikit. Ini ber kau aku bagai. Macam dah kenal lama pula dibuatnya aku ni,” bebel Kelly perlahan. “Obviously, bila orang datang ke klinik sebab apa? Sakitlah. Takkan nak memancing pula.. Soalan… Biar logik sikit.”

                Jami kembali memberi jelingan tajam kepada Kelly. “Sakit apa?”

                “Demam!”

                “Tak payah lah nak jerit! Aku belum pekak lagi.”

                “Dah kau yang jerit dulu. Aku pun ikut jeritlah! Porah,” getut Kelly.

                Jami menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor kepada Kelly walaupun dia tidak begitu rela untuk merawat Kelly. Semuanya berpunca pada hari Kelly melanggar punggungnya. Perasaan geram masih lagi terasa di hatinya. Tambahan pula, Kelly hanya meninggalkan dia selepas membuat salah. Makin panaslah dibuatnya. Ala Jami, kau pun salah juga, yang kau pergi marah dia tiba – tiba tu kenapa? Dia kan dah minta maaf.

                “Nah, ni ubat kau. Pergi ambil dekat kaunter farmasi selepas keluar dari bilik,” kata Jami dengan nada yang mendatar sambil mata masih lagi tertancap di skrin komputer. Tidak lama kemudian, jarinya ditunjuk kearah pintu bilik tersebut. “Kau boleh keluar.”

                Kelly hanya menurut kata – kata Jami. Kalau ikut hati memang dia nak cuci saja kepala otak minah seorang ni. Nasib dia sakit, satu badan lemah. Kelly berdiri dari duduknya lalu mengorak langkah meninggalkan bilik tersebut.

                “Ah, kejap!” Langkah Kelly terhenti bila Jami bersuara. “Kau pasti ke kau demam je?” soal Jami.

                “Kenapa?” soal Kelly balik dalam keadaan yang lemah.

                “Tak ada apa – apa. Cuma aku tengok kau berjalan macam ada masalah saja. Tulang dekat pinggang kau patah ek?” soal Jami lalu ketawa berdekah – dekah. Tak ada ciri- ciri wanita melayu terakhir betul.

                “Mulut kau ni memang tak ada insuran ek? Nasib aku sakit, kalau tak dah lama aku cili cili mulut kau tu,” jawab Kelly geram. Nanti kau, ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Memang rosak betul hajat aku nak jadikan kau isteri aku. Cancel! Cancel! Cancel! Lebih rela aku bujang buat selama – lamanya darpada kahwin dengan manusia macam kau.




                JEREMY membelek kertas yang dia baru terima dari Hael tadi sebelum keluar dari bilik kuliah. Usai membaca isi kertas itu, senyuman mula terukir dibibir. Tak sangka muka serius macam tu, tapi dalam hati ada berhektar – hektar taman bunga. Kalau perempuan baca surat dia ni, mahu cair dibuatnya.

                “Hoi!” sergah seseorang dari belakang Jeremy lalu memeluk bahu Jeremy, yang mana membuatkan dia gelabah dan menyembunyikan kertas yang dia terima itu. “Kau buat apa tu?”

                “Hih, kau ni Shua! Cuba jangan buat aku terkejut. Kalau aku kena serangan jantung tiba – tiba, macam mana?” getus Jeremy geram.

                “Ala, aku main – main pun tak boleh. By the way, aku nak tanya ni, lusa kau ada plan nak buat apa – apa ke?” soal Joshua selamba seperti orang tidak bersalah.

                “Sabtu ni? Let me see…” Jeremy berfikir seketika. Matanya masih lagi manatap wajah Joshua yang menunggu jawapan itu. Yang dia excited sangat nak tahu ni kenapa? “Sabtu ni aku tak ada apa – apa plan. Kenapa kau tanya?” soal Jeremy.

                “Ha’ah, kenapa kau tanya?” soal rakan mereka, Zita disebelah pula.

                “Sibuklah kau Zita, siapkan kerja kau tu,” jawab Joshua pada soalan Zita. “Kalau kau tak ada plan, apa kata kau teman aku beli barang?”

                “Nak ikut?!” jerit Zita.

                “Sibuk! Aku tak bawa kau pun. So, how Jer?” soal Joshua lagi.

                “Ok!” jawab Jeremy ringkas sambil mata liar melihat skrin laptopnya. Tangan kirinya pantas menulis sesuatu.

                “Nice!”

                Semua sibuk dengan kerja masing – masing sehingga tidak sedar jam sudah mencecah pukul empat petang. Kebanyakkan pelajar yang berada didalam perpustakaan itu, sudah pun beredar pula ke bilik (hostel) mereka.

                Jeremy sudah pun penat membuat assignmentnya. Kepalanya di urut – urut, begitu juga dengan tangannya.  Joshua dihadapannya hanya memandang Jeremy dengan wajah yang hairan. Johari dipandang, muka bengang diberi serta – merta. Mana tidak, Johari sudah pun membuat worldwide map. Kau rasa?

                “Kau penat ke, My?” soal Joshua pada Jeremy.

                “Taklah, aku rasa sangat bertenaga masa ni?” jawab Jeremy, sarcastically. “Of course lah aku penat. Soalan..”

                “Kalau macam tu pergi lah balik ke bilik kau. Kau nak aku bantu bawa barang kau ke?”

                “Tak payah, aku boleh buat sendiri. Macam lah banyak sangat barang aku ni sampai tak dapat bawa sendiri.” Tangannya mula mengemas buku – buku dan barangnya yang lain untuk balik ke biliknya. “Hoi Johari, bangun. Jom balik!”

                “Kejap laa…” jawab Johari separuh sedar.

                TTING! TTING!

PROF TIGA SUKU
Penat sangat ke?


Eh, Prof nampak saya ke?
PROF TIGA SUKU
Of course~~


Stalker…
PROF TIGA SUKU
Ouch, that hurts… Mana ada saya stalk awak… Kebetulan pula saya melintas library tadi, nampak awak mengeliat.. Pergi lah balik ke bilik awak…


On my way for your information…
PROF TIGA SUKU
Ummm… By the way, sabtu ni awak busy ke?


Ya, temankan Joshua beli barang.. Why?
PROF TIGA SUKU
Which Joshua? Saya tahu ke?


My friend… Like my brother… Your student…
PROF TIGA SUKU
Oh okay… Ingat nak minta awak temankan saya sabtu ni..


A date?
PROF TIGA SUKU
What? Urghhh nah… Beli barang..


Cheh… Let me think… I don’t think I can…
PROF TIGA SUKU
Please please please…


I’ll inform you later…
PROF TIGA SUKU
Ahhhh… Okay..


               
                Jeremy terus mencari nama Joshua di dalam Whatsapp untuk bertanya sesuatu.


Shua… Hari sabtu ni dapat cancel tak?
JOSHUA FERNANDEZ
Kenapa?


Aku ada hal….
JOSHUA FERNANDEZ
Hal apa?


Ada lah tu… Maybe next time, aku dapat temankan kau.. Amacam?
JOSHUA FERNANDEZ
Kalau macam tu, ok then..


Sorry bro!

               
                Conversationnya bersama Hael di tekan semula.

               

I can…
PROF TIGA SUKU
Serious?


Yup!
PROF TIGA SUKU
Thanks Jeremy!


Sure sure sure anything for you…
               
                Hanya senyuman yang dapat diukir pada bibir pada masa ini.

No comments:

Post a Comment