BAB 15
“Selamat
datang~.”
Kehadiran
Hani dan Rykarl serta keluarga mereka disambut mesra oleh pekerja di butik
rakan karib Puan Rohayah. Mewah sungguh butiknya itu. Rasa macam berada dalam
drama di televisyen pula. Bisik hati Hani.
Album
yang dipenuhi dengan gambar – gambar baju pengantin itu di serahkan oleh
pekerja disana kepada Hani dan Rykarl. Puan Rohayah dan Cik Yam juga turut sama
melihat album tersebut. Setiap helaian album tersebut, diselak satu persatu.
Cantik sungguh pakaian pengantin ni, macam nak borong saja semua dalam album
ni.
Beberapa
minit kemudian, seorang wanita dalam linkungan 40-an berjalan menuju ke Puan
Rohayah dengan lenggangnya.
“Roha!
How are you?” jerit wanita tersebut lalu bersalaman serta berlaga pipi
dengan Puan Rohayah.
“Aku
sihat macam biasa. Dah lama aku tak jumpa kau, Qam. Kau pula apa khabar? Nampak
macam bahagia saja badan kau ni.”
“Mestilah
bahagia, suami aku bagi makan terlebih cukup. Ada apa kau datang sini? Siapa
yang nak kahwin?” soal Puan Qamariah. Puan Rohayah tersenyum sipu bila soalan
itu ditanya lalu jari telunjuknya menunjuk ke arah anak sulungnya, Rykarl. “Oh
my Gucci, my baby boy nak kahwin? Kenapa cepat sangat besar ni? Kamu tahu
tak masa kamu kecik – kecik dulu, auntie selalu kenen kan kamu dengan anak
auntie. Kempunan lah auntie nak bermenantukan kamu,” kata Puan Qamariah pada
Rykarl yang sedari tadi melihat gelagat dua sahabat itu. Rykarl hanya menyambut
kata – kata itu dengan senyuman saja.
Imran
yang berada di hadapan Rykarl terbatuk sedikit lalu, “Cliché.” Aniq
disebelahnya sudah ketawa mengekek – ngekek dengan perlahan. Kemudian dia turut
terbatuk sedikit lalu, “Tipu.” Kali ini mereka berdua ketawa. Jelingan tajam diberi oleh Puan Rohayah pada
anak – anak bujangnya itu. Habislah korang. Sampai sini saja riwayat hidup mu.
Puan Qamariah turut
duduk bersama. “Apa tema yang diinginnkan oleh pengantin?” soalnya pada Hani
dan Rykarl.
Belum sempat mereka
menjawab soalan wanita petengahan usia itu, Puan Rohayah sudah bersuara.
“Modern. Lebih kurang macam Cinderella macam tu lah.” Wajah hairan
diberi oleh Cik Yam yang duduk disebelahnya.
“Eh bukan lah. Bukan ke
dia orang nak tema klasik. Kekalkan tradisi kita. Tak gitu Hani, Rykarl?”
potong Cik Yam dengan lembut menunjukkan tanda protes.
Sebenarnya Hani dan
Rykarl belum lagi pilih tema untuk majlis perkahwinan mereka. Mereka ingin
melihat dulu apa yang berkenan di mata, baru lah dia orang buat kata
persetujuan. Tidak sangka pula, mak dan mummy mereka sudah memilih tema bagi
pihak mereka.
“Bukan, mereka nak
modern. Bukan klasik,” balas Puan Rohayah lembut.
“Tak, dia orang nak
klasik, bukan modern,” balas Cik Yam pula tidak mahu mengaku kalah.
“Modern…”
“Klasiklah…. Jangan
cliché sangat Puan Rohayah nya. Anak saya lebih tua, jadi ikut kemahuan saya,”
tempelak Cik Yam.
“Apa pula?! Tidak ada
istilah siapa tua siapa muda. Anak saya lelaki, keluarga awak mesti ikut cakap
keluarga saya. Lagipun, modernkan trend sekarang. Mesti ikut trend, jangan
ketinggalan zaman sangat,” getus Puan Rohayah geram.
“Eh! Tak! Saya nak
Klasik juga.”
“Modern!”
Mula dah perang dunia di
antara negeri Rohayah dan negeri Maryam. Hani dan Rykarl bengang melihat telatah
orang tua mereka itu. Perasaan malu mulai dirasa. Wajah Pak Mad di pandang oleh
Hani, masih tenang, seperti tidak nampak apa – apa yang berlaku di hadapannya.
Begitu juga dengan Tuan Zakaria. Hebat dia orang ni! Isteri di depan tu, tunggu
main tarik – menarik rambut je lagi, tapi dia orang masih lagi boleh tenang? Unbelievable.
“Mad, nak pergi minum
dengan aku tak? Aku belanja. Amacam?” soal Tuan Zakaria pada Pak Mad.
“Boleh juga, kebetulan
pula aku rasa haus tiba – tiba.” Pak Mad dan Tuan Zakaria pun bangkit dari
tempat duduk mereka dan meninggalkan yang lain. Tidak lama kemudian, Rykarl dan
yang lain pun meninggalkan ibu – ibu mereka bertengkar tanpa disedari oleh Puan
Rohayah dan Cik Yam. Begitulah kesudahan perjumpaan bersama Puan Qamariah pada
hari ini. Sekian.
“AKU terima
nikahnya Hani Batrysia binti Ahmad dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai.”
Dengan sekali lafaz,
Hani sah menjadi isteri kepada Rykarl pagi tadi. Semua sebak melihat pernikahan
di antara Hani dan Rykarl terutama sekali Puan Rohayah. Apa lah nasib anak aku,
dapat isteri lebih tua dari dia. Omel Puan Rohayah dalam hati.
Majlis persandingan
bermula sejam yang lalu. Ramai tetamu menghadiri majlis tersebut, sampaikan
tempat duduk tidak mencukupi. Mana tidaknya, tema bagi perkahwinan ini
tersangat unik. Modern klasik. Mungkin biasa didengar tapi bila dilihat dari
busana yang disarung oleh Rykarl dan Hani tadi agak pelik dan unik dipandangan
ramai.
Rykarl mengenakan tuxedo
yang diperbuat dari kain songket sepenuhnya, begitu juga dengan Hani, gaun Cinderella
yang diperbuat dari kain songket. Walaupun agak rimas bila disarung ke
badan tapi semua itu untuk membuat hati Puan Rohayah dan Cik Yam bahagia.
Supaya tiada lagi pertengkaran akan berlaku.
“Babe! Tahniah! Sampai
juga hajat kaukan berkahwin dengan Encik Korea,” jerit Jumi bahagia setiba
dipelamin. Wajah Rykarl menjadi hairan bila terdengar perkataan Encik Korea.
“Encik Korea? Awak gelar
saya Encik Korea ke? Wah, tak sangka juga muka saya ni macam orang korea.”
Rykarl tersenyum lalu ketawa tidak percaya. Hani disebelah tersipu malu bila
suaminya mengetahui gelaran yang diberikan itu.
“Suami kau mana? Mana
Kelly dan Hael Oppa?” soal Hani pada Jumi.
“Kejap lagi naik lah tu.
Ha, itu dia!” Tiga jejaka menaiki pentas menghampiri pengantin dengan penuh
gaya. Terutama sekali Kelly, bukan gaya saja, lenggok juga. Masih ada masalah
pinggang tu.
“Adik abang, tahniah!”
sapa Hael pada Hani. Tidak lama kemudian tangan dihulur ke arah Rykarl. “Hai,
saya Hael. Senior merangkap abang angkat Hani. Jaga Hani baik – baik,”
kata Hael serius lalu ketawa. Hani turut ketawa bila melihat wajah Rykarl sudah
berubah takut. Penakut rupanya suami aku ni.
Kali ini giliran Kelly
pula. “OMG. Babe, you look so
fabulous! Like seriously, I’m not lying. Untung lah kau Rykarl dapat isteri
secantik Hani ni. Jangan kau buat hal dekat dia sudah, kalau tak, merasa siku
ni masuk mulut,” gertak Kelly. Gertakkannya itu hanya disambut dengan ketawa
dari Rykarl.
Sesi bergambar dengan
pengantin diakhiri dengan sahabat – sahabat Hani. Gelak tawa jelas kedengaran
dalam dewan tersebut. Namun gerak geri mereka telah di teliti dari jauh oleh
seseorang.
“Kau tunggu. Aku akan
rosakkan rumah tangga korang!” kata seseorang lalu meninggalkan dewan tersebut.
RYKARL mengheret
bagasi lalu disimpan ke atas troli. Sesi bulan madu kini telah bermula.
“Berapa lama pergi honeymoon
ni?” soal Pak Mad pada menantunya itu.
“Dua minggu macam tu
lah, bah. Nak spend time dengan Hani lama – lama,” jawab Rykarl
lalu tersenyum manis.
“Kalau dah lama – lama
tu, bila dah balik mesti bawa berita gembira ek.” Rykarl bingung dengan ayat
bapa mertuanya itu. Nampak ke tidak fahaman tertulis diwajah Rykarl pada masa
ini.
“Don’t worry, abah. Hani
akan pastikan misi memberi cucu untuk abah dan mak akan berjaya. Bibi, kita
mesti berkerja keras ya!” seloroh Hani berkata pada suaminya.
Barulah Rykarl faham apa
yang di maksudkan oleh Pak Mad itu. Dia pun ketawa hambar sebab malu. Hani pula
yang tidak tahu malu ni. Sungguh luar biasa.
“Misi,
misi juga, Hani. Jangan sampai kamu buat suami kamu ni sakit, sudah,” celah Cik
Yam dari sebelah Pak Mad.
“Eh,
kamu ni Yam. Begitu pula. Kalau dah sakit tu, maksudnya berjaya lah misinya!”
Meletus ketawa Pak Mad dengan lawaknya sendiri. Kali ini Hani pula yang malu.
Puan
Rohayah dan Tuan Zakaria tidak dapat turut bersama menghantar Hani dan Rykarl
ke lapangan terbang kerana jadual kerja yang sangat padat. Puan Rohayah
terpaksa menghadiri mesyuarat dengan manager – manager setiap unit bagi
business produk mukanya itu. Tuan Zakaria pula terpaksa berjumpa dengan chef –
chef baru yang akan bekerja di café hotel itu.
“Baiklah, mak abah, orang pergi dulu. Dah
kena panggil dah tu. Assalamualaikum!” Tangan dihulur untuk bersalam dengan
orang tuanya. Dituruti dengan Rykarl yang sedari tadi melihat telatah anak
beranak tersebut.
No comments:
Post a Comment