BAB 16
‘Age is just a number and gender is just a word. But love
will always be love.’
Air
mata Jeremy mengalir dengan deras. Semakin kuat esakkannya. Membaca ayat
terakhir dari Hael sebelum segala – galanya berubah membuatkan hati semakin
sakit. Kenapa semua ini harus berlaku? Kenapa harus dia? Kenapa? Jeremy tidak
dapat berhenti menangis setiap kali terfikirkan apa yang telah berlaku pada
Hael.
BEBERAPA
HARI YANG LEPAS…
TTING!
TTING!
|
Budak Korea Sesat Jalan
Korang!!!! Aku dah sampai korea!!! WAHAHAHAHAHAHA
|
|
|
Encik Vogue da vas
Alhamdulillah! Sampai juga kau dekat sana~~ Sejuk ke tidak babe?
|
|
|
Panda Kaki Gosip
Kau gila tak sejuk, Kel! Satu digit je kut suhunya tu…
|
|
|
Encik Vogue da vas
Macam mana kau tahu? Kau bukannya dekat korea pun… suka hati je…
|
|
|
Budak Korea Sesat Jalan
Sejuk babe!!! Berapa lapis baju aku pasang ni.. masih juga sejuk… Nasib
baik ada suami yang badan tough bidang lagi berfungsi, dapatlah memeluk
tubuhku yang kecil ini… Wah!
|
|
|
|
Cerita pasal apa ni?
|
|
Encik Vogue da vas
Hani! Nak termuntah aku membaca text kau babe… GELI GELEMAN AKU
DIBUATNYA! Habis jatuh semua bulu ketiak aku…
|
|
|
Abang Hael… baca sendiri…
|
|
|
|
Hmmm…. Dah baca semua…
|
|
Panda Kaki Gosip
I told you, Kelly…. Kau tak caya… Aku kan peramal cuaca antarabangsa…
|
|
|
|
Bukan Jumi kerja dekat JKR ke?
|
|
Budak Korea Sesat Jalan
Ha’ah… Bukan kau kerja di JKR ke? Penipunya kau gemuk~~~
|
|
|
Panda Kaki Gosip
Orang nak belawak sikit pun tak boleh..
|
|
|
Encik Vogue da vas
Tak lawak pun… Aku langsung tak gelak… Sungguh aku cari satu rumah,
masih aku tak jumpa dekat mana punchline kau… Penat weh…
|
|
|
|
Itu lawak… AHAHHAHAHA
|
|
Budak Korea Sesat Jalan
HAHAHAHAHAHA
|
|
|
Panda Kaki Gosip
Dahlah…. Bye aku ada kerja nak buat ni… Karang lagi sambung sakitkan
hati aku… Btw suami aku jemput datang rumah hujung minggu ni.. siapa yang
dapat saja lah… Kau Hani memang tak dapat punyakan…
|
|
|
Budak Korea Sesat Jalan
Alaaa…. Wrong timingnya! Baru berangan nak tengok rumah baru kau tu…
|
|
|
|
Abang tengok dululah… Kalau abang tak sibuk, abang datang..
|
|
Encik Vogue da vas
Ok aku datang! Wakilkan semua orang…. Jami ada kan, babe?
|
|
|
Panda Kaki Gosip
Kau masih lagi tak give up dengan adik aku tu ke? Haih…. Malangnya
nasib aku kalau betul kau jadi adik ipar aku Kel!
|
|
|
Encik Vogue da vas
Sungguh aku tak suka dengan perangai si Jami tu… Tapi dia tetap jadi
cinta pandang pertama aku… Aku kejar cinta itu biarpun dia di atas gunung
Everest.
|
|
|
|
Wuiseh… Ayat… Akhirnya, adik abang sorang ni dah nak jadi lelaki
sejati WAHAHAHA
|
|
Budak Korea Sesat Jalan
AHAHAHAHAHA
|
|
|
Panda Kaki Gosip
Kel, sebabkan ayat kau tu, aku terkentut dekat ofis ni.. Punca!
Malunya aku bila kawan aku tengok.. Busuk gila weh!
|
|
|
Encik Vogue da vas
Whatevah! *Flip my fucking hair to the right and to left*
|
|
Perbualan
mereka berhenti disitu. Hael meletakkan telefon bimbitnya ke dalam poket
seluar. Rehat hari ini, dia hanya bersantai di universiti. Persekitaran yang
agak tenang, dijiwai dengan sepenuh hati. Minuman dihadapannya dicapai lalu
dihirup sedikit untuk membasahkan leher yang agak kering itu.
Dalam
sibuk berehat, tiba – tiba matanya tertumpu ke satu arah. Cermin mata yang
ditanggalkannya tadi, disarung semula. Jeremy? Senyuman terukir dibibir.
Telefon bimbit dikeluarkan semula untuk membuat panggilan kepada orang
disayangi itu. Namun niatnya terbantut bila terlihat, seseorang memeluk Jeremy
dari belakang. Mereka kelihatan begitu mesra. Siapa tu? Soal hati Hael.
Jeremy
berpusing melihat wajah wanita yang memeluk dari belakang. Dia ketawa perlahan.
“Sasya
buat apa dekat sini?” soal Jeremy pada adik saudaranya yang baru sampai
Malaysia semalam.
“Nak
jumpa Kuya lah. Kuya dah habis kelas kan? Jom teman kan Sasya shopping,
nak?” soal Sasya.
“Hmmm…
Macam mana Sasya boleh tahu kuya dah habis kelas?”
“Ada
lah tu. Boleh kan?” mohon Sasya dengan slang filipinonya itu.
“Oo…
Walang problema…”
“Thanks,
Kuya! Let’s go!” Sasya menarik tangan Jeremy dengan gembira lalu pergi ke
kereta milik Jeremy. Kereta pantas meluncuri jalan tar meninggalkan perkarangan
universiti tersebut.
Hael
yang sedari tadi melihat gerak geri dua orang tersebut, hanya mengetap bibir
seperti menahan perasaan. Apa hubungan mereka berdua sampai mesra macam tu?
“HARI
tu keluar dengan siapa?” soal Hael pada Jeremy yang sedang duduk
dihadapannya menikmati jamuan.
“Hari
tu? Oh Sasya, cousins saya,” jawab Jeremy dengan mulutnya yang agak penuh
itu. Hael mengangguk mengerti lalu mencapai tisu di tepi piringnya dan diacu ke
mulut Jeremy yang ada kesan sos. Namun Jeremy cuba mengelak, memandangkan
mereka ditempat awam. Hael memberhentikan niatnya dengan perasaan hairan.
“Kenapa?”
soal Hael hairan. Lima bulan sudah berlalu sejak mereka menjadi pasangan tetapi
perasaan janggal itu kadang – kadang akan terbit di antara mereka. “Saya
cuma nak tolong lap kan mulut awak,” jelas Hael hampa.
Jeremy
meletakkan sudu dan garfunya ke tepi piring. Dia memandang Hael dengan mulut
yang masih mengunyak makanan. “Orang tengok kita.” Hael melihat pasangan
kekasih yang duduk bersebelahan dengan meja mereka itu.
“Kita
tak buat apa – apa yang salah pun. Kenapa nak fikirkan apa yang orang fikir?”
“Saya
cuma kurang selesa dipandang macam tu. Ikut hati, memang saya nak buat sesuatu
yang sama pada awak. Tapi bila di pandang begini, saya jadi segan. Mesti mereka
berfikir yang bukan – bukan, kenapa saya keluar dengan lelaki, kenapa kita
mesra sangat, kenapa awak nampak ebih tua dari saya dan sebagainya,” jelas
Jeremy. Sudah lama dia pendam perasaan begitu. Dia sayang akan orang yang
sedang duduk dihadapannya, cuma bila dipandang jijik oleh orang ramai
membuatkan dia kurang selesa.
Hael
meraup wajahnya. Nafas dihembus dengan berat lalu wajah Jeremy di pandang
dengan sayu. “Awak, dengar sini. Age is just a number and gender is just a
word. But love will always be love.”
Jeremy terkesima dengan
ayat yang keluar dari mulut Hael. Wajah Hael dipandang lama. Tidak lama
kemudian, tangan kiri Hael dicapai. “I’m sorry. Saya minta maaf. Bukan
niat saya untuk mengguris perasaan awak. Cuma saya masih lagi cuba untuk
membiasakan diri dengan situasi begini.” Hael mengangguk mengerti. Hael
memberikan senyuman kepada Jeremy yang sepertinya agak kurang ada mood itu.
Senyuman itu dibalas dengan senyuman.
Usai membeli belah,
Jeremy menunggu Hael di depan mall kerana Hael hendak pergi ke tandas seketika.
Telefon bimbitnya di main, mata masih
lagi liar melihat ke pintu utama mall. Lamanya Hael ni. Rungut hati Jeremy.
Selang beberapa minit
Hael muncul di muka pintu. Dia terus mengorak langkah bila terlihat Jeremy
sedang menunggu dirinya berhampiran dengan kerusi di luar mall. “Dah lama
tunggu? Jom.” Jeremy mengangguk sambil tersenyum lalu berdiri.
TTING! TTING! Tiba –
tiba telefon Jeremy berbunyi. Telefon yang terletak di dalam poket seluar,
dikeluarkan, lalu di belek. “Jeremy!” jerit Hael dari belakang bila melihat
terdapat sebuah kereta laju melintasi jalan kecil tersebut. Jeremy terkejut
kaku tidak bisa untuk bergerak. “Jeremy!” Hael menjerit sekali lagi lalu
menolak Jeremy ke kaki jalan.
Oleh sebab itu, Hael di
langgar oleh kereta tersebut dan terhumban satu meter dari tempat tadi. Jeremy
terkejut lalu berlari mendapatkan Hael.
“Hael! Awak! Bangun!
Awak, bangun! Hael!” jeritnya cemas. Kereta yang melanggarnya tadi hilang dari
pandangan. Kepala Hael dipenuhi dengan darah. Air mata Jeremy pula mengalir
dengan deras. “Call kan ambulance! Tolong!” pinta Jeremy pada orang ramai yang
menghampiri tempat kejadian.
KELLY dan Jumi
bergegas masuk kedalam hospital. Kaunter pertanyaan di hampiri. “Hael Lim!”
kata Kelly dengan nafas yang terputus – putus. Jumi mengangguk – angguk kata –
kata Kelly itu lalu telefon bimbitnya dikeluarkan.
|
|
Hani! Abang Hael masuk hospital!
|
|
Ha? Kenapa? Apa jadi?
|
|
|
|
Kena langgar lari. Keadaannya kritikal masa ni. Masa tak sedarkan
diri.
|
|
Ya Allah! Subhanallah.. Family abang hael dah tau ke?
|
|
|
|
Ha’ah.. dia orang dah sampai dah.. and Jermey pun ada dekat sini..
|
|
Jeremy? Part – timer Sweet Indigo?
|
|
|
|
Ya, Jeremy tu lah… aku pun terkejut kenapa dia ada dekat sini.
|
|
Eh, Jumi… Jeremy kan student abang hael…
|
|
|
|
Tapi kenapa student boleh ada dekat sini…
|
|
Abang dah sedarkan diri ke belum?
|
|
|
|
Belum lagi… doktor masih belum keluar dari bilik operasi..
|
|
|
Eh, doktor dah keluar!
|
|
Apa dia cakap?
|
|
|
|
Abang koma.. Masih tak sedarkan diri… dotor cakap abang banyak
kehilangan darah..
|
|
Ya Allah….
|
|
|
|
Babe, aku cau dulu…
|
|
Ah, ok… update aku ya
|
|
|
|
Okay…
|
Jumi menghampiri ibu
Hael yang sudah menangis teresak – esak. Bapa Hael pula, Encik Lim sudah
terduduk meraup wajahnya. Mereka tidak mahu kehilangan satu – satunya anak
mereka yang disayangi itu.
Jeremy membeku dan
membisu. Semua ini salah aku. Kalau aku tidak leka tadi, memang semua ini tidak
akan berlaku. Air matanya mula mengalir lalu dia berlari meninggalkan tempat
tersebut. Kelly yang sedari tadi melihat gerak geri bekas part – timer café nya
itu, masih lagi tertanya – tanya kenapa Jeremy ada di sini. Kenapa dia
menangis?

No comments:
Post a Comment