BAB 17
Hani
berlari keluar dari airport dengan perasaan girang. Senyuman lebar seperti
joker terukir ketat di bibir. Angin sejuk Seoul, Korea Selatan, di hirup
sedalam – dalam yang mungkin. Tak sangka, impian untuk pergi ke korea dari
zaman universiti, akhirnya tercapai juga. Terima kasih kepada suami yang sangat
disayangi ini.
“Korea!
Aku dah sampai! Terima kasih sebab sudi menunggu!” jerit Hani dengan air mata
gembira mula menuruni pipi. Rykarl yang melihat gerak – geri isterinya dari
tadi, hanya tersenyum saja. Perasaan malu melihat tingkah isterinya itu,
diketepikan walaupun orang ramai mula melihat.
Rykarl menghampiri
isterinya. “Sudah – sudahlah menjerit itu. Kita dekat sini bukan sehari dua.
Tapi berminggu – minggu. Jeritlah nanti – nanti ek. Jom kita ke hotel, check
in dulu.” Hani menurut kemahuan suaminya.
Setiba di bilik hotel,
Hani terus berlari ke atas katil sambil mengheret beg baju. Kemudian, beg baju
itu dibuka lalu tangannya ligat seperti mencari sesuatu. Selang beberapa minit,
jari jemari Hani terus melekat ke bawah dagu lalu digerakkan seperti ombak,
memikirkan sesuatu. Suaminya yang sedang berdiri di depan cermin dilihat.
Rykarl khusyuk melihat
dirinya sendiri dengan membuat gaya seperti modal di depan cermin. “Cantik juga
cermin ni ek. Bubu, nanti kita beli cermin macam ni, nak?” soal Rykarl pada
Hani yang masih sibuk memikirkan sesuatu. Hani hanya mengangguk perlahan.
“Bibi, hari ni hari
apa?” soal Hani.
“Hmmm…. Thursday.
Why?” Rykarl mengerutkan dahinya. Hani mengangguk lagi sekali.
Bagus! Hari yang sangat
tepat untuk aku jalankan misi aku. HUAHAHA! Baju mana satu patut aku pakai
malam ni ek? Yang merah ke yang hitam? Kalau hitam, nampak macam gothic
sangat. Takut suami aku ni larikan diri pula. Kalau yang merah ni, nampak macam
menggoda sangat. Takut dia pengsan pula sebelum misi aku dapat di jalankan.
Hmmmm…. Patutkah aku bawa dia berjalan sekarang untuk membeli pakaian baru
untuk misi malam ini? Ligat Hani berfikir. Tak senonoh betul perangai budak seorang
ni.
“Kenapa bubu?” soal
Rykarl yang masih hairan dengan soalan Hani sebentar tadi.
“Tak ada apa – apa. Cuma
otak ni boleh terlupa pula hari tetiba. Wahai sayangku, nak jalan tak lepas
mandi karang?” soal Hani dengan manja.
“Boleh…. Bosan juga kalau
duduk dalam bilik ni, tak ada apa yang nak di buat,” balas Rykarl sambil mata
masih lagi melihat ke cermin tadi. Tangannya pula ligat membelek cermin
tersebut. Obses betul dengan benda itu.
“Ada benda yang nak di
buat tapi bukan sekarang..” kata Hani perlahan.
“Apa sayang?” soal
Rykarl seperti terdengar sesuatu tadi lalu keningnya di jongket – jongket.
“Tak ada apa – apa~”
selamba Hani mengelak soalan suaminya lalu berlenggang melintasi suaminya untuk
ke bilik air. “Tak nak ikut ke?” soal Hani menggoda. Rykarl hanya mampu menelan
air liurnya. Peluh mula mengalir di dahi Rykarl lalu di kesat. Hani
menjongketkan keningnya pula.
Apa hal dengan isteri
aku ni. Baru saja sampai, dah nak main goda – goda pula. Wahai iman,
bersabarlah kau dahulu. Bahawasanya, masanya belum tiba lagi. Berapa jam je
lagi. Sabar…. Tunggulah dulu wahai nafsu. Astaghfirullah Hal’azim. Istighfar
Rykarl di dalam hati sambil mengusap – ngusap dada bidangnya itu. La… dua kali
lima juga si Rykarl ni….
Rykarl terus berlari ke
katil sambil mengeliat. Selimut tebal di tarik menutupi tubuhnya. “Saya nak
rehat kejap. Penat pula rasa badan ni.” Simpan tenaga banyak – banyak untuk
karang. Bisik hatinya. “Bubu mandi lah dulu, kalau dah siap, bangunkan bibi.”
Terus Rykarl membuat bunyi seperti orang berdengkur.
Hani mengeluh hampa.
Misi mengoda suami untuk mandi bersama, gagal. Sungguh menyedihkan wahai dunia.
Sob sob sob. Hani menutup pintu bilik air dengan lemah. Sedihlah tu ceritanya.
SEPANJANG berjalan
melintasi kedai – kedai di kota Seoul itu, Hani hanya berangan – angan
memikirkan tentang abang angkatnya yang baru mengalami kemalangan sebentar tadi
di Malaysia. Perasaan risau mula menguasai dirinya. Hani mengeluh sedih.
Rykarl hanya mampu
berdiam sahaja, tidak mahu menganggu isterinya pada masa ini. Matanya melihat
keadaan sekeliling yang agak meriah. Ramai pengunjung dari luar Negara mahupun
dalam Negara melawati tempat tersebut. Tiba – tiba matanya tertumpu ke satu
gerai kecil yang menhidangkan juadah kegemaran si isteri.
Hani terus di pandang.
Dia mendapat ide bagaimana untuk membuat Hani supaya tidak berasa sedih
sepanjang hari. Kalau tak, memang gagal misinya yang hendak di jalani malam
ini.
“Sayang, janganlah risau
sangat. Kelly dan Jumi kan ada dekat Malaysia tu, tengok – tengokkan Abang
Hael. Cuba sayang tengok dekat sana, ada apa,” kata Rykarl sambil menunding
jari ke satu penjuru di pasar malam tersebut. Mata Hani terus membulat.
Perasaan risau tadi, terus hilang entah ke mana. Kakinya terus pantas berlari
menghampiri gerai tersebut. Rykarl hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil
tersenyum. Macam budak – budak. Kata hatinya lalu ketawa seorang diri.
Hani yang sudah tiba di
gerai tersebut melambai – lambai dari jauh memanggil Rykarl. Kepala sudah mula
berfikir, hidangan mana satu yang mahu di nikmati dahulu. Ddeobokki atau
Gimbap. Hmmm.. Rykarl disebelahnya hanya memandang isterinya dengan wajah
tenang.
“Igo… Il..Eh Ummmm
Hana... Jusaeyo,” pesan Hani dengan penuh yakin pada mak cik gerai
tersebut. Ya ampun Hani, kata peminat k-pop tapi apa ke benda yang awak cakap
tu? Soal hati Rykarl.
Rykarl mengeluh perlahan
sambil tersenyum. Rykarl terus membuat pesan dengan perkataan dan ayat yang
betul dengan lancar tanpa sebarang cacat cela. Hani terus tercengang dan
bengang memandang suaminya. Apakah? Makhluk apakah yang sedang berdiri di
sebelah aku sekarang? Siapakah manusia ini? Adakah benar dia suamiku? Hantu
mana yang telah merasuk suamiku sehingga dia mampu berbicara dalam bahasa
korea? Unbelievable~!! Kata hati Hani tidak percaya.
“Sejak bila awak pandai
cakap korea ni?” soal Hani dengan wajahnya yang bengang.
“Sejak dari baby lagi,”
jawab Rykarl selamba lalu menghulur wang kertas pada mak cik gerai tersebut.
Biar betik jiran aku! Jerit Hani dalam hati. “Nah, ddeobokki dan gimbap sayang.
Makan sampai kenyang.” Hulur Rykarl pesanan yang dibuat tadi pada Hani.
Hani masih lagi
tercengang di depan gerai itu. Adakah aku bermimpi pada masa ini? Encik Korea
yang aku sangka melayu jati, rupanya…
“Tak payah lah nak buat
muka comel tu, karang saya cerita pada awak.” Dia kata aku comel! Ini kali
pertama selepas kami berkahwin dia cakap aku comel! Pipi Hani terus memerah,
hatinya pula sudah seperti taman bunga sepuluh hektar.
HANI memandang
dirinya sendiri di hadapan cermin di dalam tandas biliknya. Rambutnya di
luruskan. “Kalau macam ni, nampak seksi tak?” soalnya pada dirinya sendiri.
“Bolehlah. Asal baju aku ni boleh dikatakan menggoda tahap maksima. Kau dia tak
tergoda, aku tak tahu nak cakap apa.”
Tombol pintu di pulas
perlahan dari dalam. Pintu di kuak dengan perlahan. Hatinya berdebar. Kali
pertama dia nak buat kerja gila macam ni. Tak lah gila mana. Mengurat laki kan
baik hukumnya. Masa malam pertama hari tu tak dapat nak buat apa – apa sebab
bendera jepun naik tapi sekarang, dah boleh sangat – sangat dah ni.
“Bibi~~~” panggil Hani
pada Rykarl meleret. Rykarl yang baru selesai menunaikan solat isyak terus
memandang ke arah isterinya. Mahu tersedak di buatnya bila melihat isterinya
sudah berpakaian jarang dan paras paha. Kopiah di kepala terus di di humban ke
atas meja berhampiran, kain pelekatnya pula terus dibuka. Kakinya pantas
berlari dan lompat ke atas katil. Hani ketawa perlahan melihat gelagat suaminya
itu. Gelojoh bebeno.
“Ya, apa dia bubu?” soal
Rykarl seperti tidak nampak apa – apa. Sejuk pula rasa tetiba.
“Kalau bibi pakai baju
macam ni untuk malam ni, okay tak?” soal Hani dengan cara manja dan seksi
(konon).
Rykarl berdehem. Macam
dahaga pula rasa tetiba. “Mmmm… boleh. Kenapa tanya?” soal Rykarl semula dengan
selamba. “Ada majlis apa pakai macam ni?” soal Rykarl lagi.
“Majlis membuat anak!”
jerit Hani lalu terus menerkam Rykarl.
“Allahhuakhbar!” jerit
Rykarl pula.

No comments:
Post a Comment