BAB 18
Jeremy
bergegas berlari masuk ke dalam hospital tatkala menerima berita bahawa Hael
sudah menyedarkan diri. Perasaan gembira sudah dapat dirasai. Mudahan dia baik
– baik saja.
Pintu
bilik bernombor 228 di tolak kuat dari luar. Jelas kelihatan Kelly dan yang
lain sudah berdiri di sisi katil Hael dengan tersenyum dan gembira. Mereka
menoleh ke arah yang baru memasukki bilik tersebut. Jeremy berjalan menghampiri
katil tersebut samba tersenyum gembira. Air mata mula menitis tatkala tubuh
Hael sudah kelihatan terlimpang sambil memandang ke arahnya.
“Awak
dah sedar,” kata Jeremy ringkas.
Hael
hanya tersenyum hambar. “Ya. Kalau saya boleh tahu, awak ni siapa?” soal Hael
hairan. Senyuman yang terukir di bibir Jeremy sebentar tadi terus memudar bila
mendengar soalan itu.
“Saya
Jeremy,” hanya itu saja yang mampu di katakan kerna keluarga Hael berada di
situ. Mereka langsung tidak mengetahui hal Jeremy ini.
“Jeremy….
Jeremy mana?” soal Hael sekali lagi. Terasa hati seperti di tusuk dengan pisau
pada saat ini. Apa jadi dengan Hael?
Kelly menghampiri Jeremy
lalu di bawa keluar dari bilik tersebut. Kelly memandang Jeremy yang masih lagi
bingung memikirkan apa sebenarnya yang telah berlaku pada Hael. Kelly mengeluh
perlahan melihat bekas part timer nya itu. “Boleh saya tanya sesuatu pada awak,
Jeremy?” soal Kelly.
Jeremy memusingkan
kepalanya memandang Kelly lalu mengangguk lemah. “Boleh,” jawabnya perlahan.
“Apa hubungan awak
dengan Hael ek?” soal Kelly tertanya – tanya.
Jeremy teragak – agak
mahu menjawab soalan tersebut. Haruskah aku memberitahu perkara yang sebenar?
“Ummm… Saya boyfriend Hael,” jawab Jeremy dengan wajah hendak menangis
sebab memikirkan tentang Hael. Kelly yang berdiri di hadapannya seperti tidak
percaya dengan apa yang baru di dengar sebentar tadi. Jadi sangkaannya selama
ini mengenai Hael adalah benar. “Apa sebenarnya yang berlaku pada Hael?” soal
Jeremy risau.
“Ketika kemalangan hari
itu, telah berlaku hentakan yang kuat pada kepalanya yang menyebabkan terjadi
sesuatu pada sistem memori Hael. Dia hanya mengingati perkara lepas. Dia tidak
ingat apa – apa yang pernah berlaku baru - baru ini,” jelas Kelly.
Air mata mula menitis
dari kelopak mata Jeremy. Hael hilang ingatan? Jadi dia tidak ingat aku?
Semakin deras air mata mengalir ke pipinya. Jeremy terduduk. Hatinya terasa
sakit teramat sangat seperti di robek – robek. Dadanya di pegang.
“Bawa bertenang ek.”
Kelly menepuk lembut belakang Jeremy sebelum masuk semula ke bilik di mana Hael
di tempatkan.
Bila semua orang sudah beredar,
Jeremy memasuki bilik Hael secara senyap. Kerusi disisi katil Hael di tarik
perlahan kemudian duduk. Wajah Hael yang sedang berehat di tenung sayu. Kenapa
semua ini harus berlaku pada Hael? Tangan Hael di capai lalu di pegang. Air
mata menitis sekali lagi. Kepalanya di dekatkan pada tangan tersebut.
Hael tersedar bila
terdengar bunyi tangisan berhampiran dengan katilnya. Kepala Jeremy di pandang
kemudian Hael duduk. “Jeremy kan?” Jeremy berdecit tatkala suara itu singgah ke
gegendang telinganya. Dia terus berdiri dan hendak mengorak langkah untuk
meninggalkan bilik tersebut. “Ah, wait!” Panggilan Hael menghentikan
langkah Jeremy. “Do I know you?”
“Ergh, yes. I’m just
your student. Nothing more than that.” Pintu bilik di kuak lalu kakinya melangkah
keluar dari bilik tersebut, pintu di tutup. “I miss you.” Air mata yang
mengalir di kesat. Perasaan perit di hati cuba di endahkan tapi….
KELLY
mengenakan baju cara melayu bagi menghadiri majlis doa selamat serta kesyukuran
bagi Jumi dan suaminya yang baru berpindah ke rumah baru mereka. Songkok yang
terletak rapi di kerusi penumpang sebelahnya dicapai lalu di sarung ke kepala.
“Ok lah ni, nampak kacak juga.”
Kakinya
terus melangkah keluar dari kereta lalu pintu kereta di tutup. Kelihatan ramai
yang sudah berada di dalam rumah tersebut. Setiba di muka pintu, perasaannya
berubah tatkala melihat wanita pujaan kelihatan sangat cantik.
Jumi
yang sibuk menghidangkan jamuan di meja makan terus mendapatkan Kelly. “Babe,
kau dari mana?” soal Jumi mengah.
“Kenapa?”
soal Kelly hairan. “Dari rumah lah.”
“Oh,
aku fikir kau dari majlis kahwin siapa – siapa tadi sebab aku tengok kau pakai
baju ni ber ia – ia sangat. Orang lain pakai jubah saja, ada yang pakai baju
cara melayu dan seluar biasa tapi kau, aku tengok..” Jumi meneliti kawannya
dari atas ke bawah, “Macam orang nak pergi kenduri kahwin.”
Kelly
menoleh ke arah orang ramai yang sedang berkumpul di ruang tamu. Eh, betul lah!
Malunya aku! Rasa diri ni terlebih pula. “Abang Nash ada jeans yang boleh aku
pakai tak?” soal Kelly perlahan.
“Hih,
menyusahkan. Tak payah lah susah – susah tukar. Biar kau malu. Aku tak masuk
campur.” Kelly mengecilkan matanya pada Jumi. Aku sedut juga lemak perempuan ni
karang. “Yalah yalah. Kejap aku tanya dia dulu.”
Disebabkan
malu, Kelly mengekori Jumi dari belakang dan tunggu di ruang dapur. Tak di
duga, wanita pujaan hati yang di lihat tadi kini berada di dapur. Wahai Jami,
jika benar kau jodoh aku, dapatkah kau terima aku seadanya? Soal hati Kelly
tiba – tiba.
“Eh,
Kelly kan? Baru balik kenduri kahwin ke?” soal Jami sarkastik. Sebenarnya dia
sudah dengar perbualan antara kakak kembarnya dan Kelly sebentar tadi.
Kelly
merengus perlahan. “Ya, kenapa? Ada masalah?” jawab Kelly nak tak nak. Wajah
sabar tak sabar di berikan. “Malas aku nak bertikam lidah dengan kau, Jami”
“Siapa
suruh kau bertikam lidah dengan aku? Kau gila ke apa? Macam nak bunuh orang
pula main tikam – tikam lidah orang. Huh.” Bengap. Satu perkatan yang hati
Kelly dapatkan katakan. Belajar tinggi – tinggi sampai jadi doktor, tapi masih
juga bengap. Kelly mengeluh perlahan.
Suasana
di dapur kembali sunyi, sepertinya ada burung gagak melintas buat seketika. Awkward.
“Kelly, boleh aku tanya sesuatu?”
“Apa
dia?”
“Kenapa
akak dan kawan – kawan kau panggil kau Kelly?”
“Sebab
itu nama aku, sebab tu kot.” Kelly cuba memikirkan jawapan yang lurus untuk
diberikan.
“Bukannya
nama kau sebenar, Khairul Andika ke?” Huik, dia ingat nama aku lah. So
sweet! Jerit hati Kelly.
Kelly
yang tadi tidak melihat wajah Jami terus menoleh memandang Jami. “Kelly itu
kira nama manja – manja aku sejak zaman universiti dulu tapi sampai sekarang
nama itu digunakan. Aku ok je pun dengan nama tu,” jelas Kelly.
“Kalau
aku panggil kau, Khairul boleh? Tak pun Andika?” soal Jami ber ia – ia. Aik,
apa angin minah seorang ni macam baik sangat ni? Takkan dah jatuh hati dengan
aku kot?
“Suka
hati kau lah,’ jawab Kelly selamba. Sebenarnya, hati sudah berbunga – bunga
sebab Jami adalah orang yang pertama, selain dari keluarganya yang memanggil
Kelly dengan namanya yang sebenar.
Dalam
sibuk mereka berbual, Jumi datang mencelah. “Nah seluar, harap kau muat lah.
Lepas pakai nanti basuh lepas tu hantar balik ke rumah aku.”
“buat
apa juga aku nak peram seluar suami kau lama – lama. Tak kuasa aku.”
DDING!
DDONG! Nash berlari mendapatkan pintu rumah. “Eh, Tuan Muda! Terima kasihlah
sebab datang,” kata Nash pada anak majikannya itu.
“Apalah
Abang Nash ni, penat Atif cakap balik – balik, jangan panggil Atif, Tuan Muda.
Repot juga dekat nenda ni nanti, suruh potong gaji abang,’ gertak Haris
Atiffin.
“Abang
bergurau sikit pun tak boleh. Jemputlah masuk.” Dia dan anak majikaannya itu
seperti adik beradik meamandangkan Nash sudah lama bekerja sebagai butler Atif
sejak Atif kecil lagi, sekarang dah bujang dah. Cepatnya masa berlalu.
No comments:
Post a Comment