Tuesday, March 21, 2017

Erti Kata Cinta - BAB 19



BAB 19

                Beruntungnya aku dapat seorang suami yang seksi, sasa dan menyelerakan. Nasib baik tak jadi kahwin dengan Abang Saiful beberapa tahun lepas. Bisik hati Hani apabila tercelik dari lenanya. Suami yang sedang enak di buai mimpi di sebelahnya, di pandang sambil tersenyum. Sedap mata memandang. Tidur pun, mukanya masih kacak. Satu ciuman diberi ke pipi Rykarl oleh Hani. Lembutnya pipi dia! Jerit hati Hani lagi.

                Tangan Rykarl yang memeluk tubuh kecil Hani itu, jadi semakin erat. Tubuh Rykarl dan Hani semakin dekat. “Kenapa pandang saya macam tu? Hensem sangat ke suami awak ni?” soal Rykarl dengan matanya tertutup.

                Eh, dah bangun rupanya Encik Hubby ni. Hani terkejut lalu menoleh ke tempat lain. Namun, Rykarl menarik semula pandangan isterinya itu ke wajahnya. Rykarl tersenyum manis lalu memberi satu ciuman ke dahi Hani. Pipi Hani di usap.

                Hani membeku dan hanya mampu memandang wajah suaminya itu. Banyak mengenai Rykarl yang masih dia tidak tahu. Semalam dia baru tahu salah satu daripadanya iaitu suaminya mampu berbicara dalam bahasa korea. Rupa – rupanya, Puan Rohayah bukanlah melayu tulin. Ibu kepada Puan Rohayah adalah seorang wanita korea yang berhijrah ke Malaysia untuk mempelajari segala – galanya mengenai Malaysia.

                Nenek Rykarl bertemu dengan datuknya di kedai mamak. #CintaPandangPertama. Berkahwinlah mereka hingga mendapat anak dan cucu. Jadinya, in conclusion Hani berasa beruntung dapat berkahwin dengan seorang lelaki kacukan korea. #Alhamdulillah Kau ada wahai pembaca? Tak da kan~~~ Sabo je lah.

                “Hari ni nak pergi mana?” soal Rykarl sambil bermain dengan rambut Hani.

                “Ummm… Ummm… Ummm…” Hani gagap, tak tentu rasa bila Rykarl membuat sedemikian. Lantaklah kau Hani, dengan suami sendiri pun kau nak propah. “Pergi shopping mall? Itu je kot.”

                “Kalau macam tu, jom bangun, kita mandi lepas tu bersiap then jalan. Jom,” ajak Rykarl lalu bangun sambil menarik tangan Hani. Hani hanya memandang tubuh suaminya itu yang sasa tanpa berpakaian. Kalau kau bukan suami aku, dah lama aku beristighfar mengatakan apa yang aku tengok ini semuanya maksiat tapi since kita dah halalkan, tengok je lah. Sedap mata memandang. Fikir Hani sejenak.

                “Bibi nak bawa bubu ke mana?” soal Hani bila tersedar dirinya sudah di angkat dari katil. Dalam masa yang sama, tangannya mengambil kesempatan meraba dada si suami. Apa tak senonoh perangai kau ni, Hani.

                “Mandi lah. Bukan pernah pun kita mandi sama – sama kan? So, hari ni kita buat benda yang kita tak pernah buat. Amacam?” seloroh Rykarl menyoal Hani. Tanpa menunggu jawapan dari si isteri, Rykarl terus membawa Hani ke dalam bilik air. Misi kedua, sukses! Jerit hati Rykarl.

                Mak! Abah! Hani ngak kuat lagi. Apa harus anakmu ini lakuin? Kenapa suamiku ini terlalu sweet sehingga anakmu ini terasa mendapat penyakit kencing manis tiba – tiba? Mak! Abah! Anakmu akan melihat sesuatu yang tidak di jangka sebentar lagi! Apa yang harus aku lakuin? Masha Allah!



                SEPANJANG berjalan di kaki lima shopping mall, muka Hani merah padam sebab masih terbayang apa yang berlaku tadi pagi. Wajah Rykarl di pandang, nampak sungguh tenang dan seperti tidak ada apa – apa yang berlaku. Takkan dia dah lupa ingatan? Tangan kiri Hani terus memegang pipinya, panas gila weh. Tangan kanannya pula sudah di masukkan ke dalam poket baju Rykarl sebentar tadi.

                “Eh, Encik Rykarl!” sapa seseorang dari depan mereka yang mana membuatkan lamunan Hani terhenti. Mata Hani terus membulat bila melihat gerangan di hadapannya itu. Apa dia buat dekat sini?

                “Encik Saiful! Buat apa dekat sini?” soal Rykarl ramah pada Saiful sambil bersalaman. Hani masih lagi terpaku di tepi Rykarl. Perasaannya bercampur aduk.

                “Oh, saya ada trip dengan pekerja – pekerja saya. Encik Rykarl pula buat apa dekat sini?” balas Saiful lalu mata tertumpu pada orang di sebelah Rykarl. Macam aku kenal perempuan ni?

                “Saya honeymoon dengan isteri kesayangan saya ni. Kenalkan, ini Hani isteri saya. Hani, ini Encik Saiful, salah satu klien bibi,” kata Rykarl dengan senyuman masih lagi tidak lengang dari bibirnya. Hani hanya mengangguk perlahan tanpa melihat wajah Saiful.

Saiful sudah tersenyum bila mendengar nama yang keluar dari mulut Rykarl. “Oh Hani, Hani Batrysia? Dah lama kita tak jumpa ya?” soal Saiful sambil tersenyum sinis. Kau dah kahwin rupanya Hani. Kau kahwin tak jemput aku. Kau tahu lah apa nasib kau nanti. Bisik hati Saiful.

Jilake kau jantan. Jerit hati Hani. “Eh, korang berdua dah kenal satu sama lain ke?” Rykarl terkejut hairan.

“Mestilah kenal. Untuk pengetahuan Encik Saiful, Hani ni sebenarnya…”

“Eh, Bibi! Bubu lapar lah. Jom kita pergi makan dekat restoran depan sana tu,” celah Hani sebelum Saiful meneruskan kata – katanya itu. Rykarl terus di tarik meninggalkan Saiful berseorangan.

“Nanti kau Hani, kau tak kenal lagi siapa aku yang sebenar. Kau dah tolak aku macam itu je, sekarang kau dah kahwin tanpa pengetahuan aku. Kau tunggu,” kata Saiful seorang diri.

Dalam perjalanan ke restoran yang hendak di tuju, Hani mengeluarkan telefon pintarnya.


Korang… Roger roger one two three
Kelly si Encik Diva
Apa roger?

Jumi Dejah
Apa roger?


Aku baru je terserempak dengan mamat puaka sebentar tadi…
Jumi Dejah
Siapa babe?


Saiful… Abang Saiful!
Kelly si Encik Diva
Apa?!

Jumi Dejah
Apa?! Apa dia buat dekat korea tu?

Kelly si Encik Diva
Ha’ah… Dia buat apa dekat sana?!


Dia ada trip dengan pekerja – pekerja dia… Tapi gila weh!!! Korang takkan percaya apa yang dia cuba buat tadi..
Jumi Dejah
Apa babe? Dia nak buat apa? Dia nak rogol kau ke? Atau dia cabul kau tadi?


Gila! Tak lah sampai ke situ… Dia nak bagitahu kisah silam aku dengan dia pada Rykarl tadi…. Nasib baik aku sempat potong kata – kata dia tadi….
Jumi Dejah
Hih, text macam lah si Saiful tu buat benda yang bukan - bukan dekat kau… Suspen

Kelly si Encik Diva
Laaaa….. Pikir lah apa tadi… Jadinya kalau dia bagi tahu hal sebenar pun, kenapa?


Kau tanya kenapa, babe? Cuba bayangkan kalau Rykarl tahu hal yang sebenar, tak ke merajuk dia di buatnya?
Kelly si Encik Diva
Dia nak merajuk kenapa, Hani? Saiful tu kan kisah silam kau. Bukannya kau ada hubungan sulit dengan si saiful tu sekarang…. Aku percaya yang Rykarl takkan merajuk punya… Katakanlah kalau si Saiful tu buat cerita yang bukan – bukan, aku percaya yang Rykarl takkan percaya kata – kata jantan celaka tu…

Jumi Dejah
Betul betul betul… Kau tak payah risau lah Hani…


Hmmmmm….. Ok… ok…. Aku cuma takut… kita mesti berfikir di luar kotak wahai sahabat – sahabat ku…
Jumi Dejah
Luar kotak lah sangat… Macam masih dalam kotak je aku tengok…

Kelly si Encik Diva
Entahhhhhhhhhh…… Macam dalam kotak masih…


By the way… Apa perkembangan Abang Hael?
Jumi Dejah
Abang Hael dah keluar hospital… Tapi macam tu lah Hani, dia masih tak ingat apa – apa yang berlaku baru – baru ni…. Dia cuma ingat benda yang berlaku beberapa tahun yang lepas…

Kelly si Encik Diva
Even, tentang dia jadi professor pun dia tak ingat…. And about his love pun dia tak ingat..


Siapa?
Kelly si Encik Diva
Eh, I have to go now… Bye semuaaaaaa


Oi Kelly! Bagi tahulah dulu…
Jumi Dejah
Kelly!!



Hani memandang telefon pintarnya menunggu Kelly untuk membalas soalannya itu. Namun tiada tindak balas yang diberikan. Apa yang Kelly cuba rahsia kan ni?

No comments:

Post a Comment