BAB 20
“Hafi!
Tolong jagakan kaunter sekejap. Saya nak ke toilet,” arah Kelly pada
pekerjanya.
“Baik
Encik Kelly,” sahut Hafi dari belakang pantri.
TRING!
TING! TING! TING! Pintu kafe di tolak dari luar. Satu susuk tubuh memasuki kafe
sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Kakinya secara automatik menuju ke
arah kaunter pembayaran. Kaca mata hitam di anggota penglihatan di cabut.
Dahinya terus berkerut tatkala melihat pekerja di kaunter itu bukanlah orang
yang selalu di lihat.
“Ummm….
Mana Khairul? Dia cuti ke hari ni?” soal Jami hairan.
Wajah
bengang jelas tertera pada muka Hafi. Khairul? Siapa lagi tu? Setahu aku,
selama aku kerja dekat sini, mana ada pekerja yang namanya Khairul. Salah kedai
kut minah ni. “Khairul? Cik salah kedai kut. Dekat sini mana ada pekerja nama
Khairul.”
“Salah
kedai apanya. Ini kan Café Sweet Indigo. Betullah… Tadi tanya akak saya, dia
kata Khairul kerja hari ni. Mana dia? Panggilkan dia untuk saya. Cakap Jami nak
jumpa,” kata Jami sambil tersenyum lalu keningnya di jongket – jongket.
Patut
ke tidak aku ikut cakap minah ni? Macam mengerikan je tengok muka dia ni.
Dengan gincu merah melepak. Nasib gincunya bukan warna hitam, kalau tak memang
aku gelar dia ni minah gotik. Hafi membeku di belakang kaunter pembayaran memikirkan
apa yang harus dia lakukan. Macam – macam benda yang bermain di fikirannya.
“Takut minah ni nak cari hal dengan bos aku pula nanti,” katanya perlahan.
“Dik,
cepatlah panggil,” sergah Jami lalu menjongketkan keningnya lagi. Dah macam
gangster aku tengok ni.
“Oh
ya, kejap... Kejap…” Hafi menggelabah lalu pergi ke dapur. Bila mata ternampak
Kelly, terus dia menuju pada lelaki tersebut. “Bos.. Bos.. Bos.. Eh, Encik
Kelly!”
“Apa
kau buat dekat sini? Kan aku suruh kau jaga kaunter tadi,” ujar Kelly hairan.
“Memang
saya jaga tadi. Tapi ada satu pelanggan ni. Pelik gila, Encik Kelly. Dia cari
pekerja nama Khairul. Kita mana lah ada pekerja yang namanya Khairul. Muka dia
mengerikan pula tu,” jelas Hafi dengan penuh emosi. Macam peserta mari
bercerita pula aku tengok.
Kelly
menepuk dahinya. Kenapalah pekerja aku ni bengong sangat. Nama sebenar bos
sendiri pun dia tak tahu. “Kau biar betul, Hafi. Nama aku yang betul pun kau
tak tahu? Aku lah Khairul. Hadui… Pening aku dengan kau ni.”
“Oh,
Khairul tu, Encik Kelly lah. Fikirlah Kelly tu nama bos yang sebenar. Manalah
tahu, nama bos Kelly Jones ke, Kelly Degeneraz ke, Kelly Marcus ke tak pun
Kelly Osbourne. Tak sangka pula nama bos sebenar Khairul,” kata Hafi sambil
melihat Kelly dari atas ke bawah.
Lantaklah kau, Hafi.
Ikut suka hati kau nak fikir nama aku apa. “By the way, siapa nama orang
tu?”
“Oh, Jami. Perempuan tu
namanya Jami,” kata Hafi selamba sambil memberikan wajah seposen dia tu. Kelly
terus menggelabah. Ketiaknya di cium, oh masih wangi. Bahagian tempat keluar
najis tadi, di hidu. Oh tak bau.
“Hafi, muka aku ok tak?”
soal Kelly pada pekerjanya itu.
“Ok je saya tengok muka
Encik Kelly ni. Tak ada cacatnya pun.” Ha, ok lah tu.
Kelly terus bergegas ke
kaunter pembayaran. Jami masih lagi berdiri di hadapan kaunter sambil bermain
dengan telefonnya. “Eh, ada pun kau Khairul.” Jami mengangkat kepalanya sambil
tersenyum.
“Ada apa datang sini?”
soal Kelly #jualmahal.
“Nak bertarung congkak
dengan kau. Soalan tu biar logik sikit, dah aku datang ke kafe kau ni, nak
makanlah.”
“Habis tu, kenapa cari
aku?”
“Sebab aku nak makan
kau…” jawab Jami selamba. Kelly pula sudah menelan air liur yang tersekat di
kerongkongnya. “Ngek, kau jangan fikir yang bukan – bukan ek. Jom temankan aku
makan. Boringlah makan sorang – sorang.” Kelly mengeluh lega.
“Kalau aku tak nak macam
mana?”
“Tak kira. Aku paksa kau
juga sampai kau nak makan dengan aku,” balas Jami sambil menjongketkan
keningnya lagi. Brutal gila minah ni. Aku rasa macam aku pula perempuan dalam situasi
ni.
Kelly menaikkan matanya
ke atas. Sengal. “Yalah, yalah..” balas Kelly nak tak nak. Sebenarnya hati dah
gembira bagai nak rak. “Kau nak makan apa?”
“Macam biasa..”
“Nah, tunggu aku dekat
meja sana,” kata Kelly sambil menghulurkan nombor meja. Oh, aku lah manusia
yang paling bahagia di dunia pada hari ini. Jerit hati Kelly.
Bila jamuan yang di
kehendaki sudah siap di masak, makanan dan minuman itu di hidang oleh Kelly
sendirinya. Kerusi hadapan Jami di tarik, lalu punggungnya di labuhkan dengan
perlahan. Takut retak pula tulang punggung aku nanti. Bisik hati Kelly. Propah
gila lelaki seorang ni.
Mereka pun menjamu
selera dengan keadaan yang sangat sunyi. Kelly dan Jami langsung tidak
berbicara antara satu sama lain.
TTING! TTING! Telefon
Kelly berbunyi dengan lantang. Dengan pantas tangannya mencapai telefon
tersebut. Bila di buka dan membaca mesej yang baru tiba itu, mahu tersembur
semua makanan yang baru masuk ke dalam mulutnya itu.
“Biar betul!” jerit
Kelly terkejut lalu tersedak.
“Kenapa?” Jami turut
terkejut dengan suara Kelly.
“Tengok ni.” Kelly
menunjukkan mesej yang baru diterimanya itu kepada Jami. Wajah Jami berubah
tidak percaya dengan matanya membesar.
“Betul ke ni?” soal Jami
lalu di sambut dengan anggukkan oleh Kelly.
JOSHUA berlari
mendapatkan sahabat – sahabatnya yang sedang berlepak di perpustakaan
universiti mereka. Dalam keadaan yang mengah dan nafas yang sangat singkat, dia
cuba mengatakan sesuatu yang sepertinya sangat penting.
“Kau kenapa ni, Josh?”
soal Zita.
“Tuuuu…. Korang, kita
lunch dekat luar, nak?” soal Joshua pada Jeremy dan yang lain. Semua membalas
soalannya itu dengan wajah yang bengang. Fikirlah hal mustahak apa yang nak di
khabarkan, rupanya pasal lunch je.
“Dekat mana?” soal
Johari pula.
“Ummm… Pavilion, nak?”
jawab Joshua selamba.
“Mengada betul kau, duit
aku tak cukup kau ke sana.” Zita menrengus dengan perlahan. Dah lah elaun belum
masuk lagi, nak pergi tempat mahal pula. Apa kes?!
Jeremy masih lagi
mendiamkan diri dan tangannya masih lagi menulis sesuatu di atas helaian –
helaian kertas buku notanya itu. Dia sepertinya tidak mengambil kisah apa yang
sedang di bicarakan oleh sahabatnya itu.
“Kalau macam tu, Sunway
Putra Mall je lah. Aku tak kisah sebenarnya, asal aku dapat makan,” sambung Joshua
lagi.
“Ok jom lah, aku pun
lapar ni,” kata Zita lalu bangkit dari duduknya, begitu juga dengan Johari tapi
tidak Jeremy. “Jer, kau tak join ke?” soal Zita bila melihat Jeremy masih lagi
membeku di kerusi duduknya itu.
“Tak lah,” jawabnya
ringkas.
“Jangan buat hal tak nak
join kita orang. Dah jom.” Tanpa mendengar jawapan dari Jeremy, Joshua terus
mengemaskan barang – barang Jeremy lalu tubuh lelaki itu ditarik keluar dari
perpustakaan. Jeremy hanya mampu mengeluh sahaja.
Setiba di mall, mereka
terus menuju ke food court lalu membuat pesanan. Bila makanan sudah di
hidang, masing – masing menjamu dengan penuh selera, kecuali Jeremy. Joshua
yang sedari tadi melihat Jeremy itu, menjadi hairan dengan sahabatnya itu
kerana akhir – akhir ini dia tidak banyak bercakap, begitu juga dengan makan.
Sebab musababnya ialah
bila mengetahui Hael sudah pun berhenti dari mengajar di universiti mereka itu.
Bukan itu saja, selepas kejadian lepas, dia langsung tidak mendengar khabar
dari orang yang disayanginya itu.
“Jer, kau ok ke?” soal
Joshua. Jeremy hanya mengangguk dengan perlahan.
“Heh, korang dengar ni!”
kata Zita dengan lantang yang membuatkan Jeremy kembali ke dunia nyata. “Aku
baru terima mesej mengenai pensyarah kita nak kahwin lah.”
“Pensyarah mana satu?” soal
Johari.
“Prof Hael. Dia nak
kahwin dengan sahabat karibnya dari zaman universiti dulu. Tengok ni! Dengan
kad jemputan sekali kena hantar dekat aku.” Jeremy yang duduk dua kerusi jauh
dari Zita, terkejut dengan berita yang baru di dengarnya itu.
“Biar betul?” soal
Joshua.
“Ha’ah. Tengoklah
sendiri.” Sebelum sempat Joshua mengambil telefon dari tangan Zita, Jeremy
mengambilnya dengan pantas. Dia membaca setiap isi butir kad jemputan tersebut.
Dia masih terkejut.
“Hih kau ni Jeremy, main
rampas pula. Bak sini telefon tu,” gumam Joshua geram lalu mengambil telefon
tersebut dari tangan Jeremy.
Jeremy memandang makanan
di hadapannya dengan pandangan kosong. Fikirannya menjadi kosong. Kenapa?
Kenapa secepat ini aku menerima berita yang sungguh menyakitkan hati aku
selepas kemalangan itu? Kenapa mesti dia? Kenapa? Soal hati Jeremy.
Tidak lama kemudian,
kerusinya ditolak kebelakang lalu bangkit dari duduknya dan meninggalkan kawan
– kwannya.
“Kau nak pergi mana,
Jer?” soal Johari hairan.
“Tandas,” jawabnya
ringkas dengan nada suara yang agak bergetar.
Setiba di tandas awam
terletak di dalam pusat membeli belah itu, rasa tangisan yang di tahan sejak
tadi itu, kini meletus. Tubuhnya di sandar ke dinding dengan wajah di tekup.
Kenapa dada aku rasa sakit teramat sangat? Kenapa semua ini harus berlaku pada
aku? Kenapa?!
Seseorang memasuki
tandas tersebut bila terdengar bunyi tangisan dari luar tandas. Tubuh Jeremy
yang terduduk bersandar kedinding itu di pandang dari jarak yang agak jauh.
Tidak lama kemudian, lelaki itu menghampiri Jeremy.
“Umm… Encik, saya rasa,
bagusnya encik jangan menangis dalam tandas ni kut. Sebab ada benda yang sedang
bersorak gembira dekat sebelah encik masa ni. Mungkin encik tak nampak, tapi
saya nampak,” kata orang itu yang mana membuatkan Jeremy terhenti dari menangis
lalu bangkit keluar dari tandas tersebut sambil mengesat kesan air mata di
pipinya.
Jeremy masih ada berdiri
diluar tandas tapi kali ini tangisannya sudah berhenti. Dia melihat lelaki yang
mengatakan sesuatu pada dirinya itu sambil tersenyum hambar. Lelaki itu
melangkah keluar dari tandas tersebut setelah selesai menunaikan hajatnya.
“Ah, encik. Terima
kasih. Nama saya Jeremy. Jeremy Guttiraz,” kata Jeremy sambil menghulurkan
tangannya untuk bersalam dengan lelaki tersebut
“Ah,
untuk apa?” soal orang itu hairan.
“Kerana
membantu saya tadi tapi betul ke apa yang encik katakan tadi tu mengenai ada
benda disebelah saya sedang bersorak gembira?”
“Oh,
bukan hal besar pun untuk encik katakan terima kasih. Saya hanya melakukan apa
yang patut sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini. Tentang benda itu,
memang betul. By the way, saya Damian Fatarish. Baiklah, saya minta diri
dulu.” Damian terus berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut selepas
menyambut huluran tangan Jeremy.
Setelah
hilang lelaki itu dari pandangan Jeremy, Jeremy kembali mengeluh, dadanya masih
terasa pedih dek berita yang di dengarnya tadi. Adakah ini pengakhiran hubungan
aku denganya?
No comments:
Post a Comment