BAB 21
Hani
menjamu hidangan dihadapannya itu dengan penuh selera. Rykarl hanya memandang
isterinya seperti menunggu sesuatu. Memandangkan Hani masih lagi tidak
berbicara dari tadi, hanya duk melayan makanannya tu, Rykarl pun meletakkan
sudu dan penyepit makanannya ke tepi mangkuk lalu menghembuskan nafas dengan
perlahan.
“Sayang…” panggil
Rykarl.
“Hmmm…” jawab Hani endah
tak endah.
“Bubu…”
“Iyer saya, encik bibi
sayang. Apa dia?” soal Hani pula.
“Sayang tak ada apa –
apa yang nak beritahu pada saya pasal Saiful ke?” balas Rykarl dengan nada yang
lembut lagi mendayu.
“Ummm... Beritahu apa?”
“Cakaplah, bubu~~~”
pinta Rykarl meleret dan manja. Ini yang aku lemah ni. Dia main bagi muka
kesian lah pula.
Hani menghembuskan nafas
dengan perlahan lalu wajah suami di lihat. “Saiful tu sebenarnya bekas tunang
Hani dulu. Then,..”
“Then, dia curang dan
kena tangkap basah dengan cousin Hani sendiri kan?” potong Rykarl yang
membuatkan Hani tersedak buat seketika. Mata Hani membulat.
Macam mana dia tahu?
Siapa bagi tahu dia? “Macam mana bibi tahu?” soal Hani tertanya – tanya. “Dari
manakah kamu mengorek rahsia ku, wahai suami yang di sayangi. Dari manakah?”
soal Hani sekali lagi ala – ala gaya hang tuah.
Rykarl ketawa perlahan.
“Well…. Bibi Rykarl ni kan banyak sumber, salah satunya your parents
darling.” Hik, mak dan abahku sudah
mengkhianatiku. Huhuhuhuhu sungguh menyedihkan. “Tapi kenapa sayang masih lagi
sakit hati dengan Saiful. Ada hati masih ek?” teka Rykarl bersahaja.
“Choi! Langkah mayat Kim
Jong Kook lah, Hani nak sayangkan jantan tak guna tu. Memang tak lah! Bubu ni
sakit hati dengan Abang Saiful tu sebab dia masih lagi kacau – kacau orang. Dia
tu sayang, mata keranjang. Pantang nampak perempuan cantik, dia nak usha.
Contoh ni, depan sayang, cantik tidok? Cantik kan!”
Rykarl mengangguk
perlahan. “Bila dia kacau Bubu?”
“Sebelum kita kahwin,”
jawab Hani lalu mencapai penyepit dan sudu makannya semula.
“Lagi?”
“Itu je.”
“Tak selalu pun. Sekali
je pun.” Dramanya bini aku ni. “Bubu tak payah risaulah, bibi kan ada,” kata
Rykarl lalu menepuk dadanya dan menjongket keningnya sekali. Hani mengangguk dengan pantas. Aku sangat
pasti tentang hal itu. Tersangat – sangat setuju. Badan suami aku tegap sasa
macam ni, kalau tak kuat juga, aku tak tahu lah.
Mereka menyambung
perbuatan mereka sebentar tadi. Keadaan kembali sunyi kerana masing – masing
khusyuk melantak makanan korea dihadapan mereka.
TTING! TTING! Hani
mencapai telefonnya yang terlentak tepi mangkuk nasinya. Mesej yang diterima,
dibuka. FRUUUGHHH! Tersembur segala isi didalam mulutnya akibat terkejut.
Mangsa dihadapannya sudah terpinga dan terkebil dek semburan itu. Kesian
Rykarl, kali kedua dia terkena semburan percuma dari isterinya itu.
Suami yang sibuk
dihadapan membersihkan diri, tidak dihirau. Matanya giat membaca setiap isi
mesej tersebut.
“Bibi, tengok ni!” Hani
mengangkat telefonnya lalu di tunjuk ke arah Rykarl. “Eh, bibi kenapa ni?
Kenapa banyak nasi dekat badan ni? Takkan lapar sangat sampai badan pun kena
suap?” Hani terus bangun menolong suaminya. “Sorry, tak sengaja. Hehehe”
Rykarl sabo je lah
dengan perangai tiga suku isterinya itu. “Apa benda tu?” soal Rykarl melihat
mesej yang ada di telefon Hani.
“Abang Hael nak kahwin!”
kata Hani dengan penuh emosi.
“Huh?” balas Rykarl
hairan. “Bila?”
“Minggu depan… Hari
sabtu,” balas Hani dengan perlahan.
“Ha?!” kata Rykarl
bengang. “Mengejutnya.” Hani mengangguk dengan perlahan.
SEMENTARA
menunggu Kelly datang menjemput Hani dan Rykarl di lapangan terbang untuk pergi
ke majlis perkahwinan Hael, Hani pergi ke kedai cenderahati di lapangan
terbang tersebut. Pelbagai jenis
cenderahati yang di jual di tempat itu. Banyak yang mengambil perhatian Hani.
Nak beli, buat apa, diri pun tinggal dekat Malaysia. Bisik hati Hani.
“Buat apa tu?” soal
seseorang dari belakang Hani. Hui, ini yang aku tak sedap hati ni. Suara
jembalang sumbang ni, aku kenal sungguh.
Hani terus berpusing
sambil menjeling ke arah lelaki tersebut. “Nak apa?” soal Hani dengan kasar.
“Aik, masuk dalam kedai
ni, nak beli cenderahati lah. Takkan nak beli Hani kut?” jenaka Saiful yang
langsung tidak mencuit hati wanita tersebut.
“Abang jangan nak buat
hal ek. Suami Hani tu dua kali ganda sasa dari abang. Kalau dia bagi penumbuk
percuma, mahu terlentang abang dekat sini,” getus Hani geram.
“Chill… Chill… Jangan
nak marah – marah. Abng takkann buat apa – apa dengan Hani. Tapi salah ke nak
jumpa sayang abang yang seorang ni? Hani tak rindu ke dengan abang?”
Kenapa bunyi jantan
sorang ni, macam psycho? Kata Hani dalam hati lalu badannya menggigil sedikit.
“Rindu?” Hani memandang Saiful dari atas ke bawah. “Nak rindu orang macam ni.
Memang tak lah jawabnya. Untuk pengetahuan abang, lelaki macam abang ni patut
di pulaukan. Atau lebih bagus…” Hani berhenti buat seketika lalu membuat gaya
seperti di kerat leher dan mengantung diri. Kau biar betul Hani, sampai ke situ
kau harap Saiful kena buat?
Saiful hanya terkebil
melihat tingkah Hani. Adakalahnya, dia menelan air liur yang terasa pahit tiba
- tiba. “How could say like that? Hani, abang rindu Hani. Tolong
tinggalkan Rykarl, then kahwin dengan abang jom.” Memang dah gila lelaki
seorang ni.
“Abang jangan gila boleh
tak? Sungguh Rykarl sudah tidak ada dekat dunia. Jangan harap Hani nak kahwin
dengan abang. Lebih rela Hani jadi janda sampai ke tua. Dah, malas Hani nak
cakap dengan abang ni. Makin lama, makin naik gila otak abang tu.” Hani
mengorak langkah namun langkahnya terhenti tatkala Saiful memegang tangannya.
Hani terus menepis
genggaman tersebut. Satu tamparan terbang ke pipi Saiful dengan kuatnya. “Don’t
you ever dare to touch my hand again. You…” Hani berfikir buat seketika. “You
slut, pervert, bitch, asshole!” Hani menghempas kakinya lalu pergi
meninggalkan tempat itu.
“Hani! Bagilah peluang
pada abang.”Tangan Hani dicapai sekali lagi. Hish, jantan ni tak faham bahasa
lagi. Kali ini bukan tamparan yang diberi tapi tendangan sakti hinggap ke
anggota ‘masa depan’ lelaki tersebut. Mahu terduduk Saiful meraung kesakitan.
Kalau ni dia tak faham juga, aku pun tak tahu.
Hani menuju ke arah
dengan perasaan marah dan geram. Benci betul bila orang pegang tangan aku
sesuka hati dia. Bila tiba untuk menghampiri Rykarl, dia ternampak Nadia sedang
berborak dengan Rykarl. Apa minah ni buat dekat sini? Kenapa hari ni, semua orang
yang aku tak suka, aku mesti jumpa? Sengal lah. Langkah Hani terhenti lalu dia menyorok
di belakang tiang berhampiran. Setiap perbualan perempuan itu dengan suaminya,
di dengar.
“Rykarl… I sanggup jadi
isteri kedua you. Tolong lah Rykarl, terima lah I,” mohon Nadia bersungguh –
sungguh.
“Nadia, boleh tak awak
jangan macam ni. Saya tak akan jadi kan awak yang kedua. Saya sayangkan isteri
saya. Jangan terdesak sangat boleh tak? Saya tak suka,” balas Rykarl dengan
tenang mengeluarkan telefonnya.
TTING! TTING!
Bubu dekat mana?
|
|
|
Kenapa bi?
|
Cepatlah datang sini… Ada kucing parsi menggatal dekat sini ni…
Cepatlah…
|
|
|
Kejap, Hani sakit perut ni… Nak selesai kan ‘busines’ dulu..
|
Hani ketawa dengan
perlahan. Dia nak tengok sampai mana Rykarl dapat tahan dengan perangai minah
seorang tu. Dalam masa yang sama, dia mahu melihat apa yang akan di lakukan
oleh Nadia seterusnya.
“Rykarl… Please lah…
Walaupun yang kedua, I tetap bahagia kalau dapat kahwin dengan you,” kata Nadia
lalu merangkul tangan sado Rykarl.
“Nadia lepaskan…
Lepaskan tangan saya sekarang juga.” Rykarl cuba melepaskan tangan Nadia tapi
tidak dapat sepertinya diletak super glue di tangannya itu. “Nadia… Orang
tengok.”
“I tak akan lepaskan tangan
you selagi you tak terima I dalam hidup you.” Ya Allah, desperatenya
minah ni. Rykarl mula takut, kalau – kalau lah isterinya nampak, memang mampus.
Rykarl cuba tolak Nadia
tapi tetap juga minah tu bergayut di tangan Rykarl. Hani yang sedari tadi melihat
sinetron itu, nafasnya sudah turun naik turun naik. Aku mesti tolong membantu
suamiku.
Hani terus berlari
menghampiri dua makhluk berlainan jantina itu. “Lepaskan suami aku, perempuan
gatal!” jerit Hani lalu satu tendangan hinggap ke punggung plastic minah
tersebut. Kalau aku buat macam tu, mesti aku jadi perhatian satu Malaysia hari
ni. Lepas tu, muka aku di depan surat khabar, then ramai wartawan datang cari
aku dekat rumah sebab nak temu ramah aku. Hmmm…. Aku mesti fikirkan cara lain
untuk fahamkan minah tu. La…. Berangan rupanya.
Hani berjalan dengan
perlahan menghampiri Rykarl. “Buat apa ni?” kata Hani lalu menjeling mereka
berdua.
“Hani, I dan Rykarl dah
bersetuju untuk berkahwin. Kau ok kan kalau aku jadi isteri kedua dia,” kata
Nadia dengan pantas sebelum Rykarl mengatakan apa – apa.
“Eh tak bu, Bibi tak
pernah cakap nak kahwin dengan dia pun. Percaya bibi, bubu.” Hani hanya
menjeling suaminya lalu tangan Nadia yang bergayut pada tangan Rykarl itu,
dicubit – cubit dengan kuat berulang kali sehingga tangannya itu terlepas..
“Sakitlah! Apa ni cubit
– cubit?!” adu Nadia kesakitan.
“Itu baru amaran
pertama. Ini amaran kedua dan ketiga.” Hani menarik rambut hadapan Nadia dengan
bersungguh – sungguh sehinggakan perempuan itu hendak berlutut pada Hani. Tidak
cukup dengan itu, kedua belah pipi gebu wanita tersebut dicubit menggunakan
hujung kukunya. “Apa kau kata tadi? Kahwin? Kahwin mak bapak kau! Jangan nak
mimpi lah. Kau ingat aku tak dengar apa yang korang bualkan tadi. Ada hati nak
ambik suami orang. Piiiiiii lah.”
Nadia masih dalam
keadaan sakit, hampir mengalir air mata dibuat oleh Hani. “Kau sentuh tangan
suami aku lagi, kau tahu lah apa nasib kau selepas ni. Bibi, jom kita pergi
jauh – jauh dari sampah masyarakat ni.”
Sebelum beredar, sempat
lagi Rykarl menoleh kebelakang ke arah Nadia. “Ouch, pedas!” kata Rykarl lalu
ketawa mengekek – ngekek.
“Arghh!!!!” jerit Nadia
geram. “Nanti kau Hani!!! Perempuan tak guna!”
“Apa nanti – nanti? Kau
nak buat apa?!” jerit Hani dari jauh. Terkejut Nadia dibuatnya. Tajamnya
telinga dia.
The new casino in Columbus - Drmcd
ReplyDeleteThe new casino in Columbus, Columbus, along with 안양 출장안마 many more gaming 밀양 출장마사지 attractions and 태백 출장마사지 entertainment options, is set to open 부산광역 출장마사지 its doors 남양주 출장샵 on Thursday, December 22nd