Thursday, June 8, 2017

Erti Kata Cinta - BAB 22



BAB 22

                Kelly tiba di lapangan terbang tepat pada waktunya. Tidak lama kemudian, dia membuka telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Hani dengan pantas. Dalam masa menunggu panggilannya diangkat, Kelly melihat jam di tangan. Argh! Dah lambat ni! Getus hatinya.

                “Ah, apa Kel?” tanya Hani secara mengejut.

                “Kau mana? Kita dah lambat ni!” getus Kelly geram.

                “Oh ya, kejap kejap. Aku dah nampak kereta kau. Aku baru je selesaikan masalah perempuan miang ni. Kejap!” Panggilan di tutup.

                Selang berapa minit, pintu kereta diketuk dengan kuat. Jantung Kelly hampir terjatuh dek ketukan itu. Gila minah sorang ni? Aku hempuk kepala dia ni kang! Marah Kelly sambil menekan punat kunci untuk membuka pintu kereta.

Usai punggung Hani dan Rykarl tersusun rapi di dalam kereta, enjin kereta dihidupkan lalu kereta meluncuri jalan tar itu dengan pantas. Mulut Kelly sibuk membebelkan sesuatu yang yang langsung tidak difahami oleh Hani dan Rykarl. Rykarl yang duduk di kerusi penumpang sebelah Kelly, memandang isterinya yang duduk di belakang.

Hani mula bersuara. “Kau bebelkan apa ni, Kelly?” soal Hani dengan dahinya berkerut sedikit.

“Ah, apa Hani? Kau cakap apa?” katanya lalu mencabut earphone di telinganya itu. “Sorry, aku cakap dengan Hafi tadi. Ada masalah dengan pelanggan.”

Hani dan Rykarl hanya mengerling mata mereka ke atas. Fikirlah cakap dengan kita orang tadi. “Ha, aku nak tanya. Kenapa tetiba saja Abang Hael nak kahwin ni? Tak ada angin tak ada ribut, nak kahwin? Apa hal?!” soal Hani bengang. Rykarl hanya menyambut kata – kata isterinya dengan anggukan.

“Oh ya tak ya juga, aku belum cerita dekat kau pasal benda tu. Macam ni ceritanya, selepas kemalangan hari tu, semua barang Abang Hael diserahkan kepada keluarganya termasuklah telefon bimbit Abang Hael. Maknya Abang Hael pergilah tengok telefon anaknya ni, lepas tu terjumpa text Abang Hael dengan Jeremy, part-timer kita tu,” jelas Kelly lalu mencapai minuman yang terletak berdekatan handbreak.

So, apa kaitan dengan dia kena suruh kahwin?” soal Hani hairan.

“Perbualan mereka tu bukannya perbualan biasa. Hmmmm… senang cakap lah ek, Hani. Abang angkat kita tu, suka lelaki.” Hampir tersedak Rykarl di buatnya bila ingin meminum air. Hani yang berada dibelakang sudah tercengang.

Mulutnya ditutup semula. “You mean he’s gay? Dan dia ada hubungan dengan Jeremy? Like seriously, he never tell us before or mention about it. Ok lah ek, fikiran kita biar terbuka sikit. Jadinya, kalau Abang Hael tu… Gay… Apa masalah dengan keluarga dia?”

“Hani, kau lupa ek, yang Abang Hael tu anak tunggal? Sudah semestinyalah keluarga dia tak nak anak dia orang terpesong macam tu. Kau ingat orang cina tak ada pegangan?” kata Kelly dengan wajah bengang. Hani menepuk dahinya sebab terlupa tentang hal itu. “Oleh yang demikian, Keluarga Abang Hael dengan keluarga pasangan dia ni pun merancang untuk menyatukan anak mereka. Puan Lim pula berperanan untuk memberitahu anaknya, dia tipu ni ek, yang Abang Hael dan Jenny, perempuan tu, dah lama bertunang dan hari ni memang hari dia orang berkahwin. Abang Hael tak dapat nak cakap apa – apa  sebab dia memang tak ingat satu hal pun, so terima je lah. Macam tu lah ceritanya. Sekian, wassalam,” jelas Kelly lagi dengan gaya seperti orang berpidato.

Hani dan Rykarl mengangguk sekali lagi dengan penerangan dari Kelly itu. Pejam celik pejam celik, mereka sudah tiba di dewan di mana majlis perkahwinan Hael dan Jenny berlangsung. Bilangan tetamu tidak begitu ramai memandangkan perkahwinan ini diadakan secara mengejut. Hanya saudara terdekat dan kawan rapat Hael sahaja dijemput.




JOSHUA mendekati kawan – kawannya yang sedang bersembang di Café Sweet Indigo. Wajah setiap sahabatnya di pandang. Dahinya mula berkerut bila wajah Jeremy tidak kelihatan.

“Zati, Jeremy mana?” soal Joshua pada Zati yang sibuk menjamu selera. Zati hanya menjongketkan bahunya menandakan dia tidak mengetahui akan beradanya Jeremy pada masa ini. “Jo, mana Jeremy?” soalnya pada Johari pula. Perkara yang sama dibuat oleh Johari tanda tidak tahu.

Joshua melihat keadaan di luar melalui cermin kaca kafe tersebut untuk melihat jika batang hidung Jeremy kelihatan. Namun, tidak ada. Tidak pernah – pernah budak sorang ni lambat datang kalau ada meeting macam ni. Bisik hati Joshua.

Disebabkan hatinya berasa kurang enak, Joshua terus mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Jeremy. Namun, niatnya terhenti bila telefonnya berbunyi dan nama Jeremy tertera di skrin telefon itu. Panggilan terus diangkat serta – merta.

“Hello, Jeremy! Nasaan ka? (Where are you?)” soal Joshua sejurus talian disambung.

“Ummm…. Sorry Encik, saya bukan Jeremy. Saya pelayan dekat kelab malam ni, kawan encik tengah mabuk masa ni. Boleh encik datang ambil dia?” kata pelayan tersebut.

Wait what? Jeremy mabuk?” soal Joshua tidak percaya. Setahu aku Jeremy bukan orang yang macam tu. Dia tidak pernah menyentuh benda seperti itu sebelum ini. “Sekejap lagi saya sampai. Tolong tengok – tengokkan dia dulu,” pesan Joshua pada pelayang kelab tersebut.

“Baik, encik.” Talian terputus.

“Korang, aku terpaksa gerak sekarang,” kata Joshua dengan ringkas lalu mencapai kunci kereta di atas meja.

“Pergi mana?” soal Zati hairan bila melihat sahabatnya itu seperti mengejar sesuatu.

“Nak ambik Jeremy, dia mabuk dekat kelab malam,” kata Joshua lalu berlari ke keretanya.

“Ha?!” balas Zati dan Johari dengan serentak.

Setiba dikelab yang dikatakan oleh pelayan tadi, Joshua terus masuk tanpa melihat keadaan disekeliling. Jelas kelihatan Jeremy tidak menyedari di meja berdekatan dengan pelayan memberi minum itu. Joshua menhampirinya dengan pantas.

“Jeremy… Jeremy… Bangun!” Joshua menggoyangkan badan sahabatnya itu dengan perlahan.

“Urghh~~” balas Jeremy dalam lenanya.

“Jeremy, bangun! Kenapa dengan kau ni? Apa yang terjadi sampai kau buat kuputusan untuk minum?” soal Joshua sambil menggoyangkan tubuh Jeremy sekali lagi.

Jeremy mengangkat kepalanya lalu berpusing ke arah Joshua. “Prof, prof ke tu?” katanya dalam pandangannya yang tidak begitu jelas. “Kenapa prof buat saya macam ni? Prof, prof tahu tak betapa sakit, peritnya hati saya ni bila tahu prof nak kahwin. Kenapa prof diam? Jawablah soalan saya!” Jeremy menumbuk – numbuk dada Joshua.

Joshua dalam keadan bingung dan tidak mengerti akan apa yang di katakana oleh Jeremy. Prof? Kahwin? Maksud dia Prof Hael? “Jeremy kau ok ke ni?” Joshua memegang tangan Jeremy yang menumbuk dadanya tadi. “Kenapa dengan kau ni? Apa yang Prof Hael dah buat pada kau?”

“Kenapa prof kahwin? Mana kata – kata sayang yang prof katakana sebelum ini? Prof, saya sayangkan prof!” sambung Jeremy  lagi.

“Kau ada hubungan dengan…” belum sempat Joshua menghabiskan kata – katanya, kepalanya di tarik oleh Jeremy.

“Prof~” Jeremy mengusap lembut pipi Joshua. Tidak lama kemudian, bibir mereka bertemu, yang membuatkan Joshua terkejut. Matanya mula membesar. Apa yang Jeremy buat ni? 

No comments:

Post a Comment