Tuesday, June 13, 2017

Erti Kata Cinta - BAB 23



BAB 23

                Jumi berjalan masuk ke dalam klinik milik adik kembarnya dengan penuh diva. D E E V A H. Diva. Sehingga semua mata tertumpu ke arahnya. Kaca mata hitam yang berbentuk Hello Kitty di mata, ditanggalkan lalu di masukkan ke dalam beg galasnya. Ada apalah dia datang ke klinik Jami hari ni?

“Doktor Jami ada?” soalnya sambil tersenyum pada jururawat yang bertugas di kaunter pertanyaan itu.

“Oh, Puan Jumi! Doktor Jami ada tapi ada temu janji dengan pesakit buat masa ni. Puan Jumi tunggu sebentarnya,” sambut jururawat itu dengan ramahnya. Mana tidaknya, semua kakitangan klinik tersebut sudah kenal dengan kakak kembar doktor kesayangan mereka yang happy go lucky itu.

“Ok~~~” Jumi terus pergi ke tempat menunggu di hadapan bilik kerja Jami. Sambil menunggu, dia mengeluarkan telefonnya untuk main Candy Crush. “Oh yeah, dah monang!” jeritnya perlahan.

Selang beberapa minit, pintu bilik di tarik dari dalam. Pesakit yang ada temujanji dengan Jami tadi beredar sambil membawa kerta ditangan. Sudah tentu kertas itu bertulis ubat apa yang perlu di ambil di kaunter farmasi. Tanpa membuang masa, Jumi terus bangkit lalu masuk ke dalam bilik tersebut.

“Adik hakak~~~,” kata Jumi meleret setiba di muka pintu bilik Jami.

“Eh, akak! Ada apa datang ke klinik hari ni? Akak sakit ke?” soal Jami terkejut.

“Dok ler. Akak saja datang nak lawak adik akak yang ‘cantwekkkk’ ni. Tak salah kan? Jami apa khabar?” soal Jumi pula lalu menarik kerusi di hadapan meja Jami.

“Macam tu lah kak. Baik – baik saja. Still single and available.” Jami menjongketkan keningnya dan mencebikkan bibirnya bila melihat ke arah Jumi. Jumi memberi wajah hairan. Single?

“Engkau single masih ek, Jami? Bukannya kau dengan Kelly couple ke?” soal Jumi akibat perasaan musykil.

Jami yang baru membuka niat untuk minum sedikit air, terus terhenti lalu berpusing semula ke arah Jumi. “Choi!!! Kenapa akak fikir macam tu? Orang dengan Khairul tu, kawan je lah. Tak terlintas difikiran pun nak jadikan dia pemilik hati ini,” kata Jami dengan penuh emosi.

“Tak payahlah nak emosi sangat cakap tu. Eh, wait! Khairul?” soal Jumi bengang.

“Ya lah, Khairul Andika!” jawab Jami sambil mengerut dahinya.

Kali ini Jumi pula yang mengerutkan dahinya. “Khairul Andika mana pula ni?”

Jami menepuk dahinya sambil memberi wajah bengang pada kakaknya. “Ya Allah, Seri Jumilah! Nama kawan sendiri puntak ingat ke? Khairul Andika, Kelly!” Aik, stress nampak, Jami.

“Oh, ha’ah! Bukan akak ke yang bagi tahu nama dia dekat dekat? Sorry, akak lupa.” Jumi tersengih malu dengan Jami. “Eh, kau tak nak lunch dengan akak?” soal Jumi.

“Boleh juga. Perut ni pun minta ke isi. Kita makan dekat kafe Khairul je kak. Terseliur Nasi Goreng Chicken Chop dia orang tu,” kata Jami sambil terbayang – bayangkan Nasi Goreng Chicken Chop yang diinginkan itu.

Jumi tersengih lalu mengerling matanya ke atas. “Terseliurkan Nasi Goreng Chicken Chop ke, terseliurkan Kelly?”

“Lantaklah akak nak cakap apa. Orang dah lapar, jom!” Jami terus bangkit dari duduknya lalu menarik tangan gebu Jumi. “Akak, kenapa Jami tengok akak ni macam bertambah lemak je?”

“Jami… Jami… Jami… Akak bertambah lemak a.k.a bertambah gemuk sebab bahagia hidup dengan abang ipar kau tu ler. Abang Nash masak sedap sangat sehingga terasa tak cukup apa yang dimasaknya itu untuk akak. Kalau kau tinggal dekat rumah tu, kau pun boleh jadi gemuk,” jelas Jumi pada Jami.

Jami memberi wajah hairan. “Tapi kenapa badan Abang Nash maintain je Jami tengok?”

Memei ler. Yang banyak makan akak bukan abang ipar kau tu. Abang ipar kau tengok akak makan je. Dia cakap kalau akak tengah makan, akak nampak comel tersangat – sangat!” kata Jumi sambil tersipu – sipu. Jami membuat gaya seperti hendak termuntah dek kata – kata Jumi sebentar tadi. Comellah sangat. Buruk ada lah. Bisik hati Jami.

Cerita punya cerita, tak sangka yang mereka sudah sampai di destinasi yang hendak di tuju. Bukan jauh pun klinik Jami dengan Café Sweet Indigo. Pintu di tolak, kaki mula melangkah masuk ke dalam kafe tersebut.

Dalam sibuk Kelly mengira duit, tiba – tiba tangannya terhenti bila melihat wanita pujaan hati di depan mata.

“Hai Khairul!” sapa Jami sambil tersenyum.

Wassup wassup ma fren. How are you today?!” sapa Jumi pula dengan gaya seperti seorang rapper. Argh, minah sengal ni ada juga. Kacau steam betul lah. Baru je berangan nak temankan Jami makan kalau dia nak juga.

“Baik macam biasa. Still single and available,” jawab Kelly endah tak endah. Sesekali melihat ke arah Jami. Hik, kenapa aku macam pernah dengar jawapan si Kelly ni? Soal Jumi di dalam hati. “Korang nak pesan apa ni?”

“Aku, macam biasa. Laksa Sarawak dan Air Limau Kasturi Sejuk,” jawab Jumi dengan pantas.

“Aku nak Nasi Goreng Chicken Chop dengan Chocolate Shake.” Tercapailah hajat kau nak makan Nasi Goreng Chicken Chop, Jami. Kelly hanya menyambut pesanan Jami dengan senyuman. Bilalah hati dia akan terbuka untuk aku?



JEREMY membuka matanya dengan perlahan. Keadaan dikelilingnya di lihat dalam pandangannya yang kurang jelas. Bila penglihatannya semakin jelas, wajahnya berubah hairan. Aku dekat mana ni? Jeremy melihat ke bawah. Mana baju aku? Apa yang berlaku pada aku semalam? Soal hati Jeremy.

Pintu dikuak dari luar. Wajah yang begitu dikenali dipandang dengan dahinya berkerut sedikit. Joshua? Tapi, kenapa?

“Eh, kau dah bangun, Jer?” soal Joshua yang hanya memakai seluar, menampakan ketulan muscle dibadannya, sambil membawa sarapan untuk Jeremy.

“Aku dekat rumah kau ke ni? Apa aku buat dekat sini? Apa yang berlaku semalam?” soal Jeremy dalam cuba mengingatkan apa yang berlaku pada dirinya.

Joshua hanya menggelengkan kepalanya sambil mengeluh. “Kau mabuk semalam. Lepas tu ada pelayan dekat kelab tu telefon aku suruh ambil kau. So, aku pun bawalah kau kerumah aku since aku tak tahu rumah kau dekat mana,” jelas Joshua. Dia tidak menceritakan apa yang berlaku pada dirinya dan Jeremy. “Sejak bila kau pandai minum alcohol ni, Jer? Setahu aku kau tak pernah langsung sentuh benda tu. Nah, sarapan untuk kau,” sambungnya lalu menghulurkan kopi dan sarapan ringan.

Thanks. Mana baju aku?” Soalan Joshua sebentar tadi dibiarkan tanpa jawapan.

“Aku cuci,” jawab Joshua ringkas sambil melihat Jeremy menjamu selera.

“Mana baju kau?” soal Jeremy lagi lalu menjongketkan keningnya berulang kali.

“Aku tidur tak pakai baju. Tadi bangun terus ke dapur sediakan kau sarapan. So, yeah.”

“Hmmm…” balas Jeremy endah tak endah.

Usai Jeremy bersarapan, dia bangun dari katil lalu membawanya ke dapur kerana tidak mahu menyusahkan Joshua. Joshua yang sedari tadi melihat gerak geri Jeremy tadi terus memegang tangan Jeremy. “Tak payah, biar aku buat. Kau duduk je.” Jeremy hanya menurut permintaan Joshua.

Setiap sudut rumah tersebut, di lihat oleh Jeremy. Dalam sibuk Joshua membersihkan pinggan selepas Jeremy makan, dia memandang ke arah Jeremy dari belakang.

“Jer, aku nak tanya something, boleh? Tapi kau jangan marah,” katanya teragak – agak.

“Apa dia?” balas Jeremy yang sibuk melihat gambar – gambar Joshua.

“Apa hubungan kau dengan Prof Hael?” Langkah Jeremy terus terhenti lalu berpusing menghadap belakang Joshua.

“Maksud kau?” soal Jeremy dengan nadanya yang mendatar.

“Semalam…” Joshua menceritakan segala – galanya yang di sebut oleh Jeremy semalam. Membulat mata Jeremy dibuatnya.

Jeremy terus berjalan menuju ke arah Joshua dengan pantas lalu menolak tubuh Joshua ke dinding dengan kasar. “Kau jangan tipu. Tak mungkin aku cakap semua benda tu. Tak mungkin!” jerit Jeremy cuba mengendahkan kata – katanya semalam. Tiba – tiba Jeremy terdiam bila teringat semua yang berlaku di kelab malam semalam. “Aku…. Aku cium kau?” Joshua mengangguk perlahan.

Jeremy berundur ke belakang sambil memegang bibirnya.


No comments:

Post a Comment