Tuesday, January 27, 2015

Detektif Luar Biasa B2


Perkara yang mustahil

   Pada hari kejadian….

     “Cucu puan tidak ada apa – apa masalah. Mungkin juga dia tertekan kebelakangan ini. Cuma degupan jantungnya agak tidak normal, sekejap laju sekejap perlahan tapi pastinya tidak ada apa – apa masalah. Baiklah puan, saya minta diri dulu ya,” terang Doktor Mujibur kepada Puan Mia Katerina iaitu neneknya si Mika.

     Apabila mendengar penerangan dari Doktor Mujibur, Puan Mia Katerina hanya melepaskan keluhan dengan perlahan. Sedih saja rasanya melihat keadaan cucunya yang tersayang itu.

   3 hari kemudian….

     3 hari sudah berlalu tapi Mika masih belum menyedarkan diri lagi. Wajah kerisauan jelas terukir di wajah Puan Mia Katerina. Duduk pun tak diam, sekejap kesana sekejap kesini. Ada masanya duduk di sebelah Mika, ada masa berjalan keluar hospital untuk menenangkan dirinya. Macam ada cacing saja didalam tubuh badannya itu. Hairan juga Tasy dan Halid melihat tingkah laku neneknya Mika itu.

      Hah, nak tahu kenapa Tasy dan Halid ada di hospital pada hujung minggu ini? Sebenarnya, ceritanya macam ni. Masa hari kejadian tu, nenek Mika yang minta tolong mereka jaga dan tengokkan Mika masa dia keluar menyelesaikan hal bisnes. Nasib mereka berdua ni baik hati, lagipun merekakan kawan sekelas dengan Mika walaupun mereka belum berkenalan secara sahnya lagi. Masing – masing menggelengkan kepala mereka. Teruk betullah tu kalau dah geleng – geleng tu.

      “Puan, buat bersabarnya. Mika pasti baik – baik saja, puan. Apa yang kita patut buat sekarang ialah berdoa. Itu saja yang kita boleh buat sekarang, puan,” kata Halid kepada Puan Mia Katerina. Puan Mia Katerina hanya menganggukkan saja kata – kata Halid itu.

      “Huukk!!” Tiba – tiba Mika menyedarkan diri dengan cara yang mengejutkan, seperti orang dirasuk. Terkejut dibuatnya semua orang disekelilingnya terutama sekali jururawat yang memeriksa peningkatan kesihatan Mika, boleh pula dia melatah sambil terlompat – lompat. Ish, ish, ish. Kau ni Mika, kali kedua kau buat orang terkejut, masa hari itu jiran sebelah rumah kau, hari ini jururawat pula.

      “Puan, cucu puan sudah sedar!” jerit Tasy kepada Puan Mia Katerina. Puan Mia Katerina terus menuju kearah katil cucunya dengan perasaan gembira tapi matanya masih berkaca.

      Wajah kehairanan jelas tertera di wajah Mika. ‘Saya dimana? Apa yang berlaku pada saya?’ soalnya didalam hati. Dia lihat kekiri, dia lihat kekanan, barulah dia tahu dimana dia berada sekarang dan ingat mengapa dia ada disitu. ‘Siapa mereka berdua ini?’ soalnya lagi sekali apabila melihat kewujudan Tasy dan Halid di sisi katil.

      Setiba saja Puan Mia Katerina di katil Mika, dia terus memeluk tubuh cucunya yang tersayang. Jelas kedengaran bunyi tangisan yang teresak-esak dari Puan Mia Katerina. Tasy dan Halid yang berada disisi katil hanya memandang saja situasi yang berlaku pada masa itu.

        Tasy dan Halid saling berpandangan, seperti ada sesuatu saja yang ingin dikatakan. Masing - masing mengeluh dengan serentak. Tasy terus berdiri dan tanpa disuruh, dia bersuara untuk mengenalkan diri, "Mika, mesti awak tertanya - tanya siapa kami dua dan mengapa kami ada disini? Hai, nama saya Tasya Nadilah dan ini Halid Atifin, kami berdua adalah kawan sekelas awak. Kami ada disini kerana Puan Mia Katerina minta tolong jagakan masa dia keluar menyelesaikan hal bisnes. Kami hanya menurut saja." Puan Mia Katerina yang berada disitu hanya mengangguk sambil senyum.

       Barulah Mika faham akan beradanya mereka disini. Dia hanya senyum saja menunjukkan erti mengertikan akan penjelasan 'bakal' kawannya itu. Dalam sibuk mereka berbual, Doktor Mujibur pun tiba dan memberitahu bahawa Mika boleh pulang kerumah pada esok hari.

        Beberapa hari kemudian, di Sekolah Tinggi Sains Sedunia...

       Hari ini Mika bersekolah seperti biasa tapi ada satu kelainan sedikit iaitu hari ini dia pergi kesekolah dengan Tasy dan Halid. Dah jadi kawan katanya. Baguslah Mika, taklah kau keseorangan lagi.

        Cerita punya cerita, lupa pula nak bagitahu apa jadi dengan tubuh Mika. Selepas kejadian masa hari itu, tubuh Mika menjadi lebih bertenaga, semua benda dia boleh buat seperti mengangkat barang yang berat dan sebagainya. Macam Mika ini bukan dirinya lagi. Dulu dia kan lembik sikit orangnya. Faham ke? Tak faham? Buat – buat faham sajalah.

      Waktu kelas sudah bermula. Tasy dan Halid sudah memasuki kelas tapi Mika belum lagi sebab dia mahu mengambil buku – buku teks didalam lokernya yang berada diluar kelas. Pada masa dia hendak membuka lokernya itu, satu sampul surat berwarna hitam jatuh dari atas lokernya itu.

      ‘Pelik, sampul surat apa lagi ini? Boleh pula gugur dari atas loker? Nak buka ke tidak? Tak sedap hati pula. Buka ke tidak? Buka sajalah, curious pula dibuatnya,’ onarnya didalam hati. Dah nak buka, tanya – tanya lagi. Porah.

      Setelah Mika membuka sampul surat tersebut, riak wajahnya bertukar serius. Setiap patah perkataan yang tertulis didalam surat tersebut dibaca dengan teliti. Ada masanya dahinya bekerut, ada masanya tidak. Benda yang tertulis didalam surat tersebut ialah :-

     ‘Kepada Mika,

    Masa awak membaca surat ini saya sudah tidak wujud lagi didunia ini. Beberapa hari yang lalu satu kejadian sudah berlaku kepada awak. Apa yang berlaku kepada awak itu memang sudah di rancang dari dulu lagi. Saya sudah berjanji akan turunkan kebolehan saya ini kepada orang yang sepatutnya dan orang itu ialah awak, Haris Hakimi ataupun Mika. Walaupun kalau dilihat awak ini bukanlah orang yang kuat ataupun yang mampu menempuhi cabaran tapi awak mempunyai IQ yang amat tinggi untuk digunakan didalam ‘kebolehan’ ini. Mesti awak tidak memahami akan apa yang saya katakan ini tapi suatu hari nanti, awak mengerti. Saya harap awak boleh menggunakan kebolehan ini dengan cara yang betul. Kalau awak tersilap mahupun menyalah gunakan kebolehan ini, awak akan menerima padahnya. Lagi satu cubalah berbaik dan berkawan dengan Unic saya.

   Akhir sekali ingin saya katakan, PiPiYuEm.

Yang Benar,
Detektif Mir Unic’


       Ternganga mulut Mika dibuatnya apabila membaca ayat yang terakhir itu. ‘Apa ke benda yang detektif ni merepek? Ada ke disuruhnya jadi seperti binatang? Mustahil betul. Lagi satu, siapa Unic yang dimaksud oleh detektif ni? Ini mesti ada orang yang nak mengenakan saya. Bukan surat betullah ni,’ kata Mika didalam hatinya lalu di balingnya surat itu didalam lokernya. Terus saja dia mengambil buku teksnya dan masuk kelas.

       Beberapa minit kemudian, didalam kelas Mika…..

      “Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh. Pengumuman ini ditujukan kepada semua murid serta guru kelas agar dapat bergerak ke dewan serbaguna sekolah kita sekarang juga. Diulangi sekali lagi, pengumuman ini ditujukan kepada semua murid serta guru kelas agar dapat bergerak ke dewan serbaguna sekolah kita sekarang juga,” satu pengumuman disampaikan oleh seorang guru. Semua murid terus berdiri tanpa disuruh oleh guru kelas mereka. Mika masih lagi duduk membuat kerja kelasnya.

       “Mika, jomlah kita pergi. Nanti je awak sambung kerja tu.”

       “Kejap ya. Sikit lagi siap lah ni. Awak pergi lah du....” kata – katanya terhenti apabila dia mendongak dan tidak ada siapa yang bercakap dengannya. ‘ Alamak, siapa yang bercakap dengan saya tadi tu? Takkan makhluk masa hari itu sekali lagi? Baik aku pergi sekarang. Ngerilah pula’ onarnya didalam hati dan terus berlalu pergi.

       “Tasy, Halid, tunggu saya!” jeritnya kepada kawannya yang berada diluar kelas.

       Setiba di dewan….

      Seorang lelaki yang agak berumur puluhan menaiki pentas dan mengambil mikrofon. Serius saja wajahnya itu dan lelaki itu ialah Guru Besar Hazman Hashimi yang mana seorang guru yang mempunyai perwatakan yang sukar untuk di diketahui atau diramal. Ada masa dia baik dan ada masa sebaliknya. Kadang – kadang periang dan kadang – kadang sebaliknya. Itulah dia Guru Besar Hazman Hashimi.

        “Assalamualaikum diucapkan kepada guru – guru dan murid – murid yang dikasihi sekalian. Hari ini ingin saya memberitahu sebuah berita yang agak kurang enak untuk didengar iaitu berlakunya pencerobohan disekolah kita pada malam semalam. Perkara yang tidak pernah berlaku telah berlaku disekolah ini. Namun, Alhamdulillah tidak ada sebarang kehilangan barang ditempat berikut. Walaubagaimanapun, pihak polis telah menjumpai cap jari penceroboh ditempat itu, jadinya saya harap murid – murid dan guru – guru sekalian boleh memberi kerjasama kepada pihak polis untuk menjalani penyiasatan ini,” jelas Guru Besar Hazman Hashimi kepada semua orang.

         Murid – murid sekolah tersebut mula membuat bising. Pelbagai ungkapan dan anggapan diberikan oleh murid – murid tentang kejadian berikut. Lantang sungguh mereka berbicara. Guru Besar Hazman Hashimi mula meredakan keadaan dengan menyuruh semua orang supaya senyap.

   Tiba – tiba……..

        “Oi Mika. Mika oi Mika!”

       Mika menoleh kebelakang untuk mencari orang yang memanggil dia tapi tidak ada sesiapa dibelakangnya. Dia toleh kekiri dan kekanan, tidak ada juga. Bila dia ingatkan kembali suara itu, dia macam kenal saja suara itu. ‘Bukannya suara ini, suara makhluk asing yang selalu kacau saya ke? Apa sebenarnya yang dia nak pada saya ah? Sudah – sudahlah kacau saya makhluk asing oi! Saya takutlah!’ jerit Mika didalam hatinya.

          “Hui, aku bukan makhluk asinglah. Kau ingat tak, apa yang tertulis didalam surat pemberian Detektif Mir pada kau yang kau jumpa tadi, katanya ‘cuba berbaik dan berkawan dengan Unic’. Akulah Unic. Aku ada dalam rantai yang kau pakai sekarang,” kata Unic dengan bersahaja.

         ‘Rantai apanya? Mana ada saya pa..,’ kata – katanya didalam hati terhenti apabila dia memegang lehernya dan ada seutas rantai tergantung dilehernya. ‘ Sejak bila pula saya pakai rantai ini? Rasanya mana ada saya rantai macam ini. Lagipun saya bukan jenis yang suka berantai’

        “Semua itu tak penting buat sekarang ni, yang pentingnya ialah kau mesti selesaikan misteri disebalik kes pencerobohan ini. Kau boleh ketahui akan penceroboh dan motif dia menceroboh satu tempat disekolah ini. Aku boleh bantu kau. Kau jangan risau,aku bukannya hantu ataupun jin,” pujuk Unic dengan bersungguh – sungguh. Mana ada jin atau hantu mengaku dia itu jin atau hantu.

       Mika menjadi pusing dan tidak keruan dengan kata – kata Unic itu. Dia takut yang Unic itu hanya main – main saja dan takut Unic itu adalah jin atau saka. Mika paling tidak suka mempunyai apa – apa kaitan dengan makhluk halus seperti jin dan sebagainya. Lama dia merenung keluar jendela dewan. Mika berfikir bahawa dia bukannya pakar didalam perkara begini, lagipun dia tidak ada pengalaman pun.

       ‘Macam mana saya nak selesaikan kes pencerobohan ini sedang kan saya tidak berani?’

      “ Kau dah lupa ke Mika, kata – kata Detektif Mir? ‘Biarlah cekap seperti helang, laju seperti harimau bintang, mengingati dan kuat seperti gajah, hilang seperti cameleon dan berani seperti singa’. Jadinya, kau mesti jadi aku dan aku menjadi kau. Kita mesti bekerjasama,” jelas Unic kepada Mika dengan suara rayuan.

      ‘ Baiklah, aku akan melakukannya! Walaupun ia kedengaran seperti mustahil bagi semua orang. Saya percaya akan kata – kata Unic dan saya percaya pasti takkan ada perkara yang buruk akan berlaku’ kata Mika dengan lantang didalam hatinya.

     Tidak lama kemudian, rantai dilehernya hilang. Penampilannya juga berubah dengan serta – merta, rambut yang berbelah dua ternaik lurus kebelakang, matanya yang berwarna hitam bertukar menjadi keemas – emasan, kaca mata yang dipakainya hilang dengan sendirinya entah kemana. Baju sekolah yang kelihatan kemas tampak lebih bergaya apabila kot sekolahnya bertambah labuh kebawah. Mika seperti bukan Mika lagi. Dia kelihatan lebih tampan dari sebelum ini walaupun orang dan wajahnya masih sama. Memang sukar untuk dikenali dengan penampilannya yang sebegitu rupa.

        Mika ketawa gembira dengan nada yang perlahan. Ngeri pula rasanya kerana ketawanya lain dari pada yang lain, tawanya seperti orang jahat. “ Aku tahu macam mana nak selesaikan kes ini” Senyum Mika seorang diri.

         Apa sebenarnya berlaku? Mika berubah menjadi siapa sebenarnya? Mampukah dia menyelesaikan kes pencerobohan itu? Apakah benar perkara yang mustahil itu akan terjadi? Nantikan Detektif Luar Biasa B3 – PPP’U’M? Apakah maksudnya itu? pada minggu hadapan.

        

     


No comments:

Post a Comment