Wednesday, January 14, 2015

Resepi:- Homemade Pizza Tuna Jr.

Assalamualaikum sahabat - sahabatku yang dikasihi sekalian.... Hari ini Aisyh ingin mengongsikan sebuah resepi yang amat senang sekali iaitu Pizza Tuna. Mungkin selama ini ada ynag membeli roti piza yang sudah siap sedia untuk dipakai dikedai sahaja tapi bukan Aisyh. Aisyh membuat roti piza sendiri yang mana original resepi italian. Jadinya.... Lets go! Try it now!




Hidangan untuk :- 7 orang.

ROTI PIZZA

Bahan - bahannya (4 keping roti pizza bersaiz sederhana):-
4 cwn tepung gandum (ayak)
2 paket yeast (bersamaan dengan 22gm)
2 camb gula
1/4 cwn olive oil
2 camt garam
1 1/2 cwn air suam (1 cwn air sejuk + 1/2 air panas)

Cara - caranya:-
- Masukkan air dan yeast kedalam mangkuk mengadun dan biarkan rehat buat 5 minit sahaja.
- Kemudian masukkan gula, garam, olive oil dan tepung gandum kedalam campuran yeast tadi dan adun hingga menjadi doh yang lembut.
- Uli dan bentukkan menjadi bola sebentar. Letakkan doh kedalam mangkuk besar yang telah disapukan sedikit olive oil. Tutup dengan pelastik dan biarkan rehat buat 1 jam.
- Selepas itu bahagikan doh kepada 4 bahagian dan bentukkan doh mengikut bentuk kesukaan anda. Bakar doh buat 6 - 8 minit pada suhu 180'C dan ketepikan.
- Sedia untuk digunakan.

SOS TOMATO.

Bahan - bahannya:-
1/2 cwn tomato puri
1/4 cwn sos tomato
1 biji bawang besar (di potong dadu)
6 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 camt daun basil (dicincang halus)
Serbuk lada hitam
Garam dan gula secukupnya.
Olive oil untuk menumis.

Cara - caranya:-
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan tomato puri dan sos tomato dan kacau hingga sebati.
- Kemudian berikan perasa serta daun basil dan gaul hingga sebati. Sedia untuk digunakan.

Bahan - bahan asas piza:-
1 tin tuna beperisa mayo
1 biji lada banggala
2 camb mayonise
1/2 tin cendawan (hiris dan digoreng dengan mentega)
Mozarella cheese secukupnya (kalau tak ada mozarella cheese pun tak apa)

Cara melengkapkan piza:-
- Masak tuna, lada banggala dan mayonise hingga sebati dan ketepikan.
- Sapukan sos tomato pada roti piza hingga rata dan letakkan campuran tuna keatas sos tomato tadi, ratakan.
- Taburkan / susun cendawan tadi keatas tuna dan taburkan cheese hingga rata. Bakar piza pada suhu 180'C hingga cheese cair atau roti menjadi keperang-perangan.
- Boleh dihidangkan.





No comments:

Post a Comment