Saturday, January 10, 2015

Resepi:- Kerepek Pusu

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua.... Apa khabar hari ni? Baik - baik sajakan? Hari ini Aisyh ingin mengongsikan sebuah resepi yang telah Aisyh ubah suai pada 4 hari lepas iaitu Kerepek Pusu atau Ikan Bilis. Resepi yang amat mudah tetapi agak cerewet untuk membuatnya kerana doh yang agak melekit yang melekat di atas sesaban kuih. So Lets go! Try it now!


\

Hidangan untuk:- 5 orang

Bahan A:-
420 gm tepung gandum
60 gm mentega

Bahan B (dikisar bersama):-
3/4 cwn air suam
3 camb cili kisar
1 1/2 cwn pusu / ikan bilis (direndam dan ditos)
1 biji telur
1 camb serbuk lada hitam
2 camb bijan
3 camb gula
Garam & serbuk perasa secukupnya.

Caranya:-
- Campurkan tepung gandum dan mentega kedalam bekas mengadun dan digaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Masukkan bahan kisar dan di uli hingga membentuk doh.
- Rehatkan doh selama 20 minit.
- Canai sedikit doh hingga menjadi nipis dan potong mengikut bentuk kesukaan anda. Jika Aisyh suka petak.


- Goreng kerepek didalam minyak yang banyak serta panas.
- Angkat dan tos dan boleh di hidangkan atau didalam bekas kedap udara jika tidak makan.




No comments:

Post a Comment