BAB 23
Jumi
berjalan masuk ke dalam klinik milik adik kembarnya dengan penuh diva. D E E V
A H. Diva. Sehingga semua mata tertumpu ke arahnya. Kaca mata hitam yang
berbentuk Hello Kitty di mata, ditanggalkan lalu di masukkan ke dalam
beg galasnya. Ada apalah dia datang ke klinik Jami hari ni?
“Doktor Jami ada?”
soalnya sambil tersenyum pada jururawat yang bertugas di kaunter pertanyaan
itu.
“Oh, Puan Jumi! Doktor
Jami ada tapi ada temu janji dengan pesakit buat masa ni. Puan Jumi tunggu
sebentarnya,” sambut jururawat itu dengan ramahnya. Mana tidaknya, semua
kakitangan klinik tersebut sudah kenal dengan kakak kembar doktor kesayangan
mereka yang happy go lucky itu.
“Ok~~~” Jumi terus pergi
ke tempat menunggu di hadapan bilik kerja Jami. Sambil menunggu, dia
mengeluarkan telefonnya untuk main Candy Crush. “Oh yeah, dah monang!”
jeritnya perlahan.
Selang beberapa minit,
pintu bilik di tarik dari dalam. Pesakit yang ada temujanji dengan Jami tadi
beredar sambil membawa kerta ditangan. Sudah tentu kertas itu bertulis ubat apa
yang perlu di ambil di kaunter farmasi. Tanpa membuang masa, Jumi terus bangkit
lalu masuk ke dalam bilik tersebut.
“Adik hakak~~~,” kata
Jumi meleret setiba di muka pintu bilik Jami.
“Eh, akak! Ada apa
datang ke klinik hari ni? Akak sakit ke?” soal Jami terkejut.
“Dok ler. Akak saja
datang nak lawak adik akak yang ‘cantwekkkk’ ni. Tak salah kan? Jami apa
khabar?” soal Jumi pula lalu menarik kerusi di hadapan meja Jami.
“Macam tu lah kak. Baik
– baik saja. Still single and available.” Jami menjongketkan keningnya
dan mencebikkan bibirnya bila melihat ke arah Jumi. Jumi memberi wajah hairan. Single?
“Engkau single
masih ek, Jami? Bukannya kau dengan Kelly couple ke?” soal Jumi akibat
perasaan musykil.
Jami yang baru membuka
niat untuk minum sedikit air, terus terhenti lalu berpusing semula ke arah
Jumi. “Choi!!! Kenapa akak fikir macam tu? Orang dengan Khairul tu, kawan je
lah. Tak terlintas difikiran pun nak jadikan dia pemilik hati ini,” kata Jami
dengan penuh emosi.
“Tak payahlah nak emosi
sangat cakap tu. Eh, wait! Khairul?” soal Jumi bengang.
“Ya lah, Khairul
Andika!” jawab Jami sambil mengerut dahinya.
Kali ini Jumi pula yang
mengerutkan dahinya. “Khairul Andika mana pula ni?”
Jami menepuk dahinya
sambil memberi wajah bengang pada kakaknya. “Ya Allah, Seri Jumilah! Nama kawan
sendiri puntak ingat ke? Khairul Andika, Kelly!” Aik, stress nampak, Jami.
“Oh, ha’ah! Bukan akak
ke yang bagi tahu nama dia dekat dekat? Sorry, akak lupa.” Jumi tersengih malu
dengan Jami. “Eh, kau tak nak lunch dengan akak?” soal Jumi.
“Boleh juga. Perut ni
pun minta ke isi. Kita makan dekat kafe Khairul je kak. Terseliur Nasi Goreng
Chicken Chop dia orang tu,” kata Jami sambil terbayang – bayangkan Nasi Goreng
Chicken Chop yang diinginkan itu.
Jumi tersengih lalu
mengerling matanya ke atas. “Terseliurkan Nasi Goreng Chicken Chop ke,
terseliurkan Kelly?”
“Lantaklah akak nak
cakap apa. Orang dah lapar, jom!” Jami terus bangkit dari duduknya lalu menarik
tangan gebu Jumi. “Akak, kenapa Jami tengok akak ni macam bertambah lemak je?”
“Jami… Jami… Jami… Akak
bertambah lemak a.k.a bertambah gemuk sebab bahagia hidup dengan abang ipar kau
tu ler. Abang Nash masak sedap sangat sehingga terasa tak cukup apa yang
dimasaknya itu untuk akak. Kalau kau tinggal dekat rumah tu, kau pun boleh jadi
gemuk,” jelas Jumi pada Jami.
Jami memberi wajah
hairan. “Tapi kenapa badan Abang Nash maintain je Jami tengok?”
“Memei ler. Yang
banyak makan akak bukan abang ipar kau tu. Abang ipar kau tengok akak makan je.
Dia cakap kalau akak tengah makan, akak nampak comel tersangat – sangat!” kata
Jumi sambil tersipu – sipu. Jami membuat gaya seperti hendak termuntah dek kata
– kata Jumi sebentar tadi. Comellah sangat. Buruk ada lah. Bisik hati Jami.
Cerita punya cerita, tak
sangka yang mereka sudah sampai di destinasi yang hendak di tuju. Bukan jauh
pun klinik Jami dengan Café Sweet Indigo. Pintu di tolak, kaki mula
melangkah masuk ke dalam kafe tersebut.
Dalam sibuk Kelly
mengira duit, tiba – tiba tangannya terhenti bila melihat wanita pujaan hati di
depan mata.
“Hai Khairul!” sapa Jami
sambil tersenyum.
“Wassup wassup ma
fren. How are you today?!” sapa Jumi pula dengan gaya seperti seorang rapper.
Argh, minah sengal ni ada juga. Kacau steam betul lah. Baru je berangan nak
temankan Jami makan kalau dia nak juga.
“Baik macam biasa. Still
single and available,” jawab Kelly endah tak endah. Sesekali melihat ke
arah Jami. Hik, kenapa aku macam pernah dengar jawapan si Kelly ni? Soal Jumi
di dalam hati. “Korang nak pesan apa ni?”
“Aku, macam biasa. Laksa
Sarawak dan Air Limau Kasturi Sejuk,” jawab Jumi dengan pantas.
“Aku nak Nasi Goreng
Chicken Chop dengan Chocolate Shake.” Tercapailah hajat kau nak makan Nasi
Goreng Chicken Chop, Jami. Kelly hanya menyambut pesanan Jami dengan senyuman.
Bilalah hati dia akan terbuka untuk aku?
JEREMY membuka
matanya dengan perlahan. Keadaan dikelilingnya di lihat dalam pandangannya yang
kurang jelas. Bila penglihatannya semakin jelas, wajahnya berubah hairan. Aku
dekat mana ni? Jeremy melihat ke bawah. Mana baju aku? Apa yang berlaku pada
aku semalam? Soal hati Jeremy.
Pintu dikuak dari luar.
Wajah yang begitu dikenali dipandang dengan dahinya berkerut sedikit. Joshua?
Tapi, kenapa?
“Eh, kau dah bangun,
Jer?” soal Joshua yang hanya memakai seluar, menampakan ketulan muscle dibadannya,
sambil membawa sarapan untuk Jeremy.
“Aku dekat rumah kau ke
ni? Apa aku buat dekat sini? Apa yang berlaku semalam?” soal Jeremy dalam cuba
mengingatkan apa yang berlaku pada dirinya.
Joshua hanya menggelengkan
kepalanya sambil mengeluh. “Kau mabuk semalam. Lepas tu ada pelayan dekat kelab
tu telefon aku suruh ambil kau. So, aku pun bawalah kau kerumah aku since aku
tak tahu rumah kau dekat mana,” jelas Joshua. Dia tidak menceritakan apa yang
berlaku pada dirinya dan Jeremy. “Sejak bila kau pandai minum alcohol ni, Jer?
Setahu aku kau tak pernah langsung sentuh benda tu. Nah, sarapan untuk kau,”
sambungnya lalu menghulurkan kopi dan sarapan ringan.
“Thanks. Mana
baju aku?” Soalan Joshua sebentar tadi dibiarkan tanpa jawapan.
“Aku cuci,” jawab Joshua
ringkas sambil melihat Jeremy menjamu selera.
“Mana baju kau?” soal
Jeremy lagi lalu menjongketkan keningnya berulang kali.
“Aku tidur tak pakai
baju. Tadi bangun terus ke dapur sediakan kau sarapan. So, yeah.”
“Hmmm…” balas Jeremy
endah tak endah.
Usai Jeremy bersarapan,
dia bangun dari katil lalu membawanya ke dapur kerana tidak mahu menyusahkan
Joshua. Joshua yang sedari tadi melihat gerak geri Jeremy tadi terus memegang
tangan Jeremy. “Tak payah, biar aku buat. Kau duduk je.” Jeremy hanya menurut
permintaan Joshua.
Setiap sudut rumah
tersebut, di lihat oleh Jeremy. Dalam sibuk Joshua membersihkan pinggan selepas
Jeremy makan, dia memandang ke arah Jeremy dari belakang.
“Jer, aku nak tanya something,
boleh? Tapi kau jangan marah,” katanya teragak – agak.
“Apa dia?” balas Jeremy
yang sibuk melihat gambar – gambar Joshua.
“Apa hubungan kau dengan
Prof Hael?” Langkah Jeremy terus terhenti lalu berpusing menghadap belakang
Joshua.
“Maksud kau?” soal Jeremy
dengan nadanya yang mendatar.
“Semalam…” Joshua
menceritakan segala – galanya yang di sebut oleh Jeremy semalam. Membulat mata
Jeremy dibuatnya.
Jeremy terus berjalan
menuju ke arah Joshua dengan pantas lalu menolak tubuh Joshua ke dinding dengan
kasar. “Kau jangan tipu. Tak mungkin aku cakap semua benda tu. Tak mungkin!”
jerit Jeremy cuba mengendahkan kata – katanya semalam. Tiba – tiba Jeremy
terdiam bila teringat semua yang berlaku di kelab malam semalam. “Aku…. Aku
cium kau?” Joshua mengangguk perlahan.
Jeremy berundur ke
belakang sambil memegang bibirnya.